Baca je la..

Semalam aku berjaya mendonlod Opera Mini kt NokiNavy aku.. hikhik.. Vangge rasanya.. Best, dpt tgk blog sndiri.. tgk blog sndiri.. & tgk blog sndri.. (ingat nak try update blog tp slow lak smlm).. Tah bape agaknya bil tepon aku bulan ni.. Yg lelain?? Dpt donlod Freecell (hahah xpenahnya pass main menatang nih) dan donlod Maps (yg aku xtau apekejadah fungsinya).

Sbenonya NokiNavy aku smlm cuma dpt buat video call dgn mak aku jek.. Cam nak mampos aku try bukak tenet tp xdpt.. Kunun2 nak tgk network setting, tp xtau kat mana ahahaha... Maklum ler dah lama merajuk dgn Noki, asik dgn Moto jek.. Try GPS pon cam hampeh, asik nmpk peta Mesia jek.. Dah la nak carik signal satelit susah nok mapoh!! Try guna Garmin, wpun gambo xla selawa GPS dlm webiste Noki (mmg xlawo lgsung), tp nampak jugak la jalan2 kt tempat aku duk skang nih.. Siap leh tgk stesen minyak lagi hihih... Bagus tuk perjalanan jauh!! Tp still xreti guna sgt.. Nanti mlm ni aku godek2 lagi..

Smlm tunggu perabot x sampai2, terpaksa niat nak sambong soping baju raya aku tergendala skejap.. Aku beli ape??? Aku beli meja makan 6 seaters (yg harganya sama dgn meja mkn 4 seaters kat kedai Senggarang), meja console (rega xsampai RM100), almari baju Hamzah Iqbal (Gambo Spiderman.. cam klako lak rasanya) & tilam (Vono yg reganya murah giler lepas tolak 50%.. mati la brangan jadik Ziana Zain).. Siap ada roda impian tu hahah.. xbleh blah tul!! Kunun2 nak suh Hamzah Iqbal pusing, skalinya dia pusing setoet jek.. Lawak tul!! Laki aku pon pusing & dapat la tempat sidai yg kecik tu, sesuai tuk sidai sejadah. Huh, mmg da lama carik pon, cuma malas nak bli.. Alih2 dapat percuma hihi.. rejeki..

So aktiviti malam tadi selain tunggu perabot yg x kunjung tiba ialah.. mengisi duit dlm sampul duit raya.. Warghh.. thn ni thn paling byk aku tuko duit sbb niat nak bagi duit raya kt student abg.. Aku bajet studentnya 10o lebih, rupanya 81 org jek.. Sbeno niat dah lama, sempena aku dpt keja & pindah sini & sempena 1st besdei Hamzah Iqbal thn lepas.. Akhirnya tertunda smpai laaa thn nih.. Alhamdulillah murah rezeki budak2 tu.. Sempena Ramadhan yg mulia ni pon, Rumah Anak2 Yatim Batu Pahat ni xkering dgn Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Org Ramai.. Moga2 rezeki dorg sentiasa murah sampai bila2..

Perkembangan Hamzah Iqbal pulak :

1. Kak Nin kata Hamzah Iqbal da pandai ngorat Wafa & Dini. Adoii malunya bila mak Wafa & Dini dengar.. Sabo je la anak jantan sorg nih!! Aku kata, dia ikut perangai ayahnya, ayahnya kata "a ah!!"..

2. Dah makin lasak, makin nak raya makin comot dibuatnya.. Skang da ada parut dlm 1 inci kat pipi kirinya sbb terlanggar dgn Amjad (kwn dia kt rumah Kak Nin). Sibaik scratch je, itupun da nmpk x ensem hihi..

3. Suka ngejek ckp org.. Bila ayahnya marah & tunjuk bilik (Kunun2 nak kurung), dia pon tunjuk bilik.. Ayahnya kata "nak kena kurung?", dia pon kata "Ane Yung??", Ayahnya tarik gi masuk bilik dia pon ikut.. Sampai dpn bilik baru melalak..

4. Pantang nmpk gambar ayah mesti menjerit2 panggil ayah.. Nampak gambo aku pon dia jerit gak "ibuuuu..uuu..uuu" siap bermelodi beb hehe.. Tp bile becakap dgn aku jek terus kuar "makk.." sabo je la..

5. Tiap2 hari lepas amik dia mesti melalak2 nak tgk Akkemen Dyna (Ultraman Dyna). Mcm org kena pukul.. Geram tul!! Skang aku cadangkan kt abg, tv cinonet aku yg aku bwk dr KL & DVD player abg yg xguna tu letak atas almari Hamzah Iqbal. Pastu bentang tilam lama kt situ & blikan dia DVD Ultraman.. Kalu dia melalak je pasang DVD tu dlm bilik.. Huhuh.. tah jadik ke tak taktik nih.. Dah tahap rimas dah ni asik melolong jek!!

Itu je kot.. Dah nak raya ni keja pon xbyk.. Tu yg jadik boring skejap!!

p.s : Opss.. Entry pasal Metro Kajang tu sbenonya salah tempat.. Tempat Sebenonya Metro Point Hehehe... sibaik along prasan.. Thanks long!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai