Powered by Blogger.

Tom Yam!~

 Tuesday, July 27, 2010


sumber gambar : yahoo image..

Semalam masak tomyam.. Disebabkan tadek daun limau purut (adee, tapi dah kering & baunya mcm tak sedap.. kang letak rasa pahit pulak), terus letak daun selasih (basil) yg dlm botol tu.. Sedap jugak rupanya.. Dapat pulak air limau nipis sebijik.. mmg umphh la... Goreng telo pon letak basil gak hahahah... cam jakun, berangan masak cam AFC hihi..

Time senduk nasik.. sambil pegang tudung periuk, sambil pegang pinggan.. Huhu cam la tangan ni ade 3 ye tak? Disebabkan nasik baru masak, saya pon letak la pelan2 atas meja, elok2 je kt tempat yg sepatutnya Incik Hel duduk..

Time nak tutup periuk.. Eh, nape berat semacam je tutup periuk ni..

Laa.. kat tangan saya sekarang adalah pinggan nasik.. So, yg saya letak atas meja tadi ape?

Terus pusing tgk atas meja..

Yeee, betul!! Saya letak tudung periuk atas meja cantekkk je kt tempat yg sepatutnya Incik Hel duduk.. Hahahahaha.... Nyanyuk part 2 nih..

Sakit perut gelak sorg2.. Tah nape tah semalam adalah hari nyanyuk saya.. Mungkin hari Isnin yg bingung kot!! (Tak sepasal salahkan Isnin)..

--------------------------

Time makan, tiba-tiba Hamzah datang kacau2 tomyam dlm mangkuk..

"Wahh.. ibu masak tomyammmmm!"
"Eh, mana abg tau ibu masak tomyam? Ayah bagitau ek?"
"Tak la.. ibu masak tomyam sama macam mak masak.. Sedapp!" Ok.. yg sedap tu saya tambah sendiri hahahah.. tapi cam tak caya pulak si Hamzah ni tau saya masak ape hehe.. Rasanya pagi tadi Kak Nin (pengasuh yg dipanggil mak) pun masak tomyam jugak.. Agaknya isinya lebih kurang, kaler lebih kurang, bau lebih kurang kot.. Pasni nak try masak asam pedas pulak.. nak tengok pandai tak dia teka hahaha..

-----------------------

Pastu Hamzah sibuk2 nak sosej (isi tomyam), saya pon sendukkan la.. tapi termasuk sekali ayam & sayur..

"Abg tanak ni la buu.. abg nak yg bulat-bulat.. yg bulat-bulat... yg bulat-bulat..." sosej la tu..
"Ish.. anak awak ni macam radio buruk.. yg bulat-bulat.. yg bulat-bulat!" ejek Incik Hel..

Dah dpt sosej, Hamzah main2 pulak dgn nasiknya..

"Jgn la main-main abg, makan la nasik tu.." marah saya..
"Budak ni.. Eh eh eh.. eh eh eh...!"
"Heheh abg pon cam radio buruk... hahahhaa..." saya dah tau Hamzah Iqbal ikut perangai sape hahah...

-----------------------

Oh, kisah benar ni mmg lawak.. tapi bile diceritakan dalam bentuk penulisan.. jadi cam hampeh pulak haha..

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP