Iklan Komuniti!!

Pepagi lagi dah update blog hihi.. xdek kije ape!!

Ptg semalam kecoh la skejap opis saya sebab memasing giler nak sign up Facebook. Sempat la buat simple tutorial tuk member2 saya. Sonok la, dapat jumpa balik ex-classmate/ officemate saya. Wpun dulu saya dah bertegas tanak join lagi social community camni (Ye encik Wea!! Saya penah cakap camtu dulu!) tapi tu duluuuuuuu...... Saya buat keputusan tu dulu ada sebabnya!!

Dulu suma account saya ada, Friendster, Myspace, Tagged & tahape2 lagi tah! Pastu saya jadi bosan.. Mmg tanak dah masuk lagi mende2 alah camni. Buat sakit ati je!! Dulu saya tengok semua ni dari sudut negatif! Sebab kebanyakan org2 yg online ni mempunyai niat yang tak baik!

Yg lelaki sibuk search awek2 cun dgn harapan leh la buat back up. Untung2 dpt makan free!! Yang pmpuan lak bile dah kena puji lawa, mula la lupa diri!! Dari satu lelaki, mula la carik lelaki lain.. Tak puas kan kena puji. Main tarik tali! TAPI TAK SEMUA LAA.. diulangi! TAK SEMUA!.. Kalau korang rasa korang tak tergolong dlm golongan yg saya sebutkan kat atas ni, alhamdulillah!! Ada jugak yang niatnya memang baik nak berkawan.. Memang tak salah berkawan secara cyber nih! Tapi ada batasnya... Lu Pikir La Sendiri!!

Dulu account Tagged saya cuma penuh dgn gambo suami & anak2.. Tapi harini kita tengok kat Tagged, cemacam gambo 18sx yang sengaja diletak. Yang paling mengejutkan, tuan punya account sendiri berani bergambo tak senonoh!! Tak kira la lelaki @ perempuan. Dorang tak kisah kot harta mende dorg dilihat secara free oleh org lain.. Saya sebagai seorang wanita, naik malu bila tengok gambo2 camtu. Lagi2 kalu gambo camtu senang di'access oleh seorg lelaki berstatus suami & ayah. Jgn tipu la, lelaki mmg tak kisah nak tengok mende2 camtu! Mungkin dorg tengok dari segi 'hati lelaki'.. Tapi saya melihat dari segi 'hati seorg isteri & ibu'.. Oooohh sungguh mengecewakan!! Mungkin lepas ni dorg leh cuba untuk melihatnya dari segi 'hati seorang suami & ayah'.. Macamana kalu isteri @ anak dorg yg bergambo camtu!! Wallahualam!!

Lupakan soal Tagged!!

Dengan Facebook, memang saya sign up untuk mencarik kawan. Priority'nya adalah kawan2 lama tp bagus juga dpt kawan2 baru. Dapat la tengok gambo2 terbaru dorg. Ada yang dah kawen, beranak pinak. Makin cun & makin ensem. Memang mengubat rindu lah!! Tak ada niat lain selain untuk mengeratkan balik silaturrahim kita yang terputus dulu. Tak ada istilah nak mencari cinta cyber dengan menggunakan social community camni.

So, kepada yang single mingle kt luar sana.. Kalau korg rasa dengan cara ini korg leh dptkan pasangan.. Sila pastikan pasangan anda betul2 jujur nak berkawan dgn anda. Bukan ada yang tersurat @ tersirat. Bukan disebabkan gambar2 anda begitu mengiurkan. Bukan disebabkan gambar2 anda yg diedit begitu cantek dgn Photoshop. Bukan disebabkan anda teramat despret untuk mencari teman. TAPI DISEBABKAN ANDA ADALAH ANDA. Biar se'Cun @ sehodoh mana pun anda, kurus @ gemoknya anda.. dia terima anda seadanya.

Dan juga sila pastikan teman anda adalah seorg yg single juga.. Tapi kalau anda bersedia untuk melukakan hati seseorg, anda dipersilakan. Sekian terima kasih!!

Iklan dari khidmat masyarakat!! Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yg mati. Kalu terasa tu, mintak maaf ye..


(Ohh, kejam ke entry aku hari ni?)..

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Oh Adik Kedai