Powered by Blogger.

Fabric Giveaway by Little Mama

 Monday, August 23, 2010

Masuk-masuk je blog Lynn Nasir, ada cite pasal fabric giveaway dari LittleMamaDiary.. Banyak giveaway yang saya tak dapat masuk, samada disebabkan bizi @pun tadek line tenet kt rumah (Incik Hel bawak gi kelas).. so ape kata kali ni try pulak.. tuah badan sape yang tau kan??
----------------------------------------


fabric giveaway big banner Fabric Giveaway by Little Mama

Ada syarat2nya.. Saya copy paste ye..

----------------------------------------

1. Buat entri ringkas di blog entee tentang Fabric Giveaway ni – kena letak banner giveaway dan link ke contest page ini – http://littlemamadiary.com/fabric-giveaway-mama/ (Sudah)

2. Letak link co-sponsor dalam entri – http://littlemamalove.com (Sudah)

3. Letak banner Fabric Giveaway versi kecik kiut ni kat sidebar blog dan link ke sini (Sudah)


fabric giveaway small banner Fabric Giveaway by Little Mama

4. Tinggalkan komen yang anda join Fabric Giveaway beserta permalink ke entri anda. (Ni jap lagi kot)

Senang je kan? Kalau malas copy paste pun boleh. Tak perlu karang ayat bunga-bunga daaa.

Satu Penyertaan Dapat 1 Tiket Lucky Draw

Sebab Fabric Giveaway ni jenis lucky draw.. entee boleh dapat extra tickets kalau rajin buat benda di bawah. Yang ni TAK WAJIB ye entee semua. Suka hati nak buat ke tidak. Kalau yang memang dah follow blog ana ni memang dapat 2 tiket la kalau masuk. So, kelebihan kepada existing kawan-kawan followers la ye.(Sudah follow gak)

1. Follow Little Mama Diary – http://littlemamadiary.com (Sudah)

2. Follow Izzah Sazahly – http://www.izzahsazahly.com(Sudah)

3. Follow Little Mama’s Love Updates - http://littlemamababyboutique.blogspot.com (Sudah)

Blog nombor 2-3 tu blog baru so kena promo sikit. Kalau dah buat mana-mana 1-3 email your Google ID ke admin[at]littlemamadiary.com. Jangan lupa mention jugak dalam entri okey.

So kalau buat semua tu maksimum dapat 4 tiket lucky draw! Entee mau?

Hadiah akan diberikan kepada beberapa orang yang bertuah. Belum decide berapa orang akan dapat sebab belum ukur kain ada. Minimum yang akan dapat hadiah 6 orang. Maksimum tak tau lagi.. mungkin ada lagi fabrik lain sebagai hadiah.. jika ana jumpa lagi dalam gobok ana itu.. he..he

Kain cotton ni ada local made, ada Chinese cotton dan ada jugak satu tu Japanese cotton! Mahal gak tu. Boleh la kalau nak buat baju anak atau apa-apa craft macam bag ke.. sarung bantal ke.. alas meja ke.. apa-apa je la . Ukuran kain dalam 1-2 meter camtu.. ada yang lebih rasanya…..

Tarikh Tamat Fabric Giveaway : 17 September 2010

Mari la ramai2 join giveaway nih.....

Read more...

Projek Weekend..

Moh nengok gambo..


Wallpaper komputer kt opis.. klasik ek..

------------------------------------------------

Projek weekend..

Sebelum...



Taraa.. selepas..



Model tak dibayo duit.. upah sup ayam jek..


Eii dah panjang rambut anak bujang ni..


Tangan si kecik yang nak main dgn butang.. Penutup beg ala 'patchwork' (tul ke nama ni?)... sepatutnya dok kt luar beg.. bila pasang, tak pasan lak.. Tengok2 ada kt bahagian dalam.. nasib la.. malas nak tetas..


Isi dalam, ada 3 kocek.. Akan dipos ke along.. Tunggu ye long.. Tak la lawa sangat, nak bawak barang2 budak boleh la kot..


Ada lagi..


Beg telekung mak.. bahagian luar..


Reversible beg.. ni bahagian dalam yg dah dikeluarkan.. saya prefer yg ni.. cantek bunganya..

------------


Sudah berjaya buat ini..


Free motion style ek nama dia? Tah saya pon tak tau..


Bahagian dalam beg yg beulm siap.. siap poket berzip.. 1st time buat.. gigil la jugak.. berkat jelujur dulu baru jahit.. hahha..


Taraa.. belah luar.. Ala box pleat gitu.. Nama tu yg penting..!!~



Abg kata beg ni dah siap brand.. Tak cantik pulak tapak beg ni.. Nanti nak potong la bawah tu.. cam melendut je heheh..

--------------------------------------

Layan prangai 2 org budak ni time saya tengah bizi.. time tu laaa dia nak ajak main..


Misai santa klaus tak jadik..


Main cak2 bawah buai.. kemain sedap duk atas bantal..


Naik kuda kepang.. dah jauh kuda ni jalan.. Abis diseret kulu kilir..


Camni la rambut Hadif Daud lepas main kejar2 dengan abgnya.. melentik2..

----------------------------

Baju raya? Hehehe.. rileks la.. lama lagi nak raya hahahaha... (pasni konfem hero pakai baju raya takdek poket, malasnya nak cantum)..

----------------------------

Hamzah Iqbal mintak saya buat susu.. saya pon marah2 la sebab time saya nak buat keja, time tu la dia suh buat susu.. pastu tedengar la dia kata..

"Wahai ibu yang cantik, yang marah2 macam ayah... lagi seronok! Tolong la buat susu untuk saya.. ye ibu yang cantekk!"..

hahah terus saya tak jadi marah.. sambil kacau susu, sambil tekekeh2 gelak sorg.. Cis, ayat 'cantek' tu dah kena dah.. ade pulak ayat 'marah'.. 'marah macam ayah' hahahah..

Read more...

Haa.. Amik ko.. Cite pjg lagi..

 Thursday, August 19, 2010


Ada sape2 rindu nak tengok gelagat Hadif daud & Hamzah Iqbal? Meh nengok gambo bawah nih..


Ikut arah jam..
1- try songkok ayah..
2 - begambo lepas merajuk
3 - telentang di kapet baru
4 - main game Mcdonel
5 - upacara selongkar mainan
6 - tekelepot di balik car seat
7 - tepaksa main game kt lantai sbb mainan tak detect atas kapet
8 - usaha buat muka comel tak jadi..



1-3 - cara2 duduk atas bangku yang betul
4 - muka betukar menjadi cam baby girl
5 - usaha mengejar abg hamzah
6 - cara2 duduk atas kerusi yang betul (sesuai utk driver)
7 - rambut cacak
8 - mak nenek



cara2 minum susu yang betul..



Tak geng dgn abg..

.......................................

Hadif Daud tengah demam skang ni.. Teruk jugak la sampai 39.2 celcius panasnya.. nak kuatkan kipas, dia sema2.. Nak tutup kipas, badan dia panas.. endingnya kipas tu kejap kuat kejap slow.. & saya pon ikut MC 2 hari sebab diserang migrain teruk (kes tepaksa bejaga tengah malam)..

Alang2 dah MC start hari Selasa ingatkan nak nunggu mesin jahit yang dihantar Pos Laju.. Skalinya tido mati... tepaksa angkut esoknya kat Pejabat Pos.. Heheh..

Nak nengok rupanya??.. Silakan..


Eh, ada kuda inteprem pulak..


Ada 70 jenis corak.. rasanya saya cuma tau jahit lurus, zigzag, lubang butang je kot haha..


No 01.. utk jahit lurus.. kan saya dah kata.. ini je yg saya tau.. Itupun saya dah berjaya patahkan jarum sebatang.. Nampak tak J tu? Itu utk huruf tapak mesin.. Spatutnya jahit corak guna tapak N, saya main blasah tapak J, terus patah jarum hahaha.. Sibaik ada jarum spare..


Ni pun ada kes jugak.. Dah biasa guna pedal.. Bila kena tekan button start/stop ni.. memang terbabas-babas dibuatnya.. Takut nak speed, so tekedek2 la mesin ni bejalan.. Skang dah ok kot.. Lajuuu je.. Tapi kaki tetap kejang..... hahah.. cam org sbelah bawak keta laju, penumpang yg sibuk nak tekan brek.. gitu la kot gayanya hahah..

Apa yang saya dah buat dari mesin jahit ni? Buat tak tau je la kot sbb migrain kan.. Saya hadap sekejap.. Belek2 manual.. Zaaasss sambung tido.. Hahahah...


Workstation saya (Hahah.. dan2 tu ada alas meja.. padahal kain 2 meter saya selotep je.. malas nak jahit)..

-------------------------

Ok-ok.. cite menu buka pulak..


Ni masak Ungkep Ayam.. Jgn tanya saya ungkep tu ape... ni kwn saya punya resepi.. Masakan jawa.. Sedap giler.. Sampai saya lupa amik gambo.. Ni gambo lauk tuk sahur.. Hahahah tinggal 2 ketul jek.. cukup sorg satu.. Masakannya ringkas, siap lepas masak leh rileks2 tengok tv tunggu azan..



Ni masakan time Incik Hel takdek (gi kelas).. Walaupun budak 2 org yg lasak tu ada.. saya sempat gak masak daging kisar ala kebab (jadik weh), roti kebab (bli roti nan, pastu bakar atas bawah je) & ayam goreng rempah ala KFC (resepi sendiri2.. campak2 tak sangka jadik).. Eh ada telo dadar ek? Telo tu balance dari telo tuk goreng ayam campo rempah2 sket..


nasik lemak lauk sambal sotong & nugget..



Aiskrim sirap yg dah lama teperuk dalam peti ais.. tinggal tambah susu cair jek.. Haaha pemalas giler!


Kek batik.. yg ni ada cite disebalik pembikinannya.. Saya dapat resepi ni dari blok kat Tijah..
Saya baca masukkan 2 sudu tepung kastad.. Saya pon konfiden la masukkan tepung.. tapi tepung jagung.. Hahaha.. tapi jgn risau.. Rasanya tetap sedap.. Tak rasa pon beza tepung jagung & kastad tu.. Cubalah try... Heheh

Read more...

Isnin, Selasa & Rabu punya cite.. amik kau! Hahah..

 Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah merasa kita kali ni menyambut Ramadhan utk tahun ini.. InsyaAllah thn depan kita bejumpa lagik..

Petang Ahad, niat sebenar nak gi Muar tuk carik karpet disebabkan Hadif dah menjahanamkan tikar buluh saya.. Tiba-tiba Incik Hel suh packing baju tuk tido sehari.. Mungkin kita akan balik KL.. Yahoooo....

Sampai KL kul 9 malam.. Lepak2 borak dgn mak abah... Masuk tido..

Isnin (saya memang mintak cuti Isnin & Selasa), pagi2 buta orang lain gi keja.. saya & Incik Hel gi ngadap Nasik Kandar Kayu (Tahapetahnamadia) kt Sri Permaisuri yg Super Lemau.. Saya order Teh O Suam, dia kata saya order roti kosong 2.. Kan ke beza bunyiknya..

Lama tak beromentik pagi2 buta sarapan sama2.. Ngam2 sampai rumah, Hadif melalak carik saya.. Budak ni memang pantang kalu tak nampak ibu dia.. Meraung manjang..

Kul 10 lebih, gi Ikea pulak.. Walaupun ada garmin (tapi macam takdek), kitorg still guna skill ingat-mengingat jalan2 KL nih.. Harussss nanti sesat lagi..

Sibaik parking still ada walaupun beratur keta menunggu (ari keja pun ramai org ekk??)..

Apa yg saya shopping di sana?
- Karpet besaaaa punya... muat 4 org tido atas tu.. lembut... & bebaloi!
- Para kayu & Sesiku L kaler merah & putih..
- Pemegang seterika leh sangkut kt dinding..
- Laundry basket
- Penyepit plastik makanan (tak tau la nama dia bantai je kasi nama)
- Pendant lamp yg amatlah murah & cantek
- Kitchenware..
Harga semuanya... bebaloi la jugak..

Balik rumah.. lepak2 kejap.. balik semula Batu Pahat.. Skejap je kan??? Yela, baju pon bawak sorg selai jek.. InsyaAllah, tahun ni raya KL dulu.. nanti kitorg lepak lama2 ek..

Sampai umah kul 10 malam.. Incik Hel terus bentang Kapet, pasang Pendant lamp yg super romentik kt dapo.. Uhh syoknya tido atas kapet yg bau sedap..

Esoknya (Selasa), hantar budak2 kt rumah pengasuh.. pagi2 kitorg kuar tengok wayang cite..

Memang best giler & disyorkan tuk tengok..
Abis cite ni.. gi makan dulu & sambung tengok cite ni pulak..


Cite ni kalu yg dah bebetul tgk version katun.. konfem cam frust sket la.. cam saya la.. tetiba tanya Incik Hel "Eh, bukan dia memang carik avatar ke?".. "Eh, parut Zuko tak nampak sgt pon!".. hahah sian Incik Hel..

Nampak la ciri 1Malaysia dalam cite ni sebab.. Fire Nation orangnya India, Earth Nation, org cina.. Air Nation.. ada mat salleh & negro.. & Water, orangnya mat salleh.. Saya tepikir gak.. nape takdek org melayu ek dalam cite nih? Hehehe.. katanya 1Malaysia kan??

Tapi puas ati sebab cerita ni dibuat sequal cam katun gak.. ada Book 1.. Book 2 suma.. Ok la kan kalu nak dibandingkan dengan Lagenda Budak setan & sumanya nak sumbat dalam 1-2jam..

Tengokkan pada pelakon dia.. mula2 cam.. adehh suma kelaut!! Bila dah 1jam.. baru nampak karekter masing2 sama cam yg asal.. Sokka memang best.. Suka tengok Sokka yg ensem ehheeh.. Walaupun dalam katun cam bodo2 alang gitu.. Tapi dlm filem ni, wahh macho gitu..

Appa mmg marveles la.. rasa cam nak naik jeee flying Bison tu.. Momo? Huhu nampak la ketidakwujudan momo.. mmg katun betul hihi..

Oh.. entry saya sungguh ke laut.. tak abis lagi nih..

Balik rumah kul 4 ptg.. Incik Hel sangkut iron holder, frame ayat Kursi & sempat tebuk lubang je tuk letak para.. pastu amik budak2 & balik kg..

Sahur & Buka puasa pertama di kampung...

Sekian... (cam ending cite wordworld pulak ahhahah)...

Read more...

Oh Adik Kedai

 Tuesday, August 3, 2010

Lunch smlm, berlari ke BP Sewing Machine Trading, Batu Pahat..

"Dik, mesin jahit tepi Brand Brother ade jual tak?"
"Jap ye kak!"

Terus masuk kedai.. blablabla.. bukak tingkap kaunter.. hulur jarum mesin kat saya..

"Akak carik mesin jahit tepi dik, bukan jarum mesin"..
"Ni jarum mesin jahit tepi la ni kak!" siap hulur 2-3 batang jarum kat saya...

"Bukan... akak nak mesin jahit tepi.. Brand Brother.. tuk jahit tepi baju tuuuu!" siap buat gaya kotak2..
"Ohhh... jap ye kak" buat muka kaver malu.. terus kuar dari kaunter..

Niat di hati nak nengok Brother 3o34D, skali adik salesgirl tu bleh tunjuk brand Golden Lion pulok.. Saya plak cam blur2.. pehal minah ni berangkut mesin bagai, siap cucuk benang suma.. Saja just nak tanya harga jek..

Alang2 dia dah kuarkan.. lantak pi la.. Bukan saya yg suruh pon..

Mesin jahit tu lebih kurang cam Brother gak, cuma 3 benang & beso sket.. cara masuk benang pon sama, angkat tapak pon sama, adjust benang nak2 sama gak..

Tapi yg lecehnya.. 3 benang.. sama macam mesin cinonet lama saya tu.. & dlm kotak ada tulis leh buat coverstitch tapi bila tanya adik tu.. dia angguk2 je, bila tanya pisau boleh tanggal/sorok tak.. dia cam blur2.. kata takbleh.. sah dan soheh la dia tak tau pape.. Bila saya tunjuk gambo kt kotak dia cakap.. "kalu ada gambo tu boleh la kot!".. eii ngeri je dengo..

Harga tak mahal.. RM700 je bebanding dgn Brother..

Pastu pelik, manual mesin tu tunjuk mesin 4 benang.. & kertas manualnya cam kertas buku teks skolah dulu2 yg kaler kuning2 tu.. Gambo pon cam lukis tangan.. Kat dalam ada gambo cemacam jahitan yg mesin tu boleh buat, tapi saya tak konfiden sbb ditulis tuk mesin 4 benang..

Tapiii.. bunyinya memang marveles.. agaknya kalu saya jahit tepi telinga Hadif Daud pon konfem mamat tu takkan bangun tido.. senyappp jek.. Saya tengok jahitan kasar & halus pon cantek jek..

Adik tu pon suh saya tessttttttt...........................................................

Skalinya saya terrrrr'sangkutkan handle tuk pusing tapak..

"kakkk.. menda ni takleh tolak belakang.. ni kena tolak depan!"..

wahhh panik daku dibuatnya.. Adik tu terus masuk dlm carik technician.. Adeh, sampai panggil technician ni, rosak teruk ke saya buat?

Dgn skru driver, technician tu tolak kat tapak jarum mesin & sbelah tgn lagi tolak kt handle.. 2x tolak terus ok.. wahhh belum pape dah tesangkut.. ngeri nih!!

Nak kaver malu, saya suh la adik tu yg tolak handle, saya tukang tekan paddle jek hahaha.. tapi siyes mmg best.. button kasar halus pon kat sbelah tapak jahit jek..

Lepas borak itu ini.. & dah nak kul 2, saya pon mintak kad & terus blah.. Incik Hel sedang sedap tido dlm Incik Al..

Belum pape lagi Incik Hel dah warning..

"Awak jgn order lagi mesin tu.. abang dah berkenan Brother tu awak jangan ngada2 nak beli lain"..

Padahal saya baru je nak cite negatif pasal mesin ni kat Incik Hel hahaha.. Alang2 dia dah berkenan Brother tu.. konfem saya carik Brother jugak..

Brother ohh Brotherrr...!~

Ingat nak order kt LSN.. tapi nanti nak send kat alamat mana? konfem kitorg laki bini keja.. Malehnya nak gi kutip kat Pejabat Pos.. Pastu penghantaran lak RM50.. Kalu ada jual kat sini kan best...

sat nak tepon kedai tu..

Read more...

Amin....!!~

 Monday, August 2, 2010

Mari sama-sama berdoa..

"Ya Allah ya tuhanku, bukakanlah pintu hati suami saya, Muhammad Helmi untuk mengizinkan saya membeli mesin jahit seperti proposal yang saya mintak.. Amin!"

Eh, ni seriyes, bukan saya main2.. tolong la doakan saya semoga suami saya tak berubah hati.. Saya betul2 nak mesin jahit tepi ni.. Bayar tiap2 bulan pon takpelah, janji saya dapat sebelum raya ni.. Banyak dah baju pending disebabkan mesin jahit tepi saya yg dulu dah rosak motornya..


Brother 3034D - gambo ihsan Yahoo! Image

Sebenarnya, mesin jahit bawah ni adalah mesin idaman saya.. Kalu dapat yg bawah ni konfem tak pandang mesin lain.. Boleh jahit quilt, langsir, cadar, comforter, jeans, papelah.. yang penting tau jahit hahah (eh, saya tau ke jahit suma nih?)..

Kalu loan saya dengan Incik Hel lulus tuk beli mesin jahit tepi (gambo atas).. Dah abis bayar nanti saya sambung la buat loan tuk mesin bawah ni pulak... boleh?? boleh???? Ala bang boleh la, pencen nanti saya amik la upah jahit tepi & buat baju..


Brother NV50 - gambo ihsan Yahoo! Image

Read more...

Famili Day

Ok tadi dah taip banyak2.. tapi cam baca novel pulak, so saya ringkaskan je la..

Ahad, gi Famili Day..

- Sebelum keluar rumah, saya pesan dgn Incik Hel..
"Yang, dah pakaikan Hamzah tali pinggang?"
"Ni nak pakaikan la nih!"..

- Dlm perjalanan ke tempat pendaftaran, ujan gerimis.. saya payungkan Hadif & Incik Hel.. Tiba2..
"Ibu, malulah saya macam nih!"... Ish pehal lak Hamzah ni tiba2 malu nih?
Saya pon pusing belakang..

Laaaaaaaaa.. rupanya seluar jeans mamat tu dah terlondeh sampai ke lutut.. Sampai nampak 'bird'nya.. Hahahahhahah... tehegeh2 dia nak naikkan seluar.. Ish Incik Hel kata nak pakaikan dia tali pinggang..

Lepas gado ala2 manja.. rupanya baru tau, memasing dah misscommunication.. Saya suh Incik Hel pakaikan Hamzah tali pinggang tuk seluar.. Incik Hel ingatkan saya suh pakaikan seatbelt memandangkan masa tu Hamzah dah duduk kt car seat.. Heheh.. tak sepasal Hamzah tebogel pagi nih..

- Disebabkan kekeliruan tuk dapatkan kupon makanan, kitorg pon kulu kilir masuk khemah ini & itu.. Saya yg tepaksa follow Incik Hel kelamkabutla bukak payung.. Disebabkan angin yg kuat.. Tiba2 payung saya yg besar cam payung khemah tebukak abis sampai terlipat.. Hahahah yg ni tak boleh blah.. Malu giler beb, sebab kejadian ni berlaku betul2 antara 2 khemah.. Saya automatik gelak besar sebab nak cover malu.. Pastu jerit2 panggil Incik Hel, tak dengar pulak.. Huhuh maluu.. malu.. korang dapat rasakan tak ke-malu-maluan yg saya rasa nih..

- Ada budak baya Hamzah jatuh parit.. dalam woo.. sebab masa ayahnya (ayah ke @ ada org tolong) angkat budak tu ke atas, budak tu dah lencun dari kepala sampai ke kaki.. Budak tu cam trauma skejap, sbb dia blur2 gitu.. Pastu baru dengar annoucement kata ada emergency.. Mungkin ada luka2 kot.. Harap tak apa2..

- Ada jugak budak yg tak jumpa mak bapaknya.. Masa tu kat dalam dewan, mungkin masa mak bapaknya keluar, budak tu tak perasan.. Siap buat announcement.. Saya pon jenuh nak jaga Hamzah yg aktif.. Pantang nampak budak sebaya, mesti dia panggil "Hei, kawan.. kawan!".. Nampak sangat dia tak banyak kawan.. Sian dia..

- Hamzah masuk acara kutip gula2.. Masa nak start tu, sblum bunyi wisel Hamzah dah lari.. So ayahnya pon tahan la.. Terus dia tegolek.. Masa dia tegolek tu pulak wisel bunyik.. Hahah.. kelamkabut dia lari.. pastu tegolek lagi kena langgar.. Saya siap ajar masuk gula2 dlm baju, skalinya kena masuk dalam plastik yg ada nombor.. Tak banyak pon dia dapat kutip sebab gula2 yg ditabur pon tak banyak.. Tapi yg kesiannya, dia dah siap bergambar2 dengan plastik gula2, skali gula2 kena amik balik tuk dikira.. Ye la, pemenangnya berdasarkan gula2 paling banyak.. Kesian saya tgk muka dia.. Cam frust sgt.. Siap ckp "Eh, ni gula2 saya!".. Saya siap pujuk nak ganti dgn gula2 lain.. Kitorg tak tunggu pon sampai abis, sebab konfem tak menang haha.. Terus ajak balik..

- Ni saya tak cite lagi pasal nasik ayam MarryBrown saya tegolek.. Carik tempat nak makan takde.. Hadif & Hamzah yg berlari bebas & menjerit2 dalam dewan.. Ramai pelik tengok Hadif "Eii, putihnya anak ko yg nih!".. "Ei, baiknya budak nih".. memang la baik, orang tengah ramai.. hadif tu penakut sket.. Tapi mmg kesian la Hadif, pipi kena cubit, dagu kena cubit.. Hahah ramai yg jarang tengok Hadif memang pelik, sebab dia tu putih sangat berbanding kitorg..

- Malas nak lepak lama2 lagi pun Hadif dah tegolek tido kt bahu ayah dia.. Terus blah.. Cabutan bertuah pon cam dengar tak dengar je.. Nasib la.. ada rezeki ada la...

- Balik rumah skejap, amik bekas susu.. terus gerak balik kampung..

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP