Bibirrrrr... pecchah!~

Malam tadi Incik Hel & Hamzah Iqbal kuar gi amik air kat mesin yg doploh sen seliter tu kt opis... Dlm kul 9 malam camtu la dia call..

"Nanti balik awak tgk bibir anak awak pecah!"
"Hah! Kenapa?"
"Budak baik, biasalah.. Jatuh kt Aked!"
"Teruk ke?"
"Bedarah la jugak.. kena kat baju sket!.. Dah, awak tu nanti jgn lelebih! Biarkan je dia tu nanti!"

Gitu la kot perbualan saya dgn Incik Hel.

Pergh, bayangkan perasaan saya bila dengar camtu.. Bibir pecah, bedarah.. sapa yang tak risau.. Bediri gak bulu roma ni sementara nak tunggu dorg balik.. Incik Hel siap pesan awal2 sebab dia tau, saya mesti risau bebukan.. Kang daripada budak tu ok, kuat, sihat.. bila saya over sket, terus budak tu lembik, nangis, tetiba sakit jek..

Sampai rumah je terus panggil Hamzah.. Lahai sayu ati tengok bibirnya dah moncong ke depan.. Darah dak tanda, tapi nampak la kulit bibirnya tersiat sikit.. Ni mesti jatuh kt jln tar nih..


Masa ni dah kering darahnya..


Dengan flash, baru nmpk lukanya..


Gambo zoom.. tak la teruk sgt, ada terbelah sikit..


Gambo bonus, Hadif Daud tido bertemankan Mr. Rabbit Hamzah Iqbal yg kian dilupakan hehe... Siap tutup muka sebab silau lampu..

Itu je kot..

Update :

- Kain panel belum buat pape lagi dari haritu.. Still lom sambung zip/getah pinggang/kelim.. Mebi weekend ni kot.. Tunggu Incik Hel tadek hehehe...
- Ina Kasnon - dah siap potong suma, belum jahit lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai