Kisah 2 Hero

Malam tadi, lepas balik dari amik Hamzah & adiknya dari rumah Kak Nin.. Saya terkejar2 nak masak, nak nyusukan Hadif, nak layan Hamzah lagi.. Ayahnya pulak tengah mandi.. Dengan masih lagi memakai apron, saya berlari ke dapur dan ruang tamu bergilir2 macam baru dapat pass baton. Pergh, rasa nak tercabut napsu (err, kering tekak maksudnya).. Hamzah dah melalak2 mintak susu..

"Abang nak shushu bu!" Nangis..
"Sabar la, tak nampak ke ibu tengah buat ape nih?" sambil pegang botol susu Hadif.
"Nak shushu!! Nak shushu!!.." Hentak tangan & kaki ke lantai..
"Ibu dah tak cukup tangan dah nih.. Nak suh ibu buat susu guna kaki ke?" tinggi sora saya..
"... " Diam sambil tengok jari kaki saya..

Masa ni nak tergelak pun ada gak, tp kena buat2 garang la..

........................................................................

Situasi, semalam jugak..

Saya main2 dengan Hadif, berdirikan dia sambil nyanyi2..
"Ding dak ding.. Dak ding-dak ding.. Dak ding!!".. Hadif pun joget2.. (sebenonya dia senget benget sebab kaki still xkuat lagi)..
Tetiba saya dengar abgnya nyanyi jugak lagu 'Dak ding' di belakang saya..

Sambil buat aksi tengah sedap 'menggoreng' gitar.. Ceh, lagu camni pon dia leh bantai buat konsert Rock!! Sabo je la..

--------------------------------------------

Mlm td jugak situasinya di laman rumah, sebelum bershopping di Care4..

Hamzah Iqbal main basikal pusing2 laman.. Tetiba saya nampak basikal dia senget semacam.. Dan seperti yang dijangka, 'kelepap' dia jatuh.. Saya punya lah jerit.. Sebab terbayang ada longkang di depan.. (Padahal takdek pon! Saya yang over panik.. Rumah sendiri pon leh lupa longkang kt mana.. hehe..)

"Adoi!" dia jerit.. Saya yang tengah meriba Hadif, menjerit panggil ayahnya.. Dengar dari jauh suara Hamzah cam tengah struggle nak bangun sambil ada la bunyik cam nak nangis..

"Cepat bang, tolong Hamzah.. dia jatuh tu!" Ayahnya cepat2 keluar dari bilik. Ayahnya tengok je dari jauh & terus blah..
"Ala.. xdek pape tu.. jatuh sket je.."

"Tak sakit bu!! Abg tak sakit!! Abang ok!" sambil muka blur tak tau nak pegi mana.. siap garu2 pala lagi..

Hahah.. rupanya dia terlanggar getah paip dan terjatuh dalam gulungan getah paip.. Pastu dia mcm blur nak nangis ke tak agaknya terkejut sebab jatuh, tapi tak sakit..

Lega tul hati saya.. Kalu ari2 macam ni, mau tercabut jantung dibuatnya!! Hamzah.. Hamzah..

---------------------------------------------

Saya pinjam baby sling member kunun2 nak praktis dengan Hadif. Harap2 kalu dia nak pakai, boleh la saya beli & kalau shopping tak payah la susah payah bawak stroller lagi.

Tapi..

Hadif melalak2 bile saya masukkan dalam sling.. Cam 'tekepot' je dia dalam tu.. Kesian sungguh.. Saya nak amik gambar pon tak sampai ati.. Saya cuba keluarkan dia..

"eehehehehe..!" dia gelak..

Aik, bukan main sukati lagi dia ek bile keluar.. saya masukkan dia balik..

"Uwaaaaaaaaa..!!" melalak balik..

Keluarkan..

"eheheheehehhe...!"

Ceh.. memang dia happy bile kuar dari sling.. Agaknya happy sebab bebas dari terkepot kot.. hehe.. Sooo kiut!!~

-------------------------------------

Cerita pendek dia atas dibuat di atas ketermalasan (tahap malas paling giler) si tuan rumah.. Ni pon entry syok sendiri, kalau takdek sapa yang tergelak tu lantak korangla.. Janji saya terhibur dengan perangai 2 hero nih..

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Oh Adik Kedai