Powered by Blogger.

Gambo2..

 Monday, September 28, 2009


Bulatnya mata budak nih..


Ooohh sungguh comel gambo nih..



Stroller pun dah tak muat.. Kaki siap letak atas stroller skang ni.. Dasat tul!!


Baju raya Abg Hamzah.. Nampak dah kebujangan teruna saya sorg nih!! Skejap je budak2 ni membeso kan??


Raya pertama di rumah Maklong..


Sungguh kurang sopan beraya pakai tshirt hehe.. Masa ni waktu mlm, jd rugi kalu pakai baju raya, so pinjam baju abg sbb nak sedondon kaler biru.. Walaupun berat dah turun dari 70kg ke 65kg, tetap nampak gebus!! Ni yang rasa nak senamrobik balik nih!!

Habis!

Read more...

Dak abang!!~

- Bulung ape tu?
- Bulung mulai!
- Bulung ape?
- Mulai!
- Bulung ape?
- Mulai!
- Bulung ape???
- Mulai laa.. Mulaii!!


Arghhh!! Kenapa anak bujang saya sorg ni terpengaruh dgn iklan TV.. Tensen tau!! Mau 20 kali dia ulang soklan & jwb sndiri, pastu gelak sorg2!! Duk diam2 sambil baring2 pun dia leh borak sorg2.. Saya yang tukang dengo ni pon dah tensen!! Adeh, sape laaa yang pandai sgt gi kuarkan iklan ni!!

----------------------------------

"Teko teko teko!!"
"Bukan la.. Deko!.. De... Ko!!"
"De.. Ko!"
"Haa pandai pun!"
"Teko teko teko!!"
"Sukati abg laaaaaa!!!"

Akhirnya saya mengalah!!

-----------------------------------

- Ini ape?
- Spiderman..
- Bukan la.. Ni 'Alamak!
- Ha??
- Ni ape?
- Spiderman laa..
- Bukaannnnnn... Alamak!!
(Garuk pala!)
- Ni ape??
- Alamak??
- Haaaa pandai pun!!
(Arghh!!~)

Rupanya dia tgk cite 'Alamak!" Kan ada 'Pakcik' ke hape tah pakai suit 'Spiderman'.. Hampeh!! Mau gaduh dibuatnya dengan anak sendiri.
-------------------------------

- Ambik adik boleh tak?
- Tak bolehhh!!
- Ala boleh la..
- Tak bolehhhh (jerit-jerit!)
- Ambik adik eh??
- Tak boleh.. Amik makngah!!

Huhu rupa2nya dia suh ambik anak makngah (Nabil).. Pandai jek si kecik nih!!..

Habiss...

Takdek mood nak ngarang cite!!

SELAMAT HARI RAYER!!~

Read more...

Album Gambo

 Wednesday, September 16, 2009

Huhu lama tak update... Meh nengok gambo meh..

Kat bawah ni gambo Hadif daud 1st time meniarap mlm tadi.. Huhu sungguh eksaited ibunya melebihi tuan punya badan.. Sibaik sempat snap.. Ada la kenangan..


Koleksi Baju Raya.. Tahun ni tema Turqouise (camni ke eja?)


No 1-3 Baju Hamzah, sumanya 8 pasang (ada yg makcik saya belikan), No 4 baju Hadif, 4 pasang, No 5 baju Nike Abang (eleh, kata nak boikot) & No 7 baju saya. Jangan tanya No 6 mana, sebab saya pon tak tau (kes salah label la ni ehheheeh)..


Tahun ni abg pakai baju melayu masa tunang dulu (kaler sama, leh recycle lagi), saya pulak pakai baju tahun lepas yg tak dipakai2 lagi (dulu tak muat, sekarang tidak lagi...). Kat bawah ni ler baju saya, baru je lepas tambah getah kain heheeh (eleh, kata dah muat!)..


Yang kt bawah ni pun sama, cuma penah sekali je pakai pegi opis.. Sayang woo kalu tak pakai lagi!! Batik ni, leh pakai gi opis ari Khamis!!


Kat bawah ni Hamzah Iqbal bergaya dengan baju rayanya.. Lepas tu melalak2 tanak bukak.. Padahal saya just nak cek je muat ke tak.. Tak sempat test masa beli sebab ramai org. Ada selai suar Jeans Hamzah Iqbal tak muat, tapi tak sempat tukar sebab takde masa nk gi bando.. Endingnya abg suh simpan tuk Hadif next next raya huhu.. (Sibaik rega RM19 hehe.. Kes pegi time sales)..


Kat bawah ni pulak masa Majlis Berbuka Puasa dengan Ecovest-U kat Katerina Hotel

Muka ketat semacam, baru lepas nyekek Kebab!


Hamzah snap gambo nih.. Time ni Hadif tak tido lagi.. Sepanjang acara makan2 tu, dia bantai tido.. Senang keja saya.. cuma Hamzah je gi baring kt lantai la, gi langgo waiter la.. adeh, siap org tanya "Anak sapee la nih!!"..

Huhh bukan main lagi si Khalil nganga...



Buat-buat merajuk, padahal lepas amik gambo terus eksaited nak nengok muka sndiri..

Meh nengok gambo Hadif pulak..


Mula2 ready ibu jari..


Pastu terus masuk dlm mulut.. Huhu tak pakai suar sbb baru tuko pempes..


Bile dah syok, mula la mata lalok.. nk tido!!~


Meh nengok gambo laman rumah pulak..


Hamzah pagi2 ajak main beskal..


Mesti round 2-3x dulu baru anto gi rumah pengasuh..


Inilah laman rumah saya yang tak seberapa.. Blom cat lagik.. Luas? Pada saya yang dari kecik sampai ke beso duk rumah flat, memang rasa berbaloi-baloi!! Mebi lepas raya baru nak cat. Ada rezeki nak tiles sampai ke dpn & awning pon nak extend ke dpn gak.. Pagar nak tuko & tiang rumah tu nak buang satu.. Payah beno nak bukak pintu keta.. Hhuhuhu tak salah berangan dulu kan??

Read more...

Kisah 2 Hero

 Thursday, September 10, 2009

Malam tadi, lepas balik dari amik Hamzah & adiknya dari rumah Kak Nin.. Saya terkejar2 nak masak, nak nyusukan Hadif, nak layan Hamzah lagi.. Ayahnya pulak tengah mandi.. Dengan masih lagi memakai apron, saya berlari ke dapur dan ruang tamu bergilir2 macam baru dapat pass baton. Pergh, rasa nak tercabut napsu (err, kering tekak maksudnya).. Hamzah dah melalak2 mintak susu..

"Abang nak shushu bu!" Nangis..
"Sabar la, tak nampak ke ibu tengah buat ape nih?" sambil pegang botol susu Hadif.
"Nak shushu!! Nak shushu!!.." Hentak tangan & kaki ke lantai..
"Ibu dah tak cukup tangan dah nih.. Nak suh ibu buat susu guna kaki ke?" tinggi sora saya..
"... " Diam sambil tengok jari kaki saya..

Masa ni nak tergelak pun ada gak, tp kena buat2 garang la..

........................................................................

Situasi, semalam jugak..

Saya main2 dengan Hadif, berdirikan dia sambil nyanyi2..
"Ding dak ding.. Dak ding-dak ding.. Dak ding!!".. Hadif pun joget2.. (sebenonya dia senget benget sebab kaki still xkuat lagi)..
Tetiba saya dengar abgnya nyanyi jugak lagu 'Dak ding' di belakang saya..

Sambil buat aksi tengah sedap 'menggoreng' gitar.. Ceh, lagu camni pon dia leh bantai buat konsert Rock!! Sabo je la..

--------------------------------------------

Mlm td jugak situasinya di laman rumah, sebelum bershopping di Care4..

Hamzah Iqbal main basikal pusing2 laman.. Tetiba saya nampak basikal dia senget semacam.. Dan seperti yang dijangka, 'kelepap' dia jatuh.. Saya punya lah jerit.. Sebab terbayang ada longkang di depan.. (Padahal takdek pon! Saya yang over panik.. Rumah sendiri pon leh lupa longkang kt mana.. hehe..)

"Adoi!" dia jerit.. Saya yang tengah meriba Hadif, menjerit panggil ayahnya.. Dengar dari jauh suara Hamzah cam tengah struggle nak bangun sambil ada la bunyik cam nak nangis..

"Cepat bang, tolong Hamzah.. dia jatuh tu!" Ayahnya cepat2 keluar dari bilik. Ayahnya tengok je dari jauh & terus blah..
"Ala.. xdek pape tu.. jatuh sket je.."

"Tak sakit bu!! Abg tak sakit!! Abang ok!" sambil muka blur tak tau nak pegi mana.. siap garu2 pala lagi..

Hahah.. rupanya dia terlanggar getah paip dan terjatuh dalam gulungan getah paip.. Pastu dia mcm blur nak nangis ke tak agaknya terkejut sebab jatuh, tapi tak sakit..

Lega tul hati saya.. Kalu ari2 macam ni, mau tercabut jantung dibuatnya!! Hamzah.. Hamzah..

---------------------------------------------

Saya pinjam baby sling member kunun2 nak praktis dengan Hadif. Harap2 kalu dia nak pakai, boleh la saya beli & kalau shopping tak payah la susah payah bawak stroller lagi.

Tapi..

Hadif melalak2 bile saya masukkan dalam sling.. Cam 'tekepot' je dia dalam tu.. Kesian sungguh.. Saya nak amik gambar pon tak sampai ati.. Saya cuba keluarkan dia..

"eehehehehe..!" dia gelak..

Aik, bukan main sukati lagi dia ek bile keluar.. saya masukkan dia balik..

"Uwaaaaaaaaa..!!" melalak balik..

Keluarkan..

"eheheheehehhe...!"

Ceh.. memang dia happy bile kuar dari sling.. Agaknya happy sebab bebas dari terkepot kot.. hehe.. Sooo kiut!!~

-------------------------------------

Cerita pendek dia atas dibuat di atas ketermalasan (tahap malas paling giler) si tuan rumah.. Ni pon entry syok sendiri, kalau takdek sapa yang tergelak tu lantak korangla.. Janji saya terhibur dengan perangai 2 hero nih..

Read more...

Berita Pendek..

 Monday, September 7, 2009

Pagi tadi Hamzah bangun awal, terus menyanyi.. Sedap sungguh, siap lenggok2 lagi..

"Sedapnya abang nyanyi."
"Ala, sikit je.. Orang kampung!"
Erk? Orang kampung? Ape kene ngena org kampung dalam ini felem??

Pastu saya gosok baju dalam bilik ke 2, bilik tu memang banyak mainan Hamzah.

"Abang nak main la, bu!"
"Nanti dah main letak balik ye!"
"Ye laa!"

"Ish, banyak ni.. Mana permainan abang!" Wahh 'permainan' disebutnya, selalu sebut 'menan' je.
"Haa ini dia permainan abang!" Ler, rupanya 'permainan' tu refer kepada mainan ala LEGO yang berbijik2 tu.. Ish budak ni buat saya gelak je!!

Read more...

Iklan Komuniti!!

 Thursday, September 3, 2009

Pepagi lagi dah update blog hihi.. xdek kije ape!!

Ptg semalam kecoh la skejap opis saya sebab memasing giler nak sign up Facebook. Sempat la buat simple tutorial tuk member2 saya. Sonok la, dapat jumpa balik ex-classmate/ officemate saya. Wpun dulu saya dah bertegas tanak join lagi social community camni (Ye encik Wea!! Saya penah cakap camtu dulu!) tapi tu duluuuuuuu...... Saya buat keputusan tu dulu ada sebabnya!!

Dulu suma account saya ada, Friendster, Myspace, Tagged & tahape2 lagi tah! Pastu saya jadi bosan.. Mmg tanak dah masuk lagi mende2 alah camni. Buat sakit ati je!! Dulu saya tengok semua ni dari sudut negatif! Sebab kebanyakan org2 yg online ni mempunyai niat yang tak baik!

Yg lelaki sibuk search awek2 cun dgn harapan leh la buat back up. Untung2 dpt makan free!! Yang pmpuan lak bile dah kena puji lawa, mula la lupa diri!! Dari satu lelaki, mula la carik lelaki lain.. Tak puas kan kena puji. Main tarik tali! TAPI TAK SEMUA LAA.. diulangi! TAK SEMUA!.. Kalau korang rasa korang tak tergolong dlm golongan yg saya sebutkan kat atas ni, alhamdulillah!! Ada jugak yang niatnya memang baik nak berkawan.. Memang tak salah berkawan secara cyber nih! Tapi ada batasnya... Lu Pikir La Sendiri!!

Dulu account Tagged saya cuma penuh dgn gambo suami & anak2.. Tapi harini kita tengok kat Tagged, cemacam gambo 18sx yang sengaja diletak. Yang paling mengejutkan, tuan punya account sendiri berani bergambo tak senonoh!! Tak kira la lelaki @ perempuan. Dorang tak kisah kot harta mende dorg dilihat secara free oleh org lain.. Saya sebagai seorang wanita, naik malu bila tengok gambo2 camtu. Lagi2 kalu gambo camtu senang di'access oleh seorg lelaki berstatus suami & ayah. Jgn tipu la, lelaki mmg tak kisah nak tengok mende2 camtu! Mungkin dorg tengok dari segi 'hati lelaki'.. Tapi saya melihat dari segi 'hati seorg isteri & ibu'.. Oooohh sungguh mengecewakan!! Mungkin lepas ni dorg leh cuba untuk melihatnya dari segi 'hati seorang suami & ayah'.. Macamana kalu isteri @ anak dorg yg bergambo camtu!! Wallahualam!!

Lupakan soal Tagged!!

Dengan Facebook, memang saya sign up untuk mencarik kawan. Priority'nya adalah kawan2 lama tp bagus juga dpt kawan2 baru. Dapat la tengok gambo2 terbaru dorg. Ada yang dah kawen, beranak pinak. Makin cun & makin ensem. Memang mengubat rindu lah!! Tak ada niat lain selain untuk mengeratkan balik silaturrahim kita yang terputus dulu. Tak ada istilah nak mencari cinta cyber dengan menggunakan social community camni.

So, kepada yang single mingle kt luar sana.. Kalau korg rasa dengan cara ini korg leh dptkan pasangan.. Sila pastikan pasangan anda betul2 jujur nak berkawan dgn anda. Bukan ada yang tersurat @ tersirat. Bukan disebabkan gambar2 anda begitu mengiurkan. Bukan disebabkan gambar2 anda yg diedit begitu cantek dgn Photoshop. Bukan disebabkan anda teramat despret untuk mencari teman. TAPI DISEBABKAN ANDA ADALAH ANDA. Biar se'Cun @ sehodoh mana pun anda, kurus @ gemoknya anda.. dia terima anda seadanya.

Dan juga sila pastikan teman anda adalah seorg yg single juga.. Tapi kalau anda bersedia untuk melukakan hati seseorg, anda dipersilakan. Sekian terima kasih!!

Iklan dari khidmat masyarakat!! Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yg mati. Kalu terasa tu, mintak maaf ye..


(Ohh, kejam ke entry aku hari ni?)..

Read more...

Bionic ke aku nih?

 Wednesday, September 2, 2009

Nak tergelak pun ada bile nak buat entry pasal 'Bionic woman' nih. Sebab saya tau, kawan saya si 'Abui' tu mesti baca blog nih.

Saya digelar 'Bionic Woman' sebab kepakaran saya membahagikan tugas sebagai seorang isteri, menjaga 2 org hero & menjalankan tugas2 seorang surirumah. Wahahahah gelak besar tul bila baca statement nih!!

Sebenarnya saya tak la se'bionic yang disangkakan. Saya pun terkangkang2 jugak mengejar masa nak buat itu ini. Kadang2 lunch hour ajak abg kuar beli barang2 dapur sebab nak jimatkan masa bile balik keja nanti. Camni rutin hidup saya sepanjang bulan puasa :

- Bangun kul 6.00-6.30 pagi, semayang Subuh & gosok baju laki bini.
- 7.30 pagi, kejutkan budak2 tu & hantar gi rumah Kak Nin.
- 7.50 pagi, sampai opis.. Buat kije la cam biasa.
- 1.15 thgri, gi kuar kedai bli barang2 dapur dgn abg. Singgah rumah hantar barang2. Balik opis semula
- 5.30 ptg, zasss gi amek budak2 & balik rumah.

Pastu tak sempat rehat terus nyusukan Hadif & buatkan Hamzah susu pulak. Kalau abg ada keja cam buang sampah ke, nak mandi ke, sapu laman ke.. saya tunggu la kejap tuk jaga budak2 ni. Tak leh dibiarkan takut Hamzah dera adiknya. Dah settle suma baru saya gi dapur. Masa tu dapur saya yang punya.. mwahahahah (gelak jahat!).. Jgn cite la keadaan masa tu, dgn dapur tonggang langgang.. meja makan da mcm meja kat pasar borong. Sampah sana sini. Maklum ler buat keja sampai terkejar2. Kena cepat sbb nak kejarkan sembahyang asar (yg ni xleh la laju2 kan), nak nyusukan Hadif yg setiap stengah jam melalak nak susu. Nak layan si abang yg nyebok gak nak ke dapur.

Ayahnya pulak kalau dah ngadap TV, nescaya mula la melopong.. Start ler saya tekejar2.. Huhuh ni bukan 'Bionic Woman'.. dah mcm 'Panic Woman' je saya nih. Sampaikan dah azan pun still tengah pulun masak. Hebat kan saya nih? Pape pun makan minum suami didulukan dulu.. Siapkan mende2 alah yg senang dijamah, baru ler masak yang berat2.

Lepas tu semayang Maghrib.. Lepas tu rehat skejap, baru ler sambung buat kije balik iaitu mengemas dapur yang tonggang-langgang!! Siap basuh pinggan, sapu sampah suma.. betul2kan kusi meja makan, baru ler duk rehat.. Kalu ada baju yang nak dilipat, time ni la leh buat kije. Tak pun main2 dgn Hadif.. Layan Hamzah, dia berak ke nak susu lagi ke.. Tengok2 jam kadang2 dah kul 11 mlm. Adoi!!

Tidokan budak2 nih (kdg2 Hamzah tido sndiri dpn tv) sedar tak sedar dah kul 12 -1 pagi. Kalu dah lewat sgt, time ni ler jamah pe yang patut & terus niat sahur/puasa. Kalu tak, baki mknn masuk dlm peti sejuk tuk sahur kul 4.30 pagi nanti.

Around 4-5 pagi, Hadif mmg bangun nak susu. Kalu dia bangun awal, terus la bangun sahur.. Dah basuh pinggan suma, kul 5.30 pagi baru tido.. Kul 6-6.30 pagi bangun gi keja..

Gitu ler rutin hidup di bulan Ramadhan.. Huwarghh!! Penat + ngantuk!! Tapi heppi sebab dapat bersama-sama famili.. Sonok ekk!!

Read more...

Cite Ramadhan

Salam semua..!!

Wahh sekejap je dah 12 Ramadhan yee.. Alhamdulillah saya tak 'cuti' lagi. Lagu raya pun dah berkumandang dr speaker2 orang yang tak sabar nak balik raya. Saya cuma menumpang dengar je sebab tak sepasal saya yang over meraung nak balik KL. Yang kelakarnya selalu dialog raya mesti bunyiknya. "Tahun ni balik kampung tak?", tapi untuk saya dialognya dah bertukar jadi "Tahun ni balik bandar tak?" hahaha.. mestii!! mesti balik!! Kali ni giliran saya pulak. Lagipun saya x dapat cuti panjang tahun ni, so better la raya kat KL dulu (alasan!!). Kalini pun giliran biras saya raya kat JB, so tak la terasa bersalah tak raya kat kampung (hahah alasan lagi!).

Cerita pasal menu berbuka pulak. Ada gak cite lawaknya. Abg tingin nak makan coleslaw la, whipped potato la.. ala2 western gitu! Coleslaw tu jadi la sebab bahan setakat campak2 je. Untuk whipped potato pulak tugas abg utk rebus kentang & tugas saya buat gravvy. Kali pertama buat, kentangnya belum empuk lagi dah diangkat. Berusaha la abg nak memenyekkan kentang tu. Yang kelakonya, dah siap kupas kulit bagai.. bleh abg rebus balik sampai kentang tu empuk.. hihi lawak tul!!

Saya pulak, bukan main bukak buku Masakan Barat & search kat myresipi nak buat gravvy. 1st time tu panaskan butter & masuk terus tepung jagung yg dah dicampur air. Nampak cam dah jadi.. Hoohoho sungguh eksaited. Pastu tah cemana letak stok ayam, gravvynya jd berketul2! Huwa sungguh frust!!.. Puas la pikir nape tak licin je kuahnya. Rasa dah sama. Jadi haritu buka puasa whipped potato yang gravvynya berketul2 hhaha.. Sibaik sblum tu goreng Drummet! Siyesly wpun berketul, tp memang sedap! Kalah KFC kekdahnya ahahah...

2nd time pulak, tukar tepung jagung ke tepung gandum. Sbb dalam resepi tu ada kata guna tepung jagung, ada tepung gandum. Bantai je la!! Huwaa lagi hangit dibuatnya!!! Abg pulak da terer rebus kentang, tinggal saya je tekulat2. Tak puas ati punya pasal, buat cara sendiri.

Panaskan butter, bile dah cair letak air dlm suku cawan. Pastu letak satu sudu tepung jagung yang dah dicairkan dengan air skit. Kalu nak pekat, lebihkan tepung jagungnya. Pastu dah agak2 perang, letak pulak stok ayam. Ni main agak2 je la. Nak masin letak dlm 2-3 sudu. Saya rasa 1 sudu dah cukup kot. Nasib baik ada tambah air, kalau tak satu sudu pon rasa masin giler! Bile dah pekat ala2 KFC gitu, leh la letak as topping whip tadi!

3 branak makan tak hengat dunia!!

Hari Ahad, buat asam pedas cencaru version Chef Liza. Pergh! Cam tak caya je saya masak asam pedas!! Dulu penah cuba tapi tak la sesedap kali ni. Itu pun thanks tu daun kesum. Daun kesum tu yg buat aromanya menjadik! Pasni nak belajar asam pedas version boyan. Err, kena mintak balik resepi dari mak. Nak kena menuntut balik!!

Semalam buat roti john & cencaru belah belakang. Tak guna daging kisar pon sebab daging burger baki buat meatball spageti aritu ada lagi. Satu roti john tu penuh dgn daging je.. Hahah kalu jual maunya harga kena mark up!! Yang kelakonya, saya gi masak cencaru dulu. Pastu baru terhegeh2 nak buat roti john. Endingnya, da azan pun roti still lagi tergolek dlm frying pan heheh.. Tapi lagi syok sebab panazzzz!!! Cencaru pulak makan pukul 9 mlm sbb kekenyangan makan roti. Abis diet saya!! Sila jeles ye wahai along!!

Hari ni? Ooo abg buat permintaan lagi. Nak nasik goreng cina!! Adoiyaii... Ni kali ketiga saya masak nasik goreng cina utk berbuka puasa tahun nih. Teringin nak buat nasik goreng ikan masin. Tapi x jumpa la pulak ikan masinnya kat kedai.. Sebenarnya, bab goreng2 ni serah kat along, dia goreng best!! Makaroni dia goreng main campak2 pun sedap hihi.. ikhlas nih!! Saya nak goreng mihun pun terkial2 nak guna sudip. Ye, saya seorang isteri dan ibu yang baru terhegeh2 nak belajar memasak. Ngaku je la..

Opss, baru dpt bubur lambuk dari masjid U.. Erm, leh buat backup tuk sahur nnti.. Ada la 2-3 ari kitorg xbangun sahur disebabkan tidur lewat dlm pukul 2-3 pagi. So kira sahur la kan, jamah sket roti @ kek & niat sahur & puasa.

Sbenarnya saya tringin gak nak masak yang berat2 macam masak lemak ikan patin ke, masak lemak tempoyak ke, siakap 3 rasa, kerapu stim ke hehehe berangan je lebih. Bukan ape, kat sini memang banyak stok ikan. Sempena Ramadhan ni, ada satu kedai nama 'Ikan Bagus' yang jual cemacam jenis ikan yang diamik dari Rengit dan jugak ayam. Seriyesly, ikan yang saya tak pernah tengok pun ada. Ikan Patin, Jenahak, sembilang, Kerapu, Parang, Kerisi, Pari dan seantero dengannya sumanya ada jual. Nasib baik la ikan tu suma ada nametag. Kalu tak, memang konfem tak kenal langsung patin yang mana satu, kerapu yang mana satu. Tapi kalu udang @ sotong ada yang tak kenal, memang tu kategori rabun kronik kot!!

Kat sbelah 'Ikan Bagus' tu pulak ada pulak kedai jual sayur2. Kiranya sayur2 kampung banyak la jual kt situ. Tak payah sibuk2 nak pegi pasar pagi lagi (wpun saya tak penah pegi heheh). Sbelah sayur pulak ada kedai jual daging lembu & kambeng. Pendek kata memang semuanya ada. Tinggal rajin & malas masak je huhu (ditujukan buat diri sendiri!). Harga boleh tahan la sebab kedai ni cam pasar borong. Ikan je diletak dalam tong2, bukan dalam besen @ baldi. Ayam je 2 tong. Kalu ikan yang besar2 tu (tak tau ler ikan ape, semacam je saya tengok) diletak dalam peti sejuk cam peti aiskrim.

Kalau nak frozen food pulak, ada kedainya. Dari jual daging burger sampai la ke karipap sejukbeku (frozen la tu kan!). Burger pulak bukan stakat ayam & daging.. burger arnab & rusa pun ada. Daging kebab pun dijual. Roti pun sama, dari roti burger sampai ke roti kebab. Memang sesuai utk org2 yang nak meniaga. Kat situ pun ada jual pelbagai jenis sos, mayonis, marjerin, seasoning, cemacam la. Bile masuk situ terasa macam nak bukak gerai burger je hehehe.. Harga tak tau ler murah, mahal @ stardard. Agaknya kalu beli banyak2 dapat murah kot. Jangan la korang kirim suruh saya beli. Kang campo kos penghantaran suma, tah2 sama je harga kat area rumah korang. Kalu korang nak, baik korang datang sendiri.

Kalau nak beli kerepek pun kat sini la yang paling happening. Paling fofular kat area Rengit tu!! Dulu berangan nak jadi tokei kerepek masa saya duk kt KL tapi ape nak buat. Takdek rezeki. Bila dah duk sini, tengok kerepek pun dah tak bernapsu. Time raya 1 & 2 thn lepas, saya & abg siap round satu Rengit carik kerepek paling murah tuk bagi mak & mil. Bile da murah, boleh la beli macam2 jenis. Slalunya sbelum raya ada bukak pasar ala-ala Down Town BTR kt sini. Tak tau ler thn ni ade lagi ke tak sebab saya dah xlalu kwsn tu lagi. Maklum ler, skang dah x pegi Bazar Ramadhan.. Semuanya masak je kat rumah. Harap2 kekal sampai ke hari terakhir puasa. Lagipun tak payah susah2 pikir nak masak ape, selalunya tunggu permintaan dari abg hehehe..

Ok dah melalut banyak nih. Ini pun dari pagi menaip entry asik terhenti2 sebab budak baru mintak ajar buat penyesuaian vot. Start kul 10 pagi, baru dpt posting kul 3 lebih ihihihi.. Nasib ler!!

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP