Powered by Blogger.

Kelemahan..

 Friday, February 13, 2009

Korang tau kelemahan korang ape?? or pada siapa??

Ada org ni, kelemahan dia pada PEREMPUAN!!

Huh!! Pada aku la, sebagai seorang yang dah berumahtangga.. ada suami.. ada isteri.. ada anak.. kelemahan yang paling utama adalah pada keluarga.. Maksudnya kita sanggup berkorban apa saja pada keluarga kita, termasuk la mak ayah!!

Kalau dah namanya kelemahan pada PEREMPUAN, maknanya semua perempuan boleh melemahkan dia... Jadi, kalau di depan dia diletakkan sebaris perempuan & diletakkan isterinya di tengah-tengah barisan perempuan tu.. boleh ke dia pilih?? Atau dia letak standard isteri dia sama taraf dengan perempuan-perempuan lain???

Patut ke seorang isteri yang dah berkorban zahir batin, melawan segala cabaran semasa mengandung, menyabung nyawa melahirkan zuriat, sanggup sehidup semati, susah dan senang... diletakkan sebaris dengan PEREMPUAN lain yang tiada kena mengena langsung dlm hidup dia? Adil ke??

Siapa si isteri di hati suaminya??

Pada aku la.. sebagai seorang anak, isteri dan ibu... Kelemahan aku adalah keluarga aku... Aku sanggup berkorban apa saja untuk famili aku.. mak, abah, adik badik aku, abg, Hamzah Iqbal..

Tapi tak tau la dorang!!

Sedih ye... patutlah si isteri menangis sbb tiada standard di hati suaminya...

2 comments:

mrs hafiz February 17, 2009 at 9:26 AM  

apa yg telah berlaku, dear?
masalah lg ke?

Ibu_Hamzah February 17, 2009 at 10:28 AM  

tak ah.. saja nak luah kat sini.. tuk bagi kesedaran kt diri sndiri..

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP