Powered by Blogger.

Anak..

 Friday, December 24, 2010



Tadi macam nak update cerita yang hepi2.. tapi bila tengok balik gambo kat atas.. rasa sayu pulak hati ni..

Uh.. hati saya yang terasa bila ada orang kata begitu pasal anak saya..
Sampai hati dia..
Takpe, saya maafkan..

Tapi, ada sedikit hati-hati selepas ini..

Read more...

Bukan Niat!~

 Tuesday, December 21, 2010


Credit to Mr. Google..


Bagi bloggers yang terasa dengan entry INI.. saya mintak maaf banyak2..

Sebenarnya pada saat itu, saya menaip sambil tesengih sorang2.. ala2 macam wanita ngada + gedik tengah hentak2 kaki sebab pakwe tanak belikan eskrem kat 7E..

Ataupun, ibu yang purak2 merajuk kat anak sebab anak tanak tolong ibu ngemas rumah..

Ataupun, isteri yang geram dengan suami yang suka ngata dia 'perut besar' (hohoho.. sapoo la tuh!)..

Sebenar-benarnya.. tadek pon niat nak sound2 bloggers lain dengan perasaan kereknya.. Harap2 semuanya tak kecik ati ekk.. ekk..

Sesungguhnya..

Saya rindukan entry kalian.. kalian.. dan yee.. kalian... (letak jari telunjuk kt dada masing2)..
Sebab.. saya tak dapat buat entry sebaik kalian..
Bila korang sedih, mood saya yang baca ni pon jadi sedih..
Bila kelakar.. saya pon boleh tergelak bila baca..
Bila bengang.. saya pulak yang rasa nak jadi kaki pukul untuk korang..
Korang memang hebat.. Tahniah..

Sebab tu la bila sehari takde entry dari korang.. saya yang rasa down.. bukan la down giler2 sampai nak naik flat 17 tingkat terus terjun bunuh dara diri.. takla.. tapi macam.. kalau la ada entry korang tuk dibaca.. mesti arini saya rasa macam berada diawang-awangan... (siap buat gaya kupu2 tengah bekepak)..

So.. korang da paham dah maksud saya?? So korang tak marah kan kalu saya tak update blog saya berbulan2.. kan kan? heheh..

Korang memang memahami.. i lebiu lahh!!~

Read more...

Pstt.. Pstt..!!~



credit.. Mr.Google


Pssttt... saya ada satu rahsia..

Saya & bespren saya kat opis ni selalu gunakan bahasa ber-isyarat (bahasa rahsia la tu)..

Contohnya.. :
- Code Red..
- Zibi..
- Sibi..
- Bubor..
- Sibo..
- Kak-han (hahaha ni istilah baru)
- dan cemacam lagi..

Tadi.. ada panggilan telepon dari 'Dia'.. Dengan perasaan ala wanita melayu terakhir (ataupun receptionist ter'ayu abad ini).. saya pon mengangkat tepon..

"Pstt.. pstt.. Sal.. Jom Bubor!".. kata 'Dia' sambil berbisik.. dalam tepon pon nak bisik2..

"Haa ape? JUBO?"...

"Buborr laaa.. Buborr!"

Pergghhh!!~ Ilang sudah keayuan saya.. terus ketawa tekekek2 cam pontianak harum pakai bedak talkum!~

Aim sowiieee.. arini taik tinge lupa nak korek.. Esok2 kalu tepon lagi, sila gunakan ayat lain ye.. takut tersalah sebut lagi!

Read more...

Entry Blog!~

 Monday, December 20, 2010


credit to Y!Image

Korang geram tak kalu tiap2 hari korang gi blogwalking (wah.. dah pandai dah guna istilah ni) kat blog yg korang tak penah miss walau sehari...

tapi....

Blognya belum ada entry baru....

Geram tak? geram tak??

Korang pon rasa macammm...

Susah sangat ke nak update blog? Bukannya susah pon!! Takkan takdek masa walaupun seminit??

Mencik tau!! Sehari tu mau 4-5x masuk blog yg sama dengan harapan yang setinggi gunung.. kalu arini tak update, esok2 plak mengharap biarlah dia update skali 10 entry.. Hahah giler tamak!!

Untuk korang, para bloggers tegar sekalian! Tolonglah update blog masing2.. Kasihanilah kami yang setia menanti tiap2 hari di pintu (soga) blog anda mengharapkan se-entry dua dari anda... Entry anda adalah makanan kami!!!..

(Err.. saya tak termasuk dalam ini cerita tau!!)

Read more...

review 4 pelem!~

Lately, kami banyak nonton movie (donlod je) dari nonton wayang.. Mebi sebab banyak movie2 terbaru yg dorg dah tolong uploadkan.. so i followww... wekeke..

Haritu tengok Inception..



Bagi saya, cite ni agak berat tuk orang yang malas berfikir macam saya.. So credit to Incik Hel yang tepaksa melayan karenah binik tersayang yang tak abis2 intebiu dia time2 tengah klimaks (cite ni laa)..

Pada saya cuma ada satu lagu tema yang sesuai untuk cerita ini.. lagu tu ialah "Umpama mimpi dalam mimpi" oleh Damasutra.. tapi patut diolah kepada "Umpama mimpi dalam mimpi punya mimpi punya mimpi punya mimpi" sampai tah berapa tingkat punya mimpi..

Endingnya? Saya kata dia still bermimpi (kiranya cam mimpi yg tak bangun2 la) tapi Incik Hel kata dia dah sedar.. sebab masa dia putar totem tu.. totemnya still bergoyang2.. tapi ujung2 cerita tu tiba2 totemnya statik.. & tiba2 macam mudah sangat dia nak balik ke pangkuan keluarga dia padahal realitinya dia pelarian..

Yang saya & Incik Hel tak paham.. kenapa tugaskan dia tuk carik Inception? Inception tu ape? Apa kena mengena Inception dengan famili dia?

Ok.. ok.. ok... saya dah paham selepas saya baca Wikipedia... hahahah ngelat! Ye saya ngelat!..

Ok next movie pliss!!
----------------------------




Cite nih? Yaaa.. berjaya membuatkan saya geli.. jijik.. nak muntah.. darah merata2.. tangan putus, kepala putus.. gigit sana sini.. Yeee cite vampire!!

Sebagai seorang mak budak yang penakut! Amatlah menghairankan bila saya bleh stay depan tv sampailahhh ke penghujung cerita (termasuk Hamzah Iqbal walaupun dia nangis2 takut.. tapi nak tengok jugak)..

Dan saya berjaya menya'ound' Incik Hel..

"Kalau malam karang ayang takut nak buat susu anak! Abang bangun ekkk!!"...

Tapi bila pikir balik cite ni.. tak seram mana pon... Pastu cam.. watdehelikopter... ending cam hampeh! Bak kata saya pada Incik Hel..

"Typical cite vampire.. tapi ni tebalik la.. kalu cite lain, vampire tu follow dia dr rumah, tapi cite ni.. dia follow vampire balik rumah.. pastu org jahat follow dia sampai tempat dia nyorok.. pastu konvoi mati beramai2.. Pastu rupanya cure dia senang je.. ko gigit je dia, nnti sihat, vampire gigit ko, vampire sihat, vampire lain gigit vampire sihat, vampire lain jadi sihat.. so on.. & on.. & on".. ok tipu! saya cuma ckp sampai 'typical cite vampire' tu je..

Cite ni membuatkan saya tak takut tgk cite vampire yg lain sebab.. bile saya tengok ada manusia yg jadi vampire lepas kena gigit.. mesti saya bg cadangan kat Incik Hel "Eleh, buat la macam cite Daybreakers tu.. dedah diri kt cahaya, pakai selimut basah.. leh jadi manusia normal balik.. pastu cocok je la darah org yg dah normal tu kt vampire.. konfem suma jadi normal".. hahahah yee.. saya dah agak dah.. itu ayat yg keluar.. so Incik Hel, lepas ni jgn bagi saya tengok cite vampire lagi.. Konfem ilang stim!

Ok.. next movie.. banyak lak ulasan tak munasabah saya nih..

--------------------------------




Ok, daripada 2 movie di atas, saya enjoy tengok cite ni sebab... saya boleh bermain teka-teki dengan Incik Hel.. Saya sukakan cite yang komplikated macam ni.. err maksud saya.. selain cite Inception laa.. Cinematographynya tak la hebat sangat sebab nampak gak la keCGIannya... tapi, bile angin ribut tengah kuat giler, terasa la macam rumah saya pon ada angin topan.. Errr ke kipas rumah saya tu laju sangat? Ok abaikan..

Saya sukakan cite yang membuatkan kita rasa.. lepas ni ape? Kalu dia buat ni, mesti jadi camni.. Mesti kawan dia jahat.. mesti orang tu bagi dia ubat.. Cam tu la gamaknya...

Tapi mak saya sukakan cite yang ada kena mengena dengan mahkamah.. Mak saya suka teka sape penjenayah sebenar.. Hahaha siyes, mak saya selalunya betul.. Mencik tau!! Ok.. off topic sat..

Endingnya memang tak diduga... Tapi slack sbb Incik Hel bocorkan maklumat pulak..

"Abang rasa endingnya, dia sendiri masuk hospital mental ni tau!"..

Konfem tak sabo2 nak menang hahaha... ye la.. main teka2 kan..

Tapi yg tak bestnya, bile melibatkan adegan wife dia bunuh anak2 dia.. Konfem hatiku nangis siapalaaaa yang tau.. Sedih tau! Sampai ati dia lemaskan anak2 dia, 3 org lak tu... tapi tabahhhh.. tabahh beb!! Tak nangis pon depan Incik Hel.. kalu tak konfem!! Konfem dia da tanak ajak saya marathon movie lagi huhu..

Endingnya memang tak diduga oleh saya & Incik Hel (ook... tadi review ending tak abis lagi).. Suma ingatkan dia dah sihat.. rupanya still rewind balik cerita lama.. Sian Dr. Sheehan asik ngikut dia jadi marshall je.. kalu saya, konfem dah resign hahahah..

Ok next...

------------------------


Yatterman..

Kasi peluang la tengok cite lawak pulak!!

Memang lawak spastik (err slapstik) giler2 punya.. Paling lak boleh blah bile geng dorombo joget2 masa tengah jual baju pengantin.. lawak giler!! Yatterwoof yang slow giler.. asik kalah je tak penah menang, bertukar jadi Yatterking.. Time dorg bertiga (termasuk anak Profesor ke sape tah yg carik skull stone) naik Yatterwoof memang lawak, tehegeh2 awek tu panjat eko yatterwoof hahaha... sampai laa ni saya xleh bayangkan.. asik gelak jek..

Paling tak boleh blah.. lambang Yatterman nih.. Korang pikir la sendiri hahahhaa..


Spender... wakakakkakaka....


Tapi.. saya & Incik Hel leh bantai tido lak time endingnya.. Yang bertahan, cuma Hamzah Iqbal hahahahah... So korang boleh bayangkan tak betapa "BESTNYA' cite nih???

------------------------------------

Ok.. itulah review saya, seorang penggemar filem donlod... Nak review cite Shrek 3, takdapek la pulak.. sound sistem tak mantap.. macam shrek tu tengah berbisik2 lak bile bercakap hahaha.. nanti saya review cite lain K...

adios!~

Read more...

Flashback lagi...

 Monday, December 13, 2010

Ok.. entry flashback kembali semula..

------------------------------------------------------

"Ibu.. tadi kan Hadif tumpahkan susu".. kata Hamzah Iqbal..

Saya berlari ke ruang tamu.. (td dok kt dapo)..

"Laaa nape Hadif ni? Abis suma mainan kena susu.. Nak kena Hadif nih!".. terus saya lap board magnet yg boleh lukih2 tu.. bertakung susu kt situ..

"Ape la Hadif ni.. sukaaa je tumpahkan susu.. Abg Hamzah letak susu abg kat atas meja tau!".. bebel Hamzah Iqbal..

"Dah tau adik tumpahkan susu, kenapa abang tak tolong lapkan?" saya plak bebel sampai sambung lap lantai..

"Dah 3 minit dah bu Hadif tumpahkan susu.."

Hahahah pandai-pandai je 3 minit.. macam ler dia tau 3 minit tu bape lama...


--------------------------------------------------------------------------

"Ibu.. abg nak jam Ben10"..
"Abang kena belajar dulu mengira, dah pandai baru ibu belikan jam"..
"Abang da tau tengok jam la bu.. Sekarang pukul 4.10 minit".. sambil tunjuk jam dinding..

Hahahah pandai la nak temberang ibu.. dah pukul 10 malam.. pukul 4.10 minit hapenye!!!..

----------------------------------------------------------------------------

"Wahh canteknya suma ni bu.. abg nak suma ni!" sambil tunjuk banner besar kt dpn Save & Save..
"Abang kena la belajar rajin2.. nanti ibu belikan semuaaaaaa tuk abg!" kata saya..
"Awak ni.. semua mende awak nak bejanji dengan anak.. cuba laa jangan berjanji macam2".. marah Incik Hel..

Saya terdiam..

"Mende ape yang awak janjikan sangat dengan Hamzah tu??"

"Alat tulis!!"..

"Haaa kalau tu, takpe..!"

Ceeehhh... lenkali tanya dulu sblum marah.. kecik tau ati hahahhaa...

-------------------------------------------------------------------------------

"Bobookk.. nakkk nakk!".. rengek Hadif..

"Hadif nak makan yee.. nanti bobok suapkan!"..

"Aik.. awak macam dah boleh terima je nama bobok tu!"..

Heheheh dah selalu dengar dia panggil bobok, saya pun automatik ikut bahasakan diri bobok.. Jangan sampai dah pandai cakap pon panggil saya bobok dah la..

--------------------------------------------------------------------------------

"Macamana Hamzah ngaji tadi? Dia pegi ngaji tak?" Tanya saya pada icah.. anak Kak Nin, pengasuh anak saya..
"Pegii.... tapi Kak ina.. abg wan cite.. masa dia jemput Hamzah balik tadi.. Hamzah tak salam pun tangan makcik tu.. dia terus lari amik selipar.. pastu dia jerit.. 'TERIMAA KASEEEYYYY"...

"Hamzah ingat ni konsert Alleycat ke??" marah Kak Nin..

Hahahaha.. gelak besar saya dibuatnya.. Konfem dlm keta kang kena basuh dengan kitorg..

---------------------------------------------------------------------------------

"Abang ngaji tadi baca ape? Cuba baca sikit ayah nak dengar"..
"Tadi cikgu ajar alif.. ba... ta... SAJIM... haaa.. hoooo.."

"sajimm?"..
"aallaaa.. sajim... alif bata.."..
"saaa... jim... la abg hamzah.. bukan sajim... tak sambung!"..

"Cikgu ajar sajim la bu.. sajimm.. sajimm!!"

"ye la abg.. abg je la yg betul!!~...

Read more...

Main Air..

 Wednesday, December 8, 2010

Sabtu lepas kami.. 7 dewasa.. 4 kanak-kanak.. dengan rasa gumbiranya berlepas ke Wet World Batu Pahat.. tuk misi main air..

Malas nak cite panjang.. nak mention kt sini yg Hamzah Iqbal hampir lemas lepas dia terjun dlm kolam yg agak dalam jugak la.. paras pinggang/dada saya..

Masa tu saya dgn Hamzah Iqbal tengah main air kt kolam budak2.. Ni suma gara2 dia tengok Incik Hel & makcik2nya sibuk main air sambil bwk Hadif Daud & Nabil Amsyar (anak buah kitorg) masuk kolam satu lagi.. pakai pelampung.. Tak sempat jerit, dia terus terjun dlm kolam tu.. ape lagi.. terus ilang la.. da tak nampak da kepalanya.. tenggelam terus..

Sibaik Incik Hel kat situ, terus dia tarik Hamzah Iqbal.. tapi yang nak tergelaknya.. dia terus jerit.. "Tolongg!!... tolong!! Tolong selamatkan saya!!".. haha.. memang la tak sepatutnya saya gelakkan dia.. (ingat ye, saya gelak lepas kejadian tu.. bukan time kejadian.. mau kena pelempang dgn Incik Hel kalu saya gelak time tu).. tapi bila ingat balik, memang lawak la sebab ayat dia sungguuuuh.... skema.. bagus anak saya nih!!

Lepas tu terus takut nak main air.. saya belikan dia pelampung bulat.. pegi kolam kecik pon pakai pelampung.. Hadif Daud pulak rileks je atas pelampung.. Bila pegi kolam cetek, meraung2 dia taknak.. Sonok agaknya terkapai2 kakinya kt kolam dalam.. Lagi2 masa kat kolam yang ada ombak.. Besar mana ombak pon dia bleh rileks, layan mata.. sepak2 air.. Tapi Hamzah Iqbal, saya yg masuk air.. dia yang meraung.. Nangis2 ajak naik darat.. Padahal air cecah buku lali jek..

Taaappiii.. bila time balikkkk.. suma budak2 melalak tanak tuko baju.. Perghhh.. ni yg malas nak pegi tempat2 camni.... Hadif sampai gigil2, mulut, tangan kaki suma dah biru2.. tetap berlari masuk air... Hamzah yang dah hampir lemas tu pon meraung masuk balik dalam kolam budak2..

Kena guna kuasa veto, baru masing2 tehegeh2 masuk shower room.. Pastu shopping kt BPMall..

The end.. hahah ok tak ending camni.. blom abis lagi ni..

Malam tu (kitorg tido kt kampung) Hamzah Iqbal peluk saya...

"Nanti kita tak payah lagi pegi tempat yg ada air macam ni.. macam ni tau!" sambil buat gaya berombak..
"Ok.. lepas ni abg Hamzah tinggal dengan nenek.. Ibu, ayah, Hadif pegi mandi kat sana ye!"..
"Tanakk.. tanak.. Hadif pun tak boleh mandi.. Hadif tanak mandi".. sampai buat muka sebek..
"Ok la.. abg dgn Hadif tinggal.. Ibu dgn ayah je yang pegi, boleh?"
"Aaallllaaaa (nangis!).. suma orang tak boleh pegi.. suma duduk sini dengan nenek je!"..

haha.. bagus jugak.. kalu tak, naya je dia mintak pegi hari2..

Esoknya, saya diserang penyakit kulit (gatal2).. mencik tau kalu mandi kt tempat mcm ni.. airnya kotor giler.. memang last la kitorg pegi.. Mandi sungai lebih baik!~

Read more...

Koleksi Buku..

 Friday, December 3, 2010

Salam sekelian..

Tiba2 macam nak jadikan blog ni blog ngumpat pulak ahaksss!!~
Tak la.. jahat mana pun saya.. saya taknak ngaibkan orang lain.. (bukan mengghaibkan org tau)..

Ok.. tukar tajuk..
Rasanya dah lama saya nak update pasal ni.. tapi asik terlupa jek..


Antara buku2 bloggers yg saya ada.. tak banyak.. baru 3.. tp insyaAllah nak buat koleksi lagi..
Goblog.. Jongkang Jongket & Congteng2..

Goblog & Jongkang Jongket saya beli dengan... Incik Nizam.. (kalu tak silap saya.. sila betulkan ye sebab saya ni kadang2 ilang ingatan sket, terminum byk semut masa skolah rendah dulu)... Goblog best sebab byk cerita pasal bloggers yg saya rasa macam wahhh bestnya entry dorg.. apsal aku tak macam tu?? walaupun ada 1 kisah seram yg membuatkan saya tercampak buku goblog ni time saya dok tinggal sorg2 dlm rumah..

Jongkang Jongket jangan cite la.. memang faveret saya.. saya penah download Jongkang Jongket sebelum ni & print tuk baca kt rumah.. Tekekek2 saya baca menyebabkan Incik Hel heran.. Bila saya hulur kt Incik Hel, dia lak pass baton mengekek2 ketawa.. Sapa sangka suma ni ditulis oleh seorang bakal loyer!! (masa tu).. Saya dah follow (tanpa jd follower) Mat Jan ni lama.. tapi tak sangka akhirnya dapat jugak saya pegang bukunya...

& Conteng2 saya beli dengan.. Incik Fadhli.. memang menarik, sampaikan nak baca pun susah.. asik begaduh dengan Hamzah Iqbal je.. Sibuk je dia nak berebut Incik Miaw tu dengan saya.. Kartunnya memang best sebab mengingatkan saya pada kartunis Lat.. leh jadi pelapis nih!! Memang detail la.. contohnya.. kalau Lat buat rumah kayu, mesti terselit cicak la.. kayu belobang la.. cam Incik Fadhli pulak, kalu lukis kerusi, mesti siap ada koyak2, kena tampal lagi.. mmg detail la.. saya lak tgk kartun mmg suka check detail2 nih.. ahahah.. mmg terrrbaik dihatiku!!~

Ok.. stop dulu.. nnti sambung lagi.. banyak cite lagi ni.. koleksi flashback budak2 pon ada lagi dlm pala otak tak update.. kang simpan lama2 takut masuk arkib pulak hahah..

chow!

Read more...

Pesanan Penaja!~

 Wednesday, December 1, 2010

Ok.. selepas kes yg sungguh meng'annoying'kan semalam.. saya sudah kembali tuk bercerita dengan lebih lanjut..

Mula2 ingat nak go on je la.. Lantak la apa org nak kata.. Tapi saya takleh tinggalkan macam tu je.. So sebelum saya nak bercerita dengan lebih lanjut pasal FAMILI saya (sahaja.. X termasuk cerita ofis).. saya rasa perlu saya tegaskan dulu di sini..

Kepada sesiapa yang membaca blog ini.. khas untuk kawan2 ofis saya.. samada secara sengaja.. tak sengaja atau dpt blog saya dari orang lain.. saya harap.. harap.. harap.. dan mengharap.. tolonglah hormat privasi saya...

Tak payah la nak sibuk cerita pasal blog saya dengan orang lain.. saya sedar blog saya ni tak seberapa pon.. just cerita pasal life saya & famili.. just cerita hal kebangangan saya yang tak sedar diri nak mengejar kemahiran itu ini.. Saya bukan kreatif mana pon.. yang saya cerita suma mende2 yang jadik.. Yang tak jadik takdek la saya nak cerita.. sebab.. sukati saya la kan.. so takyah la buat conclusion setakat dari pembacaan blog tak seberapa ni.. Korang lagi kenal saya secara realiti daripada korang kenal diri saya dalam blog ni.. So tak payah la nak kata itu ini..

Dulu, rasa bangga jugak bila ada yang eksaited baca blog saya.. tak saya nafikan.. naif kan.. tapi bila dah makin membesar komuniti yang tau wujudnya blog ni.. saya rasa tak secure.. rasa pelik ada la.. apa yang eksaited sangat orang lain nak tau pasal life saya.. Mula la rasa 'bodonya aku ni.. suma nak cite dalam blog!'..

Niat sebenar-benar-benarnya saya wujudkan blog ni ialah tuk mak abah saya.. kakak & adik saya.. tau dengan lebih dekat lagi tentang saya, Incik Hel & anak2 kami... Apa aktiviti kami.. gambar2 terkini cucu2 & anak buah dorg.. maklum la.. kami jauh..

Tak terlintas langsung nak berlagak.. eh aku da beli ni.. aku da pandai buat ni.. aku nak buat itu.. tak terniat langsung.. Niat cuma nak berkongsi pada yang sudi.. sebab saya start dari zero.. memang ngaku je la dulu saya memang tak pandai masak, tak pandai jahit, jaga anak pun tak betul.. tapi bila saya baca blog korang suma.. saya terasa macam kerdil sungguh diri saya berbanding orang lain.. saya perlu upgrade diri saya.. saya perlu bercerita di blog untuk mengingatkan diri saya yang saya perlu berusaha lebih dari apa yang saya dah buat sebelum ni..

Saya bercerita di blog bukan untuk menjadi buah mulut orang lain.. Korang kan kenal saya macamana... Korang sendiri nampak saya bekerja macamana.. time saya bizi macamana.. time saya senggang macamana.. time saya happy.. saya down.. korang suma tau macamana.. saya tak ramai kawan yang betul2 saya rapat.. memang hakikatnya saya rindukan life saya di KL.. tak saya nafikan.. tp saya kena terima hakikat yang saya dah berpijak di bumi yang nyata.. hidup mati saya InsyaAllah disini.. saya taknak kehilangan kawan disebabkan blog tak seberapa saya ni..

Tolong lah hormati saya.. biarkan saya dengan blog saya yang useless nih.. Setiap kali saya masuk sini.. setiap kali saya nak tekan button keyboard, tiap kali tu jugak saya rasa saya kena jaga hati dan perasaan orang lain.. tapi ini blog saya... Apa perasaan korang kalu korang terpaksa berkongsi rumah korang dengan orang lain? Kena jaga manners 24hrs.. Hakikatnya korang pon kadang2 ada jugak makan bersepah.. ada jugak bangun tido tak gosok gigi.. Haha.. susah ek nak jadi diri sndiri..

Ok seriyesly saya dah melalut.. Tu bukan point saya sebenarnya.. Saya memang suka berkongsi cerita dengan org lain.. Bak kata Incik Hel, saya seorang yang pandai bercerita.. Bila saya bercerita, saya akan bercerita dengan detail sampaikan dia tak perlu baca blog saya hahaha..

Jadi.. biarkanlah saya bercerita di sini sahaja.. tak payahlah tolong sampaikan pada orang lain..

Harap dapat mesej saya..

Penat dah menaip nih..

Tolong hormat saya sepertimana saya hormatkan orang lain..

Chow!~

Read more...

Kek

 Tuesday, November 30, 2010

Aktiviti saya di waktu 'tak berapa senggang'.. (sbb mmg tepaksa memfree'kan masa wpun pack)..


Ni yg belajar kt kelas..




Yg ni buat kt rumah sehari selepas kelas..

-----------------------------------------

Nnti aku update kendian.. aku rasa stress terkenangkan certain2 org yg asik diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je yg teraniaya...........

--------------------------------------------

mebi aku tak praibetkan blog ni.. aku sayang.. sayang.. sayang.. sayangggg sgt blog ni..

--------------------------------------------

chao.. sblum aku muntah darah!~

Read more...

Akhirnya..

 Monday, November 29, 2010

Oh.. da pikir masak2..


Tak sanggup aku delete blog ni..

Aku private je la..

Lega..


Agak2 la.. kalu ada yg nak baca.. kalu ada la.. tinggalkan email ye.. & bgtau nama..
& Aku prefer org luar...

Read more...

Today is the day..!~

Terima kasih pada sesiapa yang telah mempromote blog ini pada orang2 yang sepatutnya..

Dengan ucapan Bismillah.. saya akhiri blog ini...

Amin!~ Semoga jumpa lagi di dunia siber..

Bye blogku tersayang..

Bye kawan2ku.. terima kasih kerana support saya selama ini..

Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa2 kalian..


p/s : sungguh lebat hujan di luar sana selebat hati saya..




End..

Read more...

Hoii haii...

 Thursday, November 25, 2010


Caption : Letak gambo Hadif Daud bagi mengubat hati yang lara..
Caption : Abaikan gambo bakul baju tak belipat tu ye.. takyah la zoom in sebab takdek spender/bra dalam tu..

Rindu lagi tak sama ini orang?? Saya pon rindu sama kamu.. tapi hari ini saya agakkkkkk suram sikit.. Sebab ada kes.. Takpe la len-lenkali la saya cerita.. Lagipun blog ni kan DAH MACAM BLOG TUK TENGOK SAYA UPDATE TIME BILE.. TIME KEJE KE TIME TAK KEJE....

Pedulik ape.. Kalu saya banyak keja takkan saya sempat update blog ye tak? Pikir ah sikit.. jangan pikir guna pala lutut.. jangan kata lu pikirlah sendiri tapi endingnya lu kantoi beciom molot dengan pompuan lain.. Pikir la saya update blog saya ni untuk ape.. kenapa & macamana...

Kalau saya update blog sebab nak duit... rasanya selama ni tak penah pon saya dapat duit nuffnang... Saya pon tak gila masuk blog2 orang semata2 nak suh orang tu masuk & click iklan nuffnang saya... Saya masuk blog seseorang bersebab... sebab saya sukakan blognya.. Bukan sebab duit ok... Baik saya masuk MLM kalu dah kemaruk sangat nak buat duit.. Time opis pon bleh blah carik downline, bukannya orang nampak (Orang2 MLM tolong jangan kejar saya.. saya mmg tak layan MLM2 ni.. ni perumpaan saja ok.. )

Oh nampak sangat saya tengah down sekarang ni.. Kadang2 rasa macam nak privatekan je blog ni.. atau paling drastik delete terus.. Tapi seriusly saya sangat-sangat-sangat sayangkan blog ni.. Bila boring (Baca : TAKDE KEJE) saya bukak balik, baca balik dialog2 anak saya.. baca balik perkembangan anak2.. boleh menitik tau air mata.. kalu korang tak rasa macam ni.. saya nak buat camne kan.. sebab ni kisah hidup saya.. anak2 saya.. bukan anak2 korang pon.. konfem la hati korang tak terusik!

Dah bertahun2 dah saya berblogging.. dari zaman- Keynab, gobokbaju, mysellynna, iluvhim, tah ape2 lagi nama blog saya tah.. Blog2 tu suma pon ditutup sebab 'dihack', cite zaman2 becinta, zaman2 anak dara dulu, zaman2 naif.. sampailah zaman2 dah ada anak sekarang ni.. Sayang wooo...

Ada tak dorang sedar, walaupun saya berblog diwaktu keja (menaip pon tak la sampai setengah jam).. sekurangnya saya tak mengular ke tempat lain.. bos nak jumpa saya.. saya still ada kt tempat saya.. bos nak report.. saya siapkan.. bos nak itu ini.. hantar dokumen, amik dokumen.. saya adaaaa je kt meja saya... sedia berkhidmat untuk bos & kompeni (ayat takbleh blah)..

Tapi tolong jgn cakap yang bukan2.. jangan samakan saya berblogging macam saya berfacebooking.. Siyesly, saya lebih sayangkan blog saya dari facebook saya.. nak delete facebook, saya tak kisah.. tp janganlah suruh saya delete blog saya.. mau berdarah saya kerjakan..

Eh.. ni kalau ada yang tersalah baca.. mesti dorg kata Incik Hel yang suh saya tutup blog/facebook ni.. Heheh taklah.. Incik Hel tak pernah pon halang saya.. tapi kena tau batas2 seorang isteri & seorang ibu... Saya tak maksudkan Incik Hel..

Sape makan cili dia la terasa pedasnya.. Maklum lerrrr dah makin ramai silent reader kat sini.. takde perasaan bangga pun.. Saya suka berkawan walaupun secara maya.. tapi saya lagi prefer silent reader orang luar dari orang2 dalam.. Bahaya beb!!~ Kerjanya nak memutar belit je.. Daripada saya dok cite yang best2.. cite hobi.. cite anak.. tak sepasal sebabkan sorang.. saya terngumpat kt sini..

Bukan.. ni bukan blog untuk mengumpat.. sebab mak saya pon baca blog ni.. suami saya baca.. kakak saya baca.. adik saya baca.. Saya hormatkan dorg.. dorg nak tau perkembangan kami anak beranak kt sini.. yang jauh dari dorg.. Bukan nak dengar saya maki, ngumpat, perli.. Bukan.. tapi mintak maaflah.. harini hari moody saya...

So chow! (abis camtu je.. malas nak pikir2 lagi)..

Read more...

Flashback!~

 Wednesday, November 24, 2010

Kat Lab, ado kursus Powerpoint.. Untuk mempowerkan lagi powerpoint saya.. Agak2 pasni nak buat slideshow ke kejadah yg lain ke.. sila jangan bagi saya buat.. sebab saya lagi banyak buat/carik gambo kartun dari belajar.. haha..

-----------------------------

Ok sesi memflashback kejadian berkaitan anak2..


"Ibu.. pandai tak abg Hamzah buat nih?"
"Pandai pun anak ibu...!"
"Cakap la... 'macam ni la anak ayah'!"...

Erk... ye la.. ye la.. anak ayah..


...............................

"Kenapa ibu dengan ayah pukul Hadif?"
"Kalau Hadif nakal, baru la ibu dengan ayah pukul Hadif!"..

Kebetulan Hadif sepahkan mainannya..

"Hadif.. angkat balik mainan ni suma!"

"Haaa... tu Hadif da nakal.. cepat la bu pukul Hadif!"..
"Ish.. budak nih!"

------------------------------------


"Ayyaahhh!.."
"Ayaaaa....."

"Abangggg!!"
"Abbbaaaannnnggg!"

"Ibuuuu..."
"Bobok!!!"

Bobokk?? nak kena Hadif nih...

------------------------------


"Ibu.. abang Hamzah da pandai buat nih"..
"Haaa bagus la camtu"..
"Cakap laa.. syabas Hamzah!"..

"Yeeee.. syabas Hamzah!"..

"Haaa pandai pun"...

............

Read more...

Hepi Besdei & Le Sac Dress

 Thursday, October 21, 2010

Sebelum mula bercerita.. Saya nak wish dulu kat anak bujang saya..


Selamat Hari Lahir Sayang....
Ibu doakan Muhammad Hamzah Iqbal sentiasa dilindungi & diberkati lehNYA..
Jadilah anak yg soleh.. anak yg beriman.. yang menghormati org tua..
Jadilah anak yg bijak.. anak yang berilmu.. yang sentiasa bahagia..

Ibu doakan yang terbaik buat abang...
I Luv U... Mwah..

note : rambut panjang time raya aritu.. skang da gondol..

-----------------------


Hadif Daud interprem.. suka tengok gambo ni.. time raya gak.. Rasa nak cium je mamat nih.. Ohh.. rindunya kat dia.. bilalah nak balik nih..

-------------------------------------------

Owh.. ok.. pempuan gemok sudah inteprem..

Ni nak tunjukkan pada Kak Zura jahitan Le Sac Dress untuk Kelas FOC Online yang saya dah siapkan..

Disebabkan sambil potong kain.. sambil jahit.. sambil main kejar-kejar dgn Hadif Daud.. So jadilah blaus yang ala kadar nih..


Digayakan dengan cardigan & seluar slack.. Kalau nak tido malam, tak yah pakai slack pon takpe.. tp tak jamin la dpt tido nyenyak haha... Tali diganti dengan riben organza yg melambak2 kt rumah.. Skali tgk cam baju ngandung pulak hahaha.. lantak la...


Ni gambo full.. sila letak muka masing2 kt posisi yg sepatutnya ye untuk menggambarkan keadaan yang sebenar hahah.. Masa ni cam org giler sbb nak set self timer lagi, nak letak henpon lagi, nak berlari posing2 lagi.. nak elak dari Hadif Daud lagi.. Endingya enpon jatuh berderai.. kamera pon ada tingtong sket.. ini pun kena ketuk2 dulu baru bleh on.. Incik Hel & Hamzah Iqbal tadek time ni.. ikut ayahnya gi ngajor...

Ok la Kak Zura.. tadek yg 'lain dari yang lain' yang Kak Zura request.. mmg saja siapkan cepat sbb pas2 ni konfem tadek masa sbb Incik Hel dah nak final exam.. Tp gayakan dengan cardigan mmg sangat-sangatlah sesuai.. Lagi cantik kalu pakai tali pinggang yg ala2 tali tu..

Fuh.. lega dah siap satu assignment hahaha...Korang bile lagi?

Read more...

Anak-Anak..

 Tuesday, October 19, 2010

Sape ada anak yg suka tengok kartun kt astro, mesti tau cite "Handy Manny" kan?..

Alkisahnya.. Hamzah Iqbal terhafal iklan cite tu.. Pastu tetiba dia cakap sorg2..


"Hai Acik Lopart"..
"Hai Manny!".. Kes sendiri tanya sendiri jawab... Hahah..

"Bukan Acik Lopart la abg.. ENCIK LOPART!!".. Saya cuba membetulkan dia..
"..Ooh.. "


"Hai Encekek Lopart!"... Erk... tecekek saya dengar.. hahah.. ENCEKEK?? Haha.. rasa nak teguling-guling gelak...

"Bukan Encekekk.. Incik!!!"..

"Yela bu... Hai Acik Lopart!!".. Saya terus terdiam.. lantak ko la.. Hahahha......

-------------------------------------------------------

Haritu saya rotan Hamzah Iqbal (ye.. saya mmg rotan anak.. tp bukan rotan kt tempat yg membahayakan & saya rotan bersebab)... Pastu dia pon nangis, duk la kt kusi plastik merah kt meja ABC.. Merayu2 nak mintak maaf..

Ada la dlm 5 minit (paling lama 10 minit kot, pastu mesti hati saya cair) saya panggil dia, dia mintak maaf & cium tangan saya.. saya ajak duk atas sofa & peluk dia.. sambil tengok tv..

Tak lama lepas tu, Hadif Daud duduk atas kusi plastik merah.. Tengok muka saya.. Cebik dan..

"Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!".... tetiba melalak!!

Pergh, berderau darah saya.. pehal lak mamat ni tetiba nangis.. Siap betakung air mata..

Tak lama lepas tu... dia turun kusi..

Duk lepak2 main lego..

Laaaaaaaaaaaa... lakonan semula rupanya.... Dia belakon ikut abgnya yg menangis tadi atas kusi merah.. hampeh tul! Buat takut saya jek...

--------------------------------

Hadif Daud ada bantal 4 segi bersarungkan gambar Pooh... Bantal ni saya selalu bawak dalam kereta.. Bila dia ngamuk, ngaruk @ melalak, saya akan bagi bantal ni kat dia & automatik dia akan tutup muka dgn bantal ni.. Sekarang bantal ni dah diletak dalam rumah..

Alkisahnya...

Hadif Daud main sorg2 atas sofa.. Tetiba dia nampak bantal ni kt dlm babycot.. Dia mintak.. saya pon kasi.. Dia pon naik balik atas sofa.. baring.. tutup muka dgn bantal dan...

"Huuuuuu..huu..... huuuuuu...huu...!".. Dia nangis.. Eh nak susu ke budak ni...

Saya pon pegi kt dia.. selak bantal.. "nape Hadif nangis? Hadif nak susu ke?"

"Ehehe.." Aik gelak lak mamat nih!

Saya tutup balik bantal..

"Huuuuu...huuu... huuu.." Adeh.. tak paham tul mamat sorg nih.. Konfem ni pon lakonan semula.. Leh jadi pelakon terbaik la Hadif....

------------------------



Bara'an aritu ada la beberapa kali Hamzah Iqbal kena belasah.. Ala budak2 biasa la main lawan2.. pastu tertendang @ terpukul.. Biasa lah, konfem dia meraung kan.. Bak kata bos saya..

"Anak ko ni nampak je kasar.. rupanya penyedih orgnya!" Hahaha...

Lega bila dapat tau Hamzah Iqbal tak balas @ bukan dia yg mulakan dulu.. Bukan apa... bak kata Incik Hel..

"Biar anak kita kena pukul.. takpe.. Biar dia rasa sakitnya kalu kena pukul.. Dia akan belajar mengelak.. Takkan selamanya dia nak biarkan diri dia dipukul.. Biar dia tau yang mana satu kawan yang boleh rapat... yang mana satu yang patut dijauhi.. Tapi.. abang takleh terima kalau dia yang memukul.. Rasa macam kita ni mak bapak yang tak pandai mengajar anak.. Depan kita baik, tapi belakang kita rupanya buli orang lain.. Abang taknak macam tu!"..

Saya pun pegang kepala Hamzah Iqbal..

"Sakit tak kena pukul?" Hamzah mulalah meleleh..
"Sakit bu..!"
"Kalu sakit... abang jangan la bekawan lagi dengan dia.. Abg jangan bekawan dengan org yg suka pukul2 ni.. Biar abang takde kawan, takpe.. Abang boleh duduk sorang2.. Nanti ada la orang lain nak bekawan dengan abg.. Tak elok pukul2 orang nih.. Bedosa.. "
"Emm.. jangan pukul orang kan bu?? nanti sakit... nanti polis tangkap dia"...

Huhuh.. Hamzah Iqbal baru 4 tahun.. Tahun depan.. Tahun-tahun depan.. tahun-tahun-tahun depan.. bila dia dah remaja.. dah dewasa.. Wallahualam.. Rasa sekejap je masa berlalu...

----------------------------------------------

Hamzah Iqbal selalu ikut ayahnya ke kedai.. Ni ayahnya cerita semula dengan saya..

Time ayahnya nak beli sayur... Hamzah Iqbal mintak ayahnya nak gi tengok2 Jajan kt depan..

"Ayah.. abang nak gi depan.. nak nengok Jajan!"
"Tengok je tau! Jangan pegang!!"..

Hamzah pon tengok ler jajan2 tu sambil letak tangan kt belakang... Ada la sorg akak kaunter tu tegor..

"Dik.. ambik la jajan tu... Nanti suh ayah belikan.."
"Takpe.. saya nak tengok-tengok je!"... Huhu tak sangka dia leh ckp camni.. Kalu org lain, agaknya dah lama rembat 2-3 barang!!..

Ayahnya pon nak bayar kt kaunter...

"Anak ke?"
"Ha ah!"..
"Bagus budak ni.. akak tegur suh ambik jajan.. dia kata 'takpelah.. saya nak tengok2 je'"..
"Memang kak, saya mmg ajar dia jangan ambik barang selagi saya tak benarkan"..

"Disebabkan abg dengar cakap ayah.. ayah belikan abang jajan.. Abg kena selalu jadi budak baik tau!"..

Sampai rumah, memang nampak gembira sungguh budak tu.. Rupanya dia happy sebab ayahnya bagi reward sebab dia jadi gudboy... Huhu bangga la jugak bila anak dipuji orang.. Korang pon mesti bangga punya kan kalu anak korang dipuji?? Harap2 dia akan sentiasa behave & dengar kata kami.. Amin!!~

----------------------

Ohh.. tak kisah la org kata saya poyo letak cite puji anak sendiri.. Pedulik hape.. Kan blog saya.. saya memang bangga dengan anak2 saya... Bila dorang bagus, kita kenalah puji.. Bila dorg buat salah pon kita kenalah tegur kan?... Korang pon mesti eksaited nak cite pasal anak2 korang kan? Cerita la.. saya memang suka dengar cerita pasal budak2 nih... Takdek cite sebenarnya.. so jaja la cite anak hahahah...

Read more...

Cite 10.10.10 & cite dah basi..

 Sunday, October 10, 2010

Untuk sape-sape yang komplen blog saya tak update tu.. Haa amek korang.. Biar berdarah mata korang tengok gambo2 kat bawah ni hahahahahha.. (taip je cam tengah gelak jahat.. padahal sopan je terkemut-kemut kt sini)..



Ni Entry 10.10.10 aritu yang tak sempat saya publish... Ahad tu kami kena kerja kuat sebab ada Majlis Konvokesyen Kali ke 10.. 8 Julai haritu pon dah Konvo Kali ke 9 (Baca entry ni), Grup kami biasalah jaga bab2 makan.. so seperti haritu gak kami kena jaga grup bodyguard/pengiring, Polis trafik, driver VIP, Palapes & Brassband.. Havoc skejap sbb target yg dtg around 100 org, tapi aritu terlebih sampai 300 org.. pergh mmg double la keja kitorg.. Tapi.. atas dasar APA YANG PENTING.. KERJASAMA... semuanya dapat disettlekan dengan SMOOOOTTTHHH jee... Contohilah kami hahaha....

Ni ada gambo keta Lamborghini TMJ baru kami... Nak begambo dekat2 tak boleh (segan pon ada).. begambo la jauh2... Keta ni tak disuggest untuk org rendah.. sebab jenuh nak tarik pintu hahahaha...





Ok stop Konvo...
Ni cite pasal Sabtu.. sehari sebelum Konvo.. saya buat niii...........


Adunan yg dah naik 2x ganda.. yeeeaaa berjaya.. Walaupun takdek digital scale (main campak2 & agak2 je)..



Bulat-bulatkan ikut style sifoo... Jgn gelak tengok ada yg beso ada yg kecik.. spatutnya kena timbang sblum dibulat2kan.. Tp yg nak makan family kan.. So pedulik ape..


Ada robot enterprem.. Ni robot final projek Incik Hel.. Dia pon lapo nak roti...


Roti Bun manis.. Dalam ada butter.. bhgn atas, gunting2 & letak butter & tabur gula.. Yee.. saya guna tudung periuk je sebab dulang oven saya ada kt rumah Abui hahahah... kes bakar roti aritu kt rumah dia.. terus tertinggal..



Bun manis selepas dibakar.. nyum2.. Makan panas2... terus abis..


Ni bukan hangus ye murid2.. ni roti cheese.. lepas masak terus sapu butter, tu yg bekilat2 itamnya.. Atasnya gunting2 gak tapi letak cheese & tabur gula.. Pun abis lepas kuar dari oven..


Bun sosej khas untuk Hamzah... tapi sayang.. dia makan sosejnya je.. sabo je la..



Muka org lapo.. breakfast roti je hahahah... Hadif enterprem dalam buai.. Kepenatan...


Ok abis cite Roti..
Cite pasal dua org budak bertuah ni pulak..

Budak dua orang ni dah dipotong rambutnya..
Hamzah dah gondol abis.. gambo kt bawah ni gambo potong kali pertama.. Skang dah kali kedua.. Dah tersilap tapak.. terus memasing gondol termasuk Hadif hahah... Jom saksikan..


Muka budak tak reti dok diam.. Sampai side burn pon ter'burn' di buatnya...



Suka buat muka camni.. geram saya.. Time kita click tu laaa dia buat muka..



Selepas kena marah... Ni baru lepas mandi.. Tengok Hadif enteprem belari kulu kilir..



Senang je nak potong rambut budak ni.. Tak macam abgnya.. Dia diaaammm je..


Dapat upah susu...



Time ni wpun dah potong tp still nmpk ada rambut lagi... Tp sekarang.. adeh.. da tak bape ensem dah..




Suka naik menatang ulat ni.. Pastu kayuh guna kaki tuk gi sana sini.. Abaikan rumah yg cantek tu ye..



Sesi golek2 kutip benang...






Aksi mat rempit junior.. Ish kecik2 da ada bakat.. Harus kena sebat ni hahaha...


Haaa puas? So kalu saya tak update dlm masa errrr.... errr... 4 bulan tu.. kira terbayar la ye... Hahahaha....

p/s : diupdate dalam keadaan kelamkabut.. kira ok la update camni kan.. Hahha..

Read more...

Dan pemenangnya adalah...... jejejengg...

 Wednesday, October 6, 2010

Heheh yg ni gambo ala skema... :




Yang ni gambo kurang skema... :




Yang ni gambo cam budak terencat pon ade gak hahaha.. :










Hahaha.. aksi gambo pagi tadi.. suma sporting.. cayalahh!!~ Luv U al!!~


Next year kita cuba kekalkan kejuaraan wuhuuuu...!!~

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP