Video Hamzah Iqbal Lagi

Budak ni bebetul memeningkan kepala aku.. Sblum amik video, elok pala dia tu goyang sket2 je dgr selawat kat astro oasis. Nmpak je aku pegang enpon, errmm terus jadi camni.. goyang bukan main..

Kalu korang nak tau, baju tu ler yang dihadiahkan oleh maklong Hamzah Iqbal. Apsal aku nampak idong along kembang ek?? ehhehee...

Blog ni aku tujukan buat ibunda & ayahanda yg berada di KL uhukk-uhukk.. anakanda tidak dapat balik beraya 'Cina' di kampung (kampung ke?) kerana kekurengan kewangan wpun anakanda kerja di bahagian kewangan.. nama je keje kewangan, duit suma tulis atas kertas je :D.. Wahh mcm nak tujukan lagu lak.. Apakata ibunda & ayahanda di sinun datang beraya di sinin.. Nanti anakanda bleh la masak paprik, coklat puding & kek batik yg anakanda baru je blajau.. Tadi time lunch pon anakanda sempat lari balik rumah & masak Puding gula hangus, tak tau ler apa jadi sbb masa anakanda tgh tunggu air mendidih, jam dah pukul 2.30 ptg, so anakanda main letak je puding tu dlm tempat kukus, lantak ko ler jadik ke tak.. Kalu x jadik rugi telo ayam aku 7 bijik hahah... omega plus lak tu :P.. & anakanda pon sempat masak nasik goreng cina (cewaah.. mentang2 nak raya cina) untuk suami terchenta yg tengah domam..

Anakanda pon dah selamat beli Microwave Oven berjenama Samseng (tambah lagi brg Samseng dlm rumah aku ni) yg reganya melebihi duit poket yg anakanda bawak semalam.. Terpaksa pinjam suami terchenta.. Tu la org nak yg murah, dia nak gak Samseng.. Nasib baik auto, tekan je la pe yg patot.. Tp apsal Microwave tu xtulis bleh masak kek ek??? Tak boleh ke??? Ah pedulik ape, aku nak buat gak kek.. Nanti aku upload gambo Microwave tu..

Kemungkinan ptg lepas balik kerja ni anakanda terus balik ke kampung (mcm ler jauh sgt).. Itu pun kalu sempat puding anakanda masak (kalau jadik ler)..

Cucu ibunda & ayahanda da pandai cakap "naaaakkkk" kalu dia nak sumting, "nannakkk" kalu dia taknak & "nyaaaiiiii" kalu dia x suka.. xtau ler dari mana dia dpt perkataan tu.. adakah dari perkataan nyai rorokidul?.. Hamzah Iqbal still lagi takut dengan perkataan "yuuukkk!!!" yg semua org dah tau, perkataan tu dicedok dari Mak Siti KL.. & dia masih lagi mengorek idung dengan gembiranya.. Kadang2 idung ayah dgn ibu dia pon dia congkel.. sabo je la..

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai