Powered by Blogger.

Tazkirah Hari Ini..

 Friday, September 24, 2010

Cerita ni saya ambil dari entry Lynn Nasir, credit to Lynn.. Silalah lawat blog dia yg super duper best tu..


Baca kat myMetro tentang "Lembut Hati Diberi Tazkirah".

  • Apalah perasaan si isteri yang tengah sarat mengandung tu ye. Apa kekurangan dia sampai suami dia sanggup buat dia macam tu? Nak kata 'demi nak ada anak', bukan ke bini tengah mengandung tu??
  • Apa pula perasaan si suami yang isterinya menjadi kekasih gelap suami orang di atas tadi tu? Anak dua dah..apa la yang tak cukup lagi kan?
  • Ni kiranya manusia yang tak bersyukur dengan nikmat pahala Allah swt beri. Dah nikah, ada anak, ada pasangan masing-masing yang disatukan dengan cara HALAL. Tapi dok buat songsang lagi dengan orang lain. Kalau tak kerana nafsu serakah, apalagi sebabnya?
  • Lemah iman, kurang pengetahuan agama. Tak nampak janji Allah swt terhadap setiap perbuatan yang kita lakukan. Takpun terlalu bangang sampai tak boleh bezakan pahala-dosa.
  • Ye, senang la aku cakap macam ni. Aku tak kena lagi. Tapi, jangan salah sangka ye. Aku tak benci diorang. Tapi tak pula aku suka apa yang diorang buat tu. Aku benci maksiat yang diorang lakukan tu. Sampai aku terus berdoa lepas habis baca artikel tu agar mereka sempat bertaubat kepada Allah swt dan mendapat kemaafan daripada pasangan suami/isteri masing-masing.
  • Kalau la pasangan kita tu ada kelemahan, atau banyak kelemahan; JANGAN FOKUS PADA KELEMAHAN DIA. Nanti sakit hati tak sudah. Tak pepasal mental. Makan anak. Sila fokus kepada kekuatan dan kelebihan dia. Contohnya, isteri malas lipat kain. So, rumah jadi sedikit messy sebab kain bertimbun. JANGAN FOKUS DI SITU! Sila fokus kepada kelebihan dia.
  • Contohnya, isteri yang malas lipat kain itu pandai masak. Pandai urut. Pandai servis baaaaikkk punya. Apa-apa service la kan. Macam service potong rambut ke..service bertukar tangan masa main badminton ke. Jangan fikir service yang tuut je. Hehe! So, FOKUS pada kelebihan pasangan kita tu. Berbanding makan sedap hari-hari yang disediakan isteri versus kain tak berlipat. Mana best?
  • Pastu, kalau rasa bernafsu terliur meleleh-leleh dengan yang bukan mahram lagi haram dengan kita, contohnya artis macho hensem macam Il Divo atau artis jelita ala Rozita Che Wan ke, rakan sekerja yang bergetah/maskulin tak hengat ke, atau sapa-sapalah yang haram buat kita..terutamanya jiran dan posmen, SILA BAYANGKAN SECEPAT MUNGKIN SEBESAR-BESAR API MARAK MEMBAKAR KEMALUAN KITA. Rasanya, terus kering air liur meleleh tadi. Bayangkan siksaan neraka..bayangkan janji Allah swt..bayangkan jika pasangan kita pula yang curang diam-diam dengan kita.
  • Belajar la menghargai pasangan kita seadanya. Dia juga menerima kita seadanya. Kan jodoh kita sudah ditentukan mengikut 'kualiti' kita juga? So, kalau nak pasangan kita treat kita baik, kita treat dia dengan baik terlebih dulu.

Huhu bagus jugak Lynn keluarkan cerita macam ni.. boleh menjadi pengajaran buat kita semua.. Thanks to Lynn.. So para2 suami semua.. ambilkan sebagai pengajaran ok...

2 comments:

Lynn Nasir September 25, 2010 at 9:15 AM  

tima kasih..takdelah super-duper :) biasa2 saja..

dah diizinkan ^^

Sellynna September 27, 2010 at 8:34 AM  

thanks lynn..

huhu pada saya dah super duper dah blog lynn tu.. byk info saya boleh dpt hehe..

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP