Powered by Blogger.

Anak..

 Friday, December 24, 2010



Tadi macam nak update cerita yang hepi2.. tapi bila tengok balik gambo kat atas.. rasa sayu pulak hati ni..

Uh.. hati saya yang terasa bila ada orang kata begitu pasal anak saya..
Sampai hati dia..
Takpe, saya maafkan..

Tapi, ada sedikit hati-hati selepas ini..

Read more...

Bukan Niat!~

 Tuesday, December 21, 2010


Credit to Mr. Google..


Bagi bloggers yang terasa dengan entry INI.. saya mintak maaf banyak2..

Sebenarnya pada saat itu, saya menaip sambil tesengih sorang2.. ala2 macam wanita ngada + gedik tengah hentak2 kaki sebab pakwe tanak belikan eskrem kat 7E..

Ataupun, ibu yang purak2 merajuk kat anak sebab anak tanak tolong ibu ngemas rumah..

Ataupun, isteri yang geram dengan suami yang suka ngata dia 'perut besar' (hohoho.. sapoo la tuh!)..

Sebenar-benarnya.. tadek pon niat nak sound2 bloggers lain dengan perasaan kereknya.. Harap2 semuanya tak kecik ati ekk.. ekk..

Sesungguhnya..

Saya rindukan entry kalian.. kalian.. dan yee.. kalian... (letak jari telunjuk kt dada masing2)..
Sebab.. saya tak dapat buat entry sebaik kalian..
Bila korang sedih, mood saya yang baca ni pon jadi sedih..
Bila kelakar.. saya pon boleh tergelak bila baca..
Bila bengang.. saya pulak yang rasa nak jadi kaki pukul untuk korang..
Korang memang hebat.. Tahniah..

Sebab tu la bila sehari takde entry dari korang.. saya yang rasa down.. bukan la down giler2 sampai nak naik flat 17 tingkat terus terjun bunuh dara diri.. takla.. tapi macam.. kalau la ada entry korang tuk dibaca.. mesti arini saya rasa macam berada diawang-awangan... (siap buat gaya kupu2 tengah bekepak)..

So.. korang da paham dah maksud saya?? So korang tak marah kan kalu saya tak update blog saya berbulan2.. kan kan? heheh..

Korang memang memahami.. i lebiu lahh!!~

Read more...

Pstt.. Pstt..!!~



credit.. Mr.Google


Pssttt... saya ada satu rahsia..

Saya & bespren saya kat opis ni selalu gunakan bahasa ber-isyarat (bahasa rahsia la tu)..

Contohnya.. :
- Code Red..
- Zibi..
- Sibi..
- Bubor..
- Sibo..
- Kak-han (hahaha ni istilah baru)
- dan cemacam lagi..

Tadi.. ada panggilan telepon dari 'Dia'.. Dengan perasaan ala wanita melayu terakhir (ataupun receptionist ter'ayu abad ini).. saya pon mengangkat tepon..

"Pstt.. pstt.. Sal.. Jom Bubor!".. kata 'Dia' sambil berbisik.. dalam tepon pon nak bisik2..

"Haa ape? JUBO?"...

"Buborr laaa.. Buborr!"

Pergghhh!!~ Ilang sudah keayuan saya.. terus ketawa tekekek2 cam pontianak harum pakai bedak talkum!~

Aim sowiieee.. arini taik tinge lupa nak korek.. Esok2 kalu tepon lagi, sila gunakan ayat lain ye.. takut tersalah sebut lagi!

Read more...

Entry Blog!~

 Monday, December 20, 2010


credit to Y!Image

Korang geram tak kalu tiap2 hari korang gi blogwalking (wah.. dah pandai dah guna istilah ni) kat blog yg korang tak penah miss walau sehari...

tapi....

Blognya belum ada entry baru....

Geram tak? geram tak??

Korang pon rasa macammm...

Susah sangat ke nak update blog? Bukannya susah pon!! Takkan takdek masa walaupun seminit??

Mencik tau!! Sehari tu mau 4-5x masuk blog yg sama dengan harapan yang setinggi gunung.. kalu arini tak update, esok2 plak mengharap biarlah dia update skali 10 entry.. Hahah giler tamak!!

Untuk korang, para bloggers tegar sekalian! Tolonglah update blog masing2.. Kasihanilah kami yang setia menanti tiap2 hari di pintu (soga) blog anda mengharapkan se-entry dua dari anda... Entry anda adalah makanan kami!!!..

(Err.. saya tak termasuk dalam ini cerita tau!!)

Read more...

review 4 pelem!~

Lately, kami banyak nonton movie (donlod je) dari nonton wayang.. Mebi sebab banyak movie2 terbaru yg dorg dah tolong uploadkan.. so i followww... wekeke..

Haritu tengok Inception..



Bagi saya, cite ni agak berat tuk orang yang malas berfikir macam saya.. So credit to Incik Hel yang tepaksa melayan karenah binik tersayang yang tak abis2 intebiu dia time2 tengah klimaks (cite ni laa)..

Pada saya cuma ada satu lagu tema yang sesuai untuk cerita ini.. lagu tu ialah "Umpama mimpi dalam mimpi" oleh Damasutra.. tapi patut diolah kepada "Umpama mimpi dalam mimpi punya mimpi punya mimpi punya mimpi" sampai tah berapa tingkat punya mimpi..

Endingnya? Saya kata dia still bermimpi (kiranya cam mimpi yg tak bangun2 la) tapi Incik Hel kata dia dah sedar.. sebab masa dia putar totem tu.. totemnya still bergoyang2.. tapi ujung2 cerita tu tiba2 totemnya statik.. & tiba2 macam mudah sangat dia nak balik ke pangkuan keluarga dia padahal realitinya dia pelarian..

Yang saya & Incik Hel tak paham.. kenapa tugaskan dia tuk carik Inception? Inception tu ape? Apa kena mengena Inception dengan famili dia?

Ok.. ok.. ok... saya dah paham selepas saya baca Wikipedia... hahahah ngelat! Ye saya ngelat!..

Ok next movie pliss!!
----------------------------




Cite nih? Yaaa.. berjaya membuatkan saya geli.. jijik.. nak muntah.. darah merata2.. tangan putus, kepala putus.. gigit sana sini.. Yeee cite vampire!!

Sebagai seorang mak budak yang penakut! Amatlah menghairankan bila saya bleh stay depan tv sampailahhh ke penghujung cerita (termasuk Hamzah Iqbal walaupun dia nangis2 takut.. tapi nak tengok jugak)..

Dan saya berjaya menya'ound' Incik Hel..

"Kalau malam karang ayang takut nak buat susu anak! Abang bangun ekkk!!"...

Tapi bila pikir balik cite ni.. tak seram mana pon... Pastu cam.. watdehelikopter... ending cam hampeh! Bak kata saya pada Incik Hel..

"Typical cite vampire.. tapi ni tebalik la.. kalu cite lain, vampire tu follow dia dr rumah, tapi cite ni.. dia follow vampire balik rumah.. pastu org jahat follow dia sampai tempat dia nyorok.. pastu konvoi mati beramai2.. Pastu rupanya cure dia senang je.. ko gigit je dia, nnti sihat, vampire gigit ko, vampire sihat, vampire lain gigit vampire sihat, vampire lain jadi sihat.. so on.. & on.. & on".. ok tipu! saya cuma ckp sampai 'typical cite vampire' tu je..

Cite ni membuatkan saya tak takut tgk cite vampire yg lain sebab.. bile saya tengok ada manusia yg jadi vampire lepas kena gigit.. mesti saya bg cadangan kat Incik Hel "Eleh, buat la macam cite Daybreakers tu.. dedah diri kt cahaya, pakai selimut basah.. leh jadi manusia normal balik.. pastu cocok je la darah org yg dah normal tu kt vampire.. konfem suma jadi normal".. hahahah yee.. saya dah agak dah.. itu ayat yg keluar.. so Incik Hel, lepas ni jgn bagi saya tengok cite vampire lagi.. Konfem ilang stim!

Ok.. next movie.. banyak lak ulasan tak munasabah saya nih..

--------------------------------




Ok, daripada 2 movie di atas, saya enjoy tengok cite ni sebab... saya boleh bermain teka-teki dengan Incik Hel.. Saya sukakan cite yang komplikated macam ni.. err maksud saya.. selain cite Inception laa.. Cinematographynya tak la hebat sangat sebab nampak gak la keCGIannya... tapi, bile angin ribut tengah kuat giler, terasa la macam rumah saya pon ada angin topan.. Errr ke kipas rumah saya tu laju sangat? Ok abaikan..

