Powered by Blogger.

Cite Ramadhan

 Wednesday, September 2, 2009

Salam semua..!!

Wahh sekejap je dah 12 Ramadhan yee.. Alhamdulillah saya tak 'cuti' lagi. Lagu raya pun dah berkumandang dr speaker2 orang yang tak sabar nak balik raya. Saya cuma menumpang dengar je sebab tak sepasal saya yang over meraung nak balik KL. Yang kelakarnya selalu dialog raya mesti bunyiknya. "Tahun ni balik kampung tak?", tapi untuk saya dialognya dah bertukar jadi "Tahun ni balik bandar tak?" hahaha.. mestii!! mesti balik!! Kali ni giliran saya pulak. Lagipun saya x dapat cuti panjang tahun ni, so better la raya kat KL dulu (alasan!!). Kalini pun giliran biras saya raya kat JB, so tak la terasa bersalah tak raya kat kampung (hahah alasan lagi!).

Cerita pasal menu berbuka pulak. Ada gak cite lawaknya. Abg tingin nak makan coleslaw la, whipped potato la.. ala2 western gitu! Coleslaw tu jadi la sebab bahan setakat campak2 je. Untuk whipped potato pulak tugas abg utk rebus kentang & tugas saya buat gravvy. Kali pertama buat, kentangnya belum empuk lagi dah diangkat. Berusaha la abg nak memenyekkan kentang tu. Yang kelakonya, dah siap kupas kulit bagai.. bleh abg rebus balik sampai kentang tu empuk.. hihi lawak tul!!

Saya pulak, bukan main bukak buku Masakan Barat & search kat myresipi nak buat gravvy. 1st time tu panaskan butter & masuk terus tepung jagung yg dah dicampur air. Nampak cam dah jadi.. Hoohoho sungguh eksaited. Pastu tah cemana letak stok ayam, gravvynya jd berketul2! Huwa sungguh frust!!.. Puas la pikir nape tak licin je kuahnya. Rasa dah sama. Jadi haritu buka puasa whipped potato yang gravvynya berketul2 hhaha.. Sibaik sblum tu goreng Drummet! Siyesly wpun berketul, tp memang sedap! Kalah KFC kekdahnya ahahah...

2nd time pulak, tukar tepung jagung ke tepung gandum. Sbb dalam resepi tu ada kata guna tepung jagung, ada tepung gandum. Bantai je la!! Huwaa lagi hangit dibuatnya!!! Abg pulak da terer rebus kentang, tinggal saya je tekulat2. Tak puas ati punya pasal, buat cara sendiri.

Panaskan butter, bile dah cair letak air dlm suku cawan. Pastu letak satu sudu tepung jagung yang dah dicairkan dengan air skit. Kalu nak pekat, lebihkan tepung jagungnya. Pastu dah agak2 perang, letak pulak stok ayam. Ni main agak2 je la. Nak masin letak dlm 2-3 sudu. Saya rasa 1 sudu dah cukup kot. Nasib baik ada tambah air, kalau tak satu sudu pon rasa masin giler! Bile dah pekat ala2 KFC gitu, leh la letak as topping whip tadi!

3 branak makan tak hengat dunia!!

Hari Ahad, buat asam pedas cencaru version Chef Liza. Pergh! Cam tak caya je saya masak asam pedas!! Dulu penah cuba tapi tak la sesedap kali ni. Itu pun thanks tu daun kesum. Daun kesum tu yg buat aromanya menjadik! Pasni nak belajar asam pedas version boyan. Err, kena mintak balik resepi dari mak. Nak kena menuntut balik!!

Semalam buat roti john & cencaru belah belakang. Tak guna daging kisar pon sebab daging burger baki buat meatball spageti aritu ada lagi. Satu roti john tu penuh dgn daging je.. Hahah kalu jual maunya harga kena mark up!! Yang kelakonya, saya gi masak cencaru dulu. Pastu baru terhegeh2 nak buat roti john. Endingnya, da azan pun roti still lagi tergolek dlm frying pan heheh.. Tapi lagi syok sebab panazzzz!!! Cencaru pulak makan pukul 9 mlm sbb kekenyangan makan roti. Abis diet saya!! Sila jeles ye wahai along!!

Hari ni? Ooo abg buat permintaan lagi. Nak nasik goreng cina!! Adoiyaii... Ni kali ketiga saya masak nasik goreng cina utk berbuka puasa tahun nih. Teringin nak buat nasik goreng ikan masin. Tapi x jumpa la pulak ikan masinnya kat kedai.. Sebenarnya, bab goreng2 ni serah kat along, dia goreng best!! Makaroni dia goreng main campak2 pun sedap hihi.. ikhlas nih!! Saya nak goreng mihun pun terkial2 nak guna sudip. Ye, saya seorang isteri dan ibu yang baru terhegeh2 nak belajar memasak. Ngaku je la..

Opss, baru dpt bubur lambuk dari masjid U.. Erm, leh buat backup tuk sahur nnti.. Ada la 2-3 ari kitorg xbangun sahur disebabkan tidur lewat dlm pukul 2-3 pagi. So kira sahur la kan, jamah sket roti @ kek & niat sahur & puasa.

Sbenarnya saya tringin gak nak masak yang berat2 macam masak lemak ikan patin ke, masak lemak tempoyak ke, siakap 3 rasa, kerapu stim ke hehehe berangan je lebih. Bukan ape, kat sini memang banyak stok ikan. Sempena Ramadhan ni, ada satu kedai nama 'Ikan Bagus' yang jual cemacam jenis ikan yang diamik dari Rengit dan jugak ayam. Seriyesly, ikan yang saya tak pernah tengok pun ada. Ikan Patin, Jenahak, sembilang, Kerapu, Parang, Kerisi, Pari dan seantero dengannya sumanya ada jual. Nasib baik la ikan tu suma ada nametag. Kalu tak, memang konfem tak kenal langsung patin yang mana satu, kerapu yang mana satu. Tapi kalu udang @ sotong ada yang tak kenal, memang tu kategori rabun kronik kot!!

Kat sbelah 'Ikan Bagus' tu pulak ada pulak kedai jual sayur2. Kiranya sayur2 kampung banyak la jual kt situ. Tak payah sibuk2 nak pegi pasar pagi lagi (wpun saya tak penah pegi heheh). Sbelah sayur pulak ada kedai jual daging lembu & kambeng. Pendek kata memang semuanya ada. Tinggal rajin & malas masak je huhu (ditujukan buat diri sendiri!). Harga boleh tahan la sebab kedai ni cam pasar borong. Ikan je diletak dalam tong2, bukan dalam besen @ baldi. Ayam je 2 tong. Kalu ikan yang besar2 tu (tak tau ler ikan ape, semacam je saya tengok) diletak dalam peti sejuk cam peti aiskrim.

Kalau nak frozen food pulak, ada kedainya. Dari jual daging burger sampai la ke karipap sejukbeku (frozen la tu kan!). Burger pulak bukan stakat ayam & daging.. burger arnab & rusa pun ada. Daging kebab pun dijual. Roti pun sama, dari roti burger sampai ke roti kebab. Memang sesuai utk org2 yang nak meniaga. Kat situ pun ada jual pelbagai jenis sos, mayonis, marjerin, seasoning, cemacam la. Bile masuk situ terasa macam nak bukak gerai burger je hehehe.. Harga tak tau ler murah, mahal @ stardard. Agaknya kalu beli banyak2 dapat murah kot. Jangan la korang kirim suruh saya beli. Kang campo kos penghantaran suma, tah2 sama je harga kat area rumah korang. Kalu korang nak, baik korang datang sendiri.

Kalau nak beli kerepek pun kat sini la yang paling happening. Paling fofular kat area Rengit tu!! Dulu berangan nak jadi tokei kerepek masa saya duk kt KL tapi ape nak buat. Takdek rezeki. Bila dah duk sini, tengok kerepek pun dah tak bernapsu. Time raya 1 & 2 thn lepas, saya & abg siap round satu Rengit carik kerepek paling murah tuk bagi mak & mil. Bile da murah, boleh la beli macam2 jenis. Slalunya sbelum raya ada bukak pasar ala-ala Down Town BTR kt sini. Tak tau ler thn ni ade lagi ke tak sebab saya dah xlalu kwsn tu lagi. Maklum ler, skang dah x pegi Bazar Ramadhan.. Semuanya masak je kat rumah. Harap2 kekal sampai ke hari terakhir puasa. Lagipun tak payah susah2 pikir nak masak ape, selalunya tunggu permintaan dari abg hehehe..

Ok dah melalut banyak nih. Ini pun dari pagi menaip entry asik terhenti2 sebab budak baru mintak ajar buat penyesuaian vot. Start kul 10 pagi, baru dpt posting kul 3 lebih ihihihi.. Nasib ler!!

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP