Bionic ke aku nih?

Nak tergelak pun ada bile nak buat entry pasal 'Bionic woman' nih. Sebab saya tau, kawan saya si 'Abui' tu mesti baca blog nih.

Saya digelar 'Bionic Woman' sebab kepakaran saya membahagikan tugas sebagai seorang isteri, menjaga 2 org hero & menjalankan tugas2 seorang surirumah. Wahahahah gelak besar tul bila baca statement nih!!

Sebenarnya saya tak la se'bionic yang disangkakan. Saya pun terkangkang2 jugak mengejar masa nak buat itu ini. Kadang2 lunch hour ajak abg kuar beli barang2 dapur sebab nak jimatkan masa bile balik keja nanti. Camni rutin hidup saya sepanjang bulan puasa :

- Bangun kul 6.00-6.30 pagi, semayang Subuh & gosok baju laki bini.
- 7.30 pagi, kejutkan budak2 tu & hantar gi rumah Kak Nin.
- 7.50 pagi, sampai opis.. Buat kije la cam biasa.
- 1.15 thgri, gi kuar kedai bli barang2 dapur dgn abg. Singgah rumah hantar barang2. Balik opis semula
- 5.30 ptg, zasss gi amek budak2 & balik rumah.

Pastu tak sempat rehat terus nyusukan Hadif & buatkan Hamzah susu pulak. Kalau abg ada keja cam buang sampah ke, nak mandi ke, sapu laman ke.. saya tunggu la kejap tuk jaga budak2 ni. Tak leh dibiarkan takut Hamzah dera adiknya. Dah settle suma baru saya gi dapur. Masa tu dapur saya yang punya.. mwahahahah (gelak jahat!).. Jgn cite la keadaan masa tu, dgn dapur tonggang langgang.. meja makan da mcm meja kat pasar borong. Sampah sana sini. Maklum ler buat keja sampai terkejar2. Kena cepat sbb nak kejarkan sembahyang asar (yg ni xleh la laju2 kan), nak nyusukan Hadif yg setiap stengah jam melalak nak susu. Nak layan si abang yg nyebok gak nak ke dapur.

Ayahnya pulak kalau dah ngadap TV, nescaya mula la melopong.. Start ler saya tekejar2.. Huhuh ni bukan 'Bionic Woman'.. dah mcm 'Panic Woman' je saya nih. Sampaikan dah azan pun still tengah pulun masak. Hebat kan saya nih? Pape pun makan minum suami didulukan dulu.. Siapkan mende2 alah yg senang dijamah, baru ler masak yang berat2.

Lepas tu semayang Maghrib.. Lepas tu rehat skejap, baru ler sambung buat kije balik iaitu mengemas dapur yang tonggang-langgang!! Siap basuh pinggan, sapu sampah suma.. betul2kan kusi meja makan, baru ler duk rehat.. Kalu ada baju yang nak dilipat, time ni la leh buat kije. Tak pun main2 dgn Hadif.. Layan Hamzah, dia berak ke nak susu lagi ke.. Tengok2 jam kadang2 dah kul 11 mlm. Adoi!!

Tidokan budak2 nih (kdg2 Hamzah tido sndiri dpn tv) sedar tak sedar dah kul 12 -1 pagi. Kalu dah lewat sgt, time ni ler jamah pe yang patut & terus niat sahur/puasa. Kalu tak, baki mknn masuk dlm peti sejuk tuk sahur kul 4.30 pagi nanti.

Around 4-5 pagi, Hadif mmg bangun nak susu. Kalu dia bangun awal, terus la bangun sahur.. Dah basuh pinggan suma, kul 5.30 pagi baru tido.. Kul 6-6.30 pagi bangun gi keja..

Gitu ler rutin hidup di bulan Ramadhan.. Huwarghh!! Penat + ngantuk!! Tapi heppi sebab dapat bersama-sama famili.. Sonok ekk!!

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai