Powered by Blogger.

Keletah 2 Beradik

 Thursday, August 27, 2009

Disebabkan tergelak sorg2 baca blog VP pasal keletah Nisa & An-Nur, saya pun nak buat entry pasal keletah budak2 ni kalu pegi shopping.

Smlm pegi Wellward beli Drummet Ayamas.. Masa kat cashier tu, si Hamzah main la tepon mainan yg da gula2 kt dpn cashier tu. Saya plak tengah sibuk2 dukung Hadif. Mula2 slow je la saya tegur "Takmoh main tu abg, letak balik kt atas sana". Dia dengar. Lega hati saya. Lepas bayar tu, masa pusing nak keluar pintu, sekalinya Hamzah sambar seketul 'Coco Crunch' yang baeekk punya landing atas kaunter. Punya la saya jerit!! Eii, tah dari mana datangnya tah coco crunch tu. Mana tau ada org dah kunyah pastu ludah keluar ke. Dah 4 tahun atas kaunter tu ke. Cepat2 saya korek mulut Hamzah & buang coco crunch tu. Ayahnya pulak menonong tinggalkan kitorg 3 branak.

Agaknya bila tak nampak kitorg, ayahnya pun patah balik. Saya cite la pasal Hamzah Iqbal dengan coco crunch misterinya. Ayahnya mula naik angin. Abis sepanjang jln dia tarik tinga Hamzah. Pastu ditinggalkan budak tu tepi jln tengah melalak2. Adeh, saya yg tgh bertungkus lumus dukung Hadif (payah nak dukung kalu pakai baju kain licin nih), terhegeh2 pegi kt Hamzah. Pimpin dia lintas jalan. Time tu la ada motor nak lalu. Bayangkan kalu Hamzah berlari kejar ayahnya. Adui taknak la bayangkan!!

Masuk2 keta ayahnya dah diam. Konfem ler ayahnya tengah ati panas. Dah la dari Summit Parade buat perangai. Dlm keta lak Hadif melalak2 nak susu. Ish xkan nak BF kot, da nak sampai rumah nih. Sampai rumah saya terus BFkan Hadif. Saya dengar Hamzah melalak. Rupanya ayahnya suh dia duduk luar pagar rumah. Adeh sian budak tu. Lepas dah puas suh duk luar, dia kena berdiri depan sliding door pulak. Jenuh ler budak tu berdiri, duduk pun tak boleh! Punyalah kesian tak hengat dunia! Nak tolong, konfem nanti jadi perang dunia ke 2. Saya diamkan je la.

Bile ayahnya jumpa kawan yang datang nak ambik surat, Hamzah datang kat saya. Saya cepat2 suruh dia pegi balik kt tempat dia berdiri tadi. Sedih muka dia. Saya pujuk la suh dia ikut cakap ayahnya. Saya suh dia duduk, nanti kalau ayah masuk cepat2 berdiri semula (kalau abg baca ni naya je saya!).

Tak lama lepas tu, ayahnya pun panggil Hamzah. Tanya apa yang dia buat tadi sampai kena denda. Terkial2 budak tu buat ayat. Huhu budak tu baru nak masuk umur 3thn bulan Okt ni, ayatnya pun tunggang terbalik. Nak tergelak pun ada gak.

Pastu ayahnya peluk dia, bagitau salah ape yang dia dah buat. Masa tu sejuk ati tengok. Saya lak yang terharu. Huhuh dalam ganaz2 ayahnya, ada jugak lembutnya hihi.. (mati ler kalu abg baca!)..

Hadif pulak memang senang kalu nak bawak ke mana2, cuma kena pastikan dia kenyang & jangan pakaikan topi. Kalau tak sepanjang jln dia mengamuk, ingatkan kenapa.. rupanya sebab pakai topi je.. Laa budak bertuah nih!! Puting kena ready la takut tetiba tengah jln mintak susu, buat sementara sumbat dgn puting dulu.. Pastu carik ler tempat nyusukan baby. Saya suka shopping kat tempat yang ada kemudahan mcm ni, sebab saya boleh nyusukan baby dengan rileksnya sambil abg & Hamzah gi shopping (slalunya abg bawak Hamzah gi tengok mainan. Tengok je!!).

2 comments:

mar!ahaf!z August 28, 2009 at 4:32 PM  

slalu bila dah "denda" anak, timbul rasa nyesal.. sedih kan?
maria slalu suruh diri ni byk bersabar.. lg2 time peknen ni..letih bgt nak lyn kerenah anak..

hadif tak suke pakai topi la ibu.. bab tu kene ikut kehendak baby la kan.. kdg2 maria pun sama, beriya je, tp anak tak slesa..

Sellynna August 30, 2009 at 11:42 PM  

mula2 mmg kesian.. bile dah melampau sgt cthnya sampai rumah banjir dia spray air.. sampai tv pon penuh air.. nescaya meroyan jugak ler ibunya nih!! tp pastu kesian balik heheh..

mmg dr abgnya sampai ke adik, tak suka pakai topi.. mmg kita ikut kehendak budak2 tu.. tp biasa la org tua kalu nmpk budak x pakai topi.. makpaknya yg kena sound hihih...

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP