Cian Hamzah Iqbal

Ada cite sedih ni, aku rasa aku je la yg sedih kot..

Ari Rabu lepas, kitorg amik Hamzah Iqbal lambat sbb abg ada game hoki.. Sampai rumah kiranya dah Maghrib la.. Tetiba dia melalak2 nak main beskal (beskal mmg kitorg letak dpn rumah, sbb kalu letak dlm rumah nescaya abis suma barang dilanggar Hamzah). Mula2 abg nak bagi dia main, tp aku tak kasi sbb bebetul tgh azan maghrib. Ape lagi, melalak2 ler mamat tu..

Pastu dia stat buat perangai, ade je yg tak kena.. Aku asik kena pukul je.. Aku sabar lagik!! Aku tingat dia tak makan vitamin lagi, aku pon ckp ler "Hamzah nak gula2?" (vitamin tu dia panggil gula2). Dia pon eksaited, siap tunggu dpn peti ais.. Aku bukak peti ais, amik botol Champs, tetiba dia melalak nak botol tu.. Siap nak rampas botol tu dari aku... Ni dah melampau nih!!

Aku marah dia, terus bagi dia vitamin.. Dia melalak2 nak botol tu gak.. Pastu dia ludah aku.. Ni dah kes berat nih!! Aku marah lagi, mula2 aku tego baik2 la gak.. tp hangin punya pasal.. tinggi jugak sora aku jadiknya..

Eii dia meludah lagi, siap nak ludah muka aku.. Pastu dipukul2nya aku!! Aku tampar pipi dia (tak kuat la, kunun2 nak kasi dia jgn ludah lagi)..

Kali ni lagi teruk, dia ludah siap tekeluar air liur + vitamin kaler pink dia.. melekat kt atas sofa.. Aku ugut dia nak kurung dlm bilik.. Dia still pukul2 aku.. Aku hape lagik.. Aku angkat dia, masukkan dlm bilik.. Masa ni bergelut la jugak sbb si kecik ni mmg kuat.. Lampu bilik lak off, aku nak on pon tak leh sbb dah bergelut dgn dia..

Aku letak je dia dlm bilik, terus aku kunci bilik tu.. Melalak2 dia, siap pukul2 pintu.. Aku dah stat nangis dah.. Aku bukannya ape, aku sedih sbb aku tak penah ajar dia camtu.. Weh, anak sendiri ludah kt muka, sape tak sedih.. walaupun dia kecik lagi, tp tu bukan alasan utk aku biarkan je.. Aku buat camni bukan sbb aku tak sayang dia.. aku buat sbb aku nak ajar dia apa yg dia buat tu salah!!

Abg yg baru lepas mandi terus tanya aku, ape dah jadi.. Aku cite la psl Hamzah ludah muka aku.. Tak lama pon pastu aku bukak pintu bilik (tah2 seminit pon tak sampai), Hamzah terus lari keluar.. mata dah bengkak nangis2.. Tapi yang syahdunya dia tak lari kt ayah dia.. dia terus peluk aku.. Ape lagi, lagi syahdu ler aku dibuatnya..

Terus aku peluk dia, aku pesan dia apa yg dia buat tu salah.. Dia patut hormat kat ibu & ayah dia.. Aku tanya dia nak buat lagi ke tak? Terus dia geleng2 kepala.. Siap tersedu-sedan.. Badan pon menggigil2.. Siannya anak aku, mesti dia takut sangat kt dlm bilik gelap tu.. Huhuh bersalahnya aku.. Tapi kalu aku tak buat camni, kemungkinan besar next time dia akan buat lagi.. Mungking bukan muka aku, muka org lain ke.. muka atuk/nenek dia ke.. tak ke haru..

k la nnti sambung lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Oh Adik Kedai