Powered by Blogger.

Pengalaman Bersalinkan Hamzah Iqbal..

 Tuesday, June 16, 2009

Jom refresh balik pengalaman aku bersalinkan Hamzah Iqbal.. Huhuh bile baca balik nak tegelak pon ada, nak kuar air mata pon ade... Ni aku amik dari blog Famjaruh.. Blog masa kitorg duk jejauh dulu heheh... Doakan la pengalaman bersalin aku kali ni dipermudahkan dari bersalin Hamzah dulu.. Huhu..


19hb Oktober 2006 (Khamis)


Pukul 8.30 pagi, Jujen temankan aku pegi Obstetrik & Ginekologi tuk daftar masuk wad disebabkan dah terlewat 9 hari. Aku ditempatkan kat Bilik Pengasingan Wad Berlian. Bila dgr bilik pengasingan, semua ingatkan aku ada penyakit, sebab tu terpaksa kuarantin dalam bilik tu padahal bilik tu khas tuk kakitangan hospital yang nak bersalin. Doktor pelatih pon tanya aku ada penyakit apa sampai kena kuarantin, hampeh tul!!

Lepas tuko baju sragam light purple, Jujen pon balik opis & aku lepak sorg2 dalam bilik sambil baca buku Pa & Ma. Stiap selang stengah jam, nurse datang amik blood pressure & heart beat baby. So far semuanya normal. Aku pon sambung baca majalah sampai bosan. Yang bestnya time makan, sebab semuanya aku bantai sampai terlupa time tu bulan posa. Disebabkan aku x pose, Doktor amik peluang nak cek servik aku dah bukak bape cm. Malangnya x bukak lagi so pagi esok baru masuk ubat.


Mlm x nyenyak tdo sebab nurse dtg selang stengah jam amik bp & heart beat baby.


20hb Oktober 2006 (Jumaat)


Pagi tu Doktor masukkan ubat. Harap2 harini aku bersalin. Jujen datang dengan mak masa lunch & bawak bekal serba sikit tuk aku. Kak Munirah, Kak Ila, Kak Lis & Intan pon datang melawat gak. Terhibur sket aku. Ptg tu ada tanda2 contraction tp aku x pedulik sgt sbb selang sejam. Kak Asmah (Bos Unit Bayaran) & staf2 Bayaran pn datang melawat, sibaik aku baru bangun tido. Rupanya Aida pon masuk wad sama dengan aku sebab kurang air. Kebetulan dorg melawat Aida, dorg pon melawat aku skali. Masa dorg melawat tu, contraction still ada cuma x kuat sgt. Nak maghrib tu abg pon smpai dari Batu Pahat.


Dlm kul 7.30 ptg kot, aku dah rasa contraction selang 10 minit. Mlm tu gak contraction aku selang 5 minit. Bayangkan ler kesakitan aku masa tu. Panggil nurse pon dorg xleh buat pape cuma amik BP & heart beat je la. Aku x ingat la dlm kul bape tapi pagi2 buta la aku kejutkan abg suh panggil nurse sbb xtahan sgt sakitnya, Nurse panggil doktor & terus cek up. Bengang gak doktor tu sbb masa tu baru bukak 1cm, tp aku belagak mcm nak teberanak. Eleh, cuba dia dok kat tempat aku, konfem dia pon meragam cam aku gak. Tepaksa la aku tahan sakit & stiap kali contraction, abg jadi mangsa kena marah dgn aku sbb aku dah xtau nak buat ape. Nak berjalan sakit, duduk sakit, segalanya sakit. Aku nekad minum air zam-zam campo dgn air Annusyirah.


21 Oktober 2006 (Sabtu) - Deepavali

Akhirnya pagi tu dalam kul 8-9 kot aku paksa abg panggil nurse & skali lagi aku kena cek. Kali ni doktor yg tekejut sbb aku dah bukak 4cm trus kena pecahkan ketuban & transfer ke labour room. Abis darah meleleh2 kat kaki. Eii pikir2 balik, apsal aritu aku tak geli ah? Padahal aku tgk darah pon pening :D.


Mungkin disebabkan aritu cuti & Raya Deepavali, doktor semua tadek & yg ada cuma doktor pelatih. Malangnya aku dpt doktor pelatih cina (lelaki) yg macam hampeh sbb abis becalo tgn aku masa dia nak cucuk jarum tuk masuk air. Darah meleleh2.. hampeh tul!! Aku dah contraction teruk masa tu so tawakal je la. Dah tak tekontrol semua sakit! Abg bengang je dgn cina tu. Sibaik dia mintak mahap x benti2.


Yg klakarnya bile aku dengar bunyik org menjerit nak beranak. Nak tegelak pon ada gak, cemacam style. Bergilir2 org menjerit, xtau ler bile time aku nak menyelit. Ada skali nurse ni (kira cam bidan ah), seluk rahim aku & godak2, katanya biar senang nak branak. Hampeh tul!! Godak2 cam tu ingat sedap ke? Sakit wooo!!!...


Nurse pon kasi topeng gas tuk aku pakai, bila sakit je dia suh abg tekup muka aku dgn topeng tu & tekan punat sampai gas kuar. Masalahnya skang, gas tu x cukup kuat & bila kuar pon x kena kat idung aku, camne aku nak rasa lega. Dah ler siap begado2 dgn abg sbb bila aku nak pegang tangan dia tuk tekap kuat2 kat muka aku, dia leh cabut lak topeng tu, ngamuk ler aku :D. Pastu baru dorg kasi 2nd topeng gas yg xyah tekan punat. Aku kena sedut kuat2 & gas tu akan auto kuar. Topeng ni baru rasa lega sket & aku sedut gas telebih banyak sampai rasa mamai. Itu pon still rasa sakit x ilang.


Bila aku dah rasa cam nak meneran, aku suh abg panggil doktor, dorg leh rileks je masa dtg. Pastu marah2 sbb aku nak meneran, ingat leh tahan2 ke? Aku dah x leh kontrol semua, rasa cam nak kuarkan cepat je. Rupanya aku dah bukak 6 cm & sedia nak bersalin. Baru ler terhegeh2 nak sediakan peralatan, padahal aku dah rasa nk guling2 kt lantai. Katil aku baring tu pon dah terbelah dua & punggung aku teletak kat tengah lubang katil tu.


Bila dah ready, dorg suruh aku meneran, tp aku yg panik ni leh menangis lak. Kena marah lagi sebab menangis x membantu aku bersalin cepat. Eleh, kasi la semangat sket kt aku yg tgh emosional ni. Bila aku meneran, kena marah lagi sebab badan aku melentik. Siap kena sound x pandai meneran. Ni anak pertama, memang ler aku xde pengalaman meneran. Rupanya punggung aku yg tesepit kat tengah2 katil tu buatkan badan aku jadik melentik. Bila da betulkan katil tu baru ler senang sket.


Dah ler stakat bagitau "Kalu rasa sakit, teran kuat2!", ajar ler aku mana aku tau masa bile sakit tu dtg sbb rasanya aku sentiasa sakit. Bila dah tak tahan sangat aku pon jerit "Tolong!!" Huhu rasa nak tegelak pon ada gak. Macam tgk drama swasta lak jerit mintak tolong.


Tah masa bile aku meneran, tiba-tiba nurse tu tanya kat abg nak tgk tak pala baby aku dah nak kuar, abg pon leh cool jek intai celah kaki aku. Siap bagtau nampak rambut baby. Lagi ler semangat aku nak meneran. Last push yg aku rasa cam nak tecabut nyawa, baru ler selamat baby aku lahir ke dunia. Selamat Datang Muhammad Hamzah Iqbal pukul 12.16 tghari dengan berat 3.32kg & panjang 55cm.


Keluar je baby, terus dorg sambut & bawak keluar tuk bersihkan. Leganya tuhan je tau. Alhamdulillah, lahir jugak cahaya cinta aku dgn abg. Bila dah ensem tu, dorg letak Hamzah kat box sbelah aku. Nampak ler muka comel & topi toncet dia yg kiut tu. Abg pon amik kesempatan tuk azan & qamatkan Hamzah sementara bilik tu kosong. Masa ni tuhan je yg tau perasaan aku. Memang syahdu sungguh. Sempat amik gambo & video muka anak aku yg berumur 5-10minit tu guna hp.


Masa nak kuarkan uri lah saat mencabar buat aku sebab uri tersangkut sbb ruang yg sempit kt rahim aku. Hamzah yg besar dapat keluar, uri yg seketul tu dorg x dpt keluarkan. Wallahualam. Puas ler dorg seluk sampai dapat rasa lengan dorg kat rahim aku, bukan sorg, rasanya 2-3 org gilir2 seluk rahim aku, bayangkan ler azabnya menahan sakit. Pastu ada lak yg mulut celupar cerita ada org meninggal skejap tadi masa lahirkan anak. Ya Allah, ngerinya aku. Terasa macam aku pon akan jadi camtu ke? Sbb tu ke uri anak aku taknak kuar? Bleeding ke aku?? Abg plak sempat kuar jumpa mak kat luar & tunjuk gmbo & video hamzah. Zimah dgn Aus pon ada gak.


Sorg nurse tu pulak kalu leh taknak panggil doktor tuk keluarkan uri, nanti kena marah sbb aku patient ke 2 dia yg uri tesangkut. Lepas 20 minit still uri x begerak, tepaksa gak dorg panggil doktor. Memang doktor tu asik perli je la, padahal doktor tu pon susah payah gak nak keluarkan uri ni. Sebab itu la, ini la.. ada je reason, dah malu ler tu coz dah perli2 staff dia. Adalah dlm 45 minit baru ler uri tu keluar. Itu pun xtau ler bape kali kena batuk tuk gerakkan uri ke bawah. Masa ni ramai betul tukang menempel kat room aku, tah nurse mana2 tah dok lepak tgk org seluk lengan kat rahim aku.. Hampeh!! Xdek privacy lgsung. Ingat suka-suka ke aku kangkang tuk buat pertunjukan? Aku pon ada maruah gak!!! Hormat lah sikit patient yg tgh sakit nih.


Sempat la abg borak2 dgn nurse yg sambut baby tadi & kebetulan dia pon kena jahit aku. Masa bius tu tuhan je la yg tau, sakitnya. Tgh jahit pon rasa sakitnya tau!! Lepas jahit tu aku tanya la nurse tu aku kena bape jahit, nak pengsan aku bila dia kata aku koyak 3 lapis sbb dia gunting & setiap lapis ada la dlm 7-8 jahit so semuanya adalah dlm 20 lebih jahitan. Pergh, slamba je dia bgtau camtu. Slalu aku dgr org lain x lebih 10 jahit je :(. Rupanya stendet la 20 jahitan tu sbb luar dalam.. :p, mana la aku tau heheh..


Sampai sini aku dah lupa apa yg berlaku sebab dah lama sangat. So dipendekkan cerita, 22hb dalam pukul 11 pagi tu aku pon dah leh kuar wad. Cam slamber je aku pakai suar & jalan menten macam org lom bersalin jek heheh.. Masa tu tak rasa sakit sangat.


24 Oktober 2006 (Selasa) – Hari Raya Aidilfitri


Bersiap2 untuk balik kampong (Batu Pahat). Balik dalam tengahari sebab tunggu rombongan Maklong sampai. Lepas anak aku bermesra2 & terima duit raya :D barulah kitorg bertolak ke Batu Pahat. So far ok la Hamzah x meragam, cuma terpaksa berenti kejap kat Nilai kot sbb Hamzah berak & abg isap rokok.


Punyalah seronok famili abg bila kitorg sampai. Abis Hamzah kena gomol heeheheh…

Ok la cukup la tuh.. Letih dah updet.. Nanti kalu aku ingat aku updet lagi!! InsyaAllah..

1 comments:

RinaRiz June 16, 2009 at 11:26 AM  

aku masa dah dlm wad sempatlah psyco kan diri sendiri...aku selalu pikir "mesti bersalin tak sakit, kalo tak takkan ada orang bersalin sampai 9-10 kali"...heheheheheh... Alhamdulillah takde pape-pape :D

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP