Hamzah & pen/pensel

Masa kejadian : Malam
Tempat : saya kt dlm bilik yg pintunya tak ditutup, Yg lelain suma kt ruang tamu..

Situasi :

Masa tgh syok2 lipat kain tuk buat box pleat skirting meja Kak Su... saya nampak tetiba Hamzah Iqbal berlari ke dapur sambil pegang baju..

Ish nape budak ni.. tangan dia terkena pisau ke?

Saya jerit panggil nama dia.. Dengar dia bukak air sinki..
Jerit lagi... Air kt sinki still terbukak lagi..

"Abg tgh buat ape?"
"Ye ibu.. abg kt sini.. Abg cuci tgn!"

Pastu dia berlari semula ke ruang tamu.. saya follow dia..
Bila dia nampak saya, dia pegang balik bajunya..

"Abg buat ape? Meh sini ibu tgk"..
"Takde apa2 bu.. abg tulis2 je.. Abg tulis dgn pensel!"

Erk.. dengar 'pensel' je hati saya dah tak sedap..

"Meh sini tangan tu, ibu nak tengok!"
"Takde bu.. abg nak tulis nih"
"Bak sini tangan.. ibu nak nengok..!"

Dgn hati2, dia hulur tangan kt saya..

Pergh.. rasa nak cubit2 je budak ni..

Tau ape yg dia dah buat???

Dia dah conteng tapak tangannya dgn 'marker pen'... Bukan stakat tapak tangan, kat bawah dagu, kat lutut, kaki... adehhh!! Manatah dia dpt 'marker pen' ni tah!!

Zass.. saya rotan tangan dia.. (Tak sakit pon sebab lepas tu selamba je dia baca buku balik)..

Malam tadi tak sempat amik gambo, sebab enpon saya ilang (padahal kt dlm bilik).. Tapi pagi tadi ada saya amik gambo dia dlm keta..


Ada mcm corak spiderman tak?


Sbelah tangan je.. yg sbelah lagi selamat..


Lutut pon ada.. tp yg masuk dlm kamera sikit je..

Kak Nin, pengasuhnya pon geleng kepala tgk Hamzah pagi tadi.. Jenuh ler nak menghilangkan tanda ni.. saya da cuba mlm tadi, tak berjaya..


Adiknya yg ensem pon masuk dlm ini filem.


Eii besaaa mata Hadif Daud ek.. Rambutnya pon dah panjang..


Inilah keja dia kalu dlm kereta.. Pandang luar tingkap & 'moncong'kan mulut.. Rambutnya melentik2.. cam rambut Incik Hel (hahah saya tanak ngaku!)..

-------------------

Sebelum kejadian di atas.. Hadif Daud dah muntahkan segala mak nenek isi perut atas sofa, tikar & lantai.. Pergh! Saaaaabarrr je la.. Tanda2 nak ubah perangai tu.. Lepas dah bersihkan sumanya.. Saya terus buat bende alah ni..


Aiskrim 1 Malaysia (hahah bleh ke bagi nama camni?).. perisa jagung.. Yg kontot tu sebab tak cukup air, Hamzah Iqbal sibuk ngecek nak sikit.. Saya bagi dlm cawan je..


Ni plak perisa sirap... Jgn imagine mende lain.. Tak baekk tau!!~

------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai