tag kawan hamzah...

1. Nama anak anda?. Umur anak anda
Nor Hidanah Syafeeqah Shah binti Norhishah. umor nak masuk 1 thn 3 bln (11 nov 2006)

2. Apabila terdengar lagu, anak anda akan..
Angguk2 geleng2… tangan macam tgh menari tarian piring/lilin… kalo tengah baring pun sama tapi kalau rasa tak berapa feel or tak puas hati cepat2 dia duduk… kekadang bila dia duduk lagu dah abis(iklan) kesian plak aku nengok so aku sambung lar nyanyi lagu tu supaya takkempunan dia nak ayun tangan dia

3. Apabila melihat tv, anak anda akan..
tengok citer kalo orang tu gelak dia pun gelak ler cam ler klako sangat sampai terbahak2 sambil tepuk2 perot…

4.Apabile melihat anda memakai baju lawa, anak anda akan..
angguk2 tunjuk kepala dia (konon2 cakap betul lar pi amik cap tu ibu..)

5. Barang kesayangan anak anda..
banyak… salah satu teddy bear kecik yg dalam dia isi bean tu… teddy bear tu ada kocek kecik dalam kocek ada bantal kecik bentuk love (sebenonyer ayah dia bagi masa 1st year kawen masa valentine day)

6. Pakaian anak anda yg paling anda suka
bila dia pakai baju kurung kotak2 kecik yg aku buat raya ari tu… cam anak dara jer anak aku nih… tapi baju tu dah singkat coz feqa dah tinggi…

7.Makanan & Minuman kegemaran anak anda
semua air yg orang minum termasuk air anak jiran yg minum depan anak aku pun anak aku tak malu mintak sambil jerit2 nak… nak…

8. Aksi anak anda yg paling anda suka..
bila dia geli aku letak ikat rambut aku kat leher dia. Ikat rambut aku tu diperbuat dari kain reben cam bulu2 skit… geli betul dia gelak sampai penat tapi tgk muka dia kelakor… memang dia geli tul letak kat tgn pun dah kecut cam org geli…

9. Anda geram pada anak anda bile..
jalan kat pasar raya dia capai summer barang tanpa aku sedo abis terabor n bila dia memanjat meja sofa… pas tu terjun…

10. Anda rasa nak cubit2 anak anda bile..
tak nak duk diam…

11. Bila anak anda nangis, anda akan..
peluk dia n gosok belakang dia sambil buat klako nanti tetiba jer dia gelak…

12. Perkara yang anda suka buat dengan anak anda..
main sep sep sep min min min….

13. Ucapan untuk anak anda..
semoga menjadi anak yg baik solehah dan berguna hormat ibu ayah n orang tua…

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai