Hamzah Iqbal Yang Baekk

Haritu aku rotan Hamzah Iqbal sbb dia sesker ati bukak pintu sliding.. Dah la langsir kt rumah tu singkat, aku lak tgh nyusukan Hadif.. Bile dia da bukak pintu tu, nnti dia selak langsir & menjerit2... Sibaik ade grill.. Aku rotan pon xdek la teruk sgt, tak sakit pon.. cuma dia je yg beria2 nangih cam kena rotan dgn batang penyapu jek!!

Masa dia nangis tu.. Dia ada la bebel!!.. "Ibu.. sakit la... haa... satu uwa tiga pat ima nam tujuh.. haaaaa!!" Hahahahah nak tegelak aku.. ape kene ngena sakit dgn mengira?? Siap kira guna jari lagi hahahah... pastu cam biasa la.. "Ibu.. abg tak baekk!"... tau je ayat tu leh cairkan ati aku..

Pastu mlm td ayahnya gi opis kejap.. Aku lak tgh sibuk borak2 dgn Hadif.. Budak ni dah pandai borak mula la ngarok kalu xdek sape nak layan dia.. Abgnya ilang masuk bilik.. Aku dah agak dah mesti dia buat sumting.. Aku diamkan je.. Tak lama pastu dia dtg..

"Ibu.. abg nak keta.. nak keta vios!" konfem dia nak RC Honda Accord ayahnya..
"Nanti.. mintak dgn ayah.. tunggu ayah balik dulu!"
"Huwaa.!!!!........ nak ketaa... nak keta buuu!" mula memberontak hentak2 kaki
"Tunggu ayah balik, tu keta ayah.. Ayah balik nnti mintak la dengan ayah!"
Lari masuk bilik..

Tak lama pastu dia dtg lagi..
"Buuu.. nak keta buu!"
"Tunggu ayah balik!"
"Tunggu ayah balik eh bu?"
"Yee!!"
"Saaaayang ibu!" Terus peluk aku.. Pelik gak aku.. Budak ni paham ke tak? Ke dia ingat aku bagi dia main keta tu? Dia dah lari masuk bilik semula..

Pastu dia bawak kuar semua patung2 dia & bagi aku..
"Ni ibu punya.. Ni Hadif punya!"
"Ibu tanak ni la.. Hadif tak pandai main patung lagi!!"
Makin byk mainan dia kuarkan.. Pastu lari masuk bilik lagi..

Diam2 aku follow blakang dia.. perghh!!
Rupa-rupanya dia dah koyakkan kotak keta tu... Side mirror pon dah patah.. Huhuh menjawab ler dgn ayah ko nanti!!

Cam biasa la ayah dia balik konfem ler havoc satu rumah.. Dah ler rumah bersepah dgn patung2 & mainan dia.. Keta ksygn lak dah takdek rumah, togel je takdek kotak!! Huhu.. bukan tu yg aku nak cite kt sini.. Aku nak cite yg si kecik ni dah pandai nak amik ati org.. Siap peluk bagai, bagi patung.. Mmg terus jd baik la.. Sejuk ati tgk.. Rupanya dia nak cover kotak yg dah dikoyak tu huhu.. Hamzah.. Hamzah...!!

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai