Uma mak..

Aritu Jujen ada mms gambo umah baru mak (yg dah 'upgrade' tu la)... Tapi sket je.. kedekut tul!! Saja nak suh saya dtg KL tgk sndiri, tak baek tau!!


Tau tak ni ape? Mula2 saya pon cam blur2.. apekejadah ni?
Rupanya ni pintu bilik air.. Pergh, ingat lukisan mural kt hotel mana tadi.. haha..
Pintunya pon kecik je, kena hati2 masa masuk, takut terhantuk kt kabinet gantung tu.. Rasanya dlm ramai2 isi rumah tu, saya lah yg akan selalu terhantuk kalu nak tgk pada rekod 'kadar kehantukan' isi rumah.. hahah

----------------------
saya : Tu gambo ke mak? yg dpn pintu tu?
mak : Ha ah.. gambo bunga..
saya : Mcm transparent jek. hahah.. takut!
mak : Tu ah, mak pon dulu ingatkan camtu.. Ngeri gak nak mandi kt dlm tu takut nampak.. hahah..!!
----------------------

Yg ni pulak, masa mula2 dpt mms ni saya takut nak tgk.. cam nak terus delete je.. Manakan tak, dah ler gambonya senget (saya dah edit), pastu ada cam mata merah je kt tgh2.. Ye la, dlm tepon kan nmpk kecit je gambonya.. mana saya tau..

Dah la tajuk mms tu "Pintu beranda".. mana tau ada makhluk tak berapa halus dok kt pintu tu ke.. huwaaa.. takot!


Rupanya dia nak tunjuk sliding door baru mak, yg dah ada langsir ala2 maroon 5 gitu.. Ceh, membazir je saya feeling2 takut bagai.. Rupanya ada motif riak di sini hahaha..

-------------------------
(dlm perbualan tepon pg tadi- saing dgn cite haji kelingking)

saya : wahhh dah tempah langsir baru la ek.. lawa la..
mak : tak la.. cik arah kasi.. hahahah..
saya : cehhh... yoyo je org ingat mak tempah..
mak : cik arah kata, dah-dah lepas ni jgn bagi lagi brg2 kt Cik Mia.. Nanti abis suma dia simpan..

hahahah... saya paham!!~ mak mmg jenis sayang nak buang barang..
sbb tu cik arah suka bile cik ajiz renovet umah mak.. sbb dia dpt buang brg2 mak yg tak digunakan lagi..
& yg bestnya.. dia ganti yg baru.. hihii...

-------------------------------------

Meh nengok gambo budak berdua ni pulak..

Masa : Pagi tadi (time memasing bekejo nak slide kad)
Tempat : Dlm keta, dpn opis..
Situasi :
-Abgnya baru lepas kena marah dgn Incik Hel sbb lalai..
-Adiknya tgh syok jerit2 sambil berusaha nak rampas tepon..


Mula2 nyanyi sorg2, dah siap main cak2 baru la dia nak gelak..


Nampak tak putingnya saya sambung dgn 'ring' & sambung dgn tali lebihan seat belt??.. Asik melalak je dlm keta.. Hamek kau!! Isap ler puting sampai puas!!


Cubaan mengambik gambo gigi.. Budak ni secara official telah ada gigi 4 batang..


Abgnya moody sbb kena marah.. Erk bajunya sama pulak dgn baju entry saya yg ini.

--------------------------------

Woo cukup la tu entri2 tuk hari ni.. Saya sbenonya tgh pose ganti.. nak menampal balik 'kebocoran' pose thn lepas..

Ni pon dah menempek cam budak darjah 1 baru blaja pose.. adeh.. perut dah pedih2.. Bak kata kawan saya..

"Teruskan usaha Sal, jgn ngaku kalah! Jom kita gi makan asam pedas kt kantin jap gi".. hahahahha hampeh!!~

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai