PRU

Semua dah tau keputusan Pilihanraya Umum yg lepas.. so banyak la suara2 sedap & sumbang yg aku dengo sepanjang2 minggu ni.. Sampaikan satu kala tu naik muak aku mendengonya..
Pada aku, yg sudah tu sudah la.. tanggungjawab kita tuk mengundi pilihan kita dah pon lepas. So penyokong yg menang bleh la bersorak & yg kalah xyah la nyesal2 lagi.. sbb xleh gostan2 lagi pon.. Sekarang ni masa untuk kita terima pembaharuan.. Tak kira la pihak kerajaan @ pembangkang perlu ada pembaharuan tuk naik taraf rakyat di negeri masing2 (khususnya) & negara (amnya)..
Kalau xdek siapa yg menyokong pentadbiran negara, siapa lagi? Takkan kita nak harapkan org luar plak.. Pentadbiran negara lak xleh la pegang sbelah pihak je.. Skang dah jelas kita ada mcm2 pihak dlm pentadbiran negara so masing2 mainkanla peranan sepatutnya.. jgn sumanya pilih kasih... baik kerajaan maupun pembangkang.. Mainkan peranan untuk rakyat, negara & manifesto yang telah dijanjikan.. xkira la ngambil masa berpuluh2 tahun sekalipun, janji tetap janji.. usaha tetap diteruskan.. bersatu lah demi rakyat & negara..
Harapan aku sebagai salah seorang rakyat negara aman damai ni, bekerjasamalah wahai para pentadbir negara supaya tak ada lagi cakap2 sumbang yg akan didengar di tempat org.. Tunjukkan pada mereka Malaysia ini mempunyai pemimpin yg berwibawa, yang menjadi nadi rakyat walaupun dikelilingi wajah2 baru pentadbiran.. Anggaplah wajah2 baru ni satu pembaharuan dan satu semangat untuk teruskan perjuangan... Jangan abaikan mereka, kerana mereka juga simbol kepercayaan rakyat yang perlukan suatu pembaharuan..
Akhir kata.. untuk mereka..
Bekerjasama..
Bekerjasama..
Bekerjasamalah...
Untuk masa depan negara...
Cewaahh... cam xcaye lak aku leh luahkan perasaan aku mcm ni.. tah org paham ke tak, janji aku dah tunaikan kewajipan aku dengan cara menegur.. bukan mengkondem... ada paham???

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Oh Adik Kedai