Saya sukakan cite yang membuatkan kita rasa.. lepas ni ape? Kalu dia buat ni, mesti jadi camni.. Mesti kawan dia jahat.. mesti orang tu bagi dia ubat.. Cam tu la gamaknya...

Tapi mak saya sukakan cite yang ada kena mengena dengan mahkamah.. Mak saya suka teka sape penjenayah sebenar.. Hahaha siyes, mak saya selalunya betul.. Mencik tau!! Ok.. off topic sat..

Endingnya memang tak diduga... Tapi slack sbb Incik Hel bocorkan maklumat pulak..

"Abang rasa endingnya, dia sendiri masuk hospital mental ni tau!"..

Konfem tak sabo2 nak menang hahaha... ye la.. main teka2 kan..

Tapi yg tak bestnya, bile melibatkan adegan wife dia bunuh anak2 dia.. Konfem hatiku nangis siapalaaaa yang tau.. Sedih tau! Sampai ati dia lemaskan anak2 dia, 3 org lak tu... tapi tabahhhh.. tabahh beb!! Tak nangis pon depan Incik Hel.. kalu tak konfem!! Konfem dia da tanak ajak saya marathon movie lagi huhu..

Endingnya memang tak diduga oleh saya & Incik Hel (ook... tadi review ending tak abis lagi).. Suma ingatkan dia dah sihat.. rupanya still rewind balik cerita lama.. Sian Dr. Sheehan asik ngikut dia jadi marshall je.. kalu saya, konfem dah resign hahahah..

Ok next...

------------------------


Yatterman..

Kasi peluang la tengok cite lawak pulak!!

Memang lawak spastik (err slapstik) giler2 punya.. Paling lak boleh blah bile geng dorombo joget2 masa tengah jual baju pengantin.. lawak giler!! Yatterwoof yang slow giler.. asik kalah je tak penah menang, bertukar jadi Yatterking.. Time dorg bertiga (termasuk anak Profesor ke sape tah yg carik skull stone) naik Yatterwoof memang lawak, tehegeh2 awek tu panjat eko yatterwoof hahaha... sampai laa ni saya xleh bayangkan.. asik gelak jek..

Paling tak boleh blah.. lambang Yatterman nih.. Korang pikir la sendiri hahahhaa..


Spender... wakakakkakaka....


Tapi.. saya & Incik Hel leh bantai tido lak time endingnya.. Yang bertahan, cuma Hamzah Iqbal hahahahah... So korang boleh bayangkan tak betapa "BESTNYA' cite nih???

------------------------------------

Ok.. itulah review saya, seorang penggemar filem donlod... Nak review cite Shrek 3, takdapek la pulak.. sound sistem tak mantap.. macam shrek tu tengah berbisik2 lak bile bercakap hahaha.. nanti saya review cite lain K...

adios!~

Read more...

Flashback lagi...

 Monday, December 13, 2010

Ok.. entry flashback kembali semula..

------------------------------------------------------

"Ibu.. tadi kan Hadif tumpahkan susu".. kata Hamzah Iqbal..

Saya berlari ke ruang tamu.. (td dok kt dapo)..

"Laaa nape Hadif ni? Abis suma mainan kena susu.. Nak kena Hadif nih!".. terus saya lap board magnet yg boleh lukih2 tu.. bertakung susu kt situ..

"Ape la Hadif ni.. sukaaa je tumpahkan susu.. Abg Hamzah letak susu abg kat atas meja tau!".. bebel Hamzah Iqbal..

"Dah tau adik tumpahkan susu, kenapa abang tak tolong lapkan?" saya plak bebel sampai sambung lap lantai..

"Dah 3 minit dah bu Hadif tumpahkan susu.."

Hahahah pandai-pandai je 3 minit.. macam ler dia tau 3 minit tu bape lama...


--------------------------------------------------------------------------

"Ibu.. abg nak jam Ben10"..
"Abang kena belajar dulu mengira, dah pandai baru ibu belikan jam"..
"Abang da tau tengok jam la bu.. Sekarang pukul 4.10 minit".. sambil tunjuk jam dinding..

Hahahah pandai la nak temberang ibu.. dah pukul 10 malam.. pukul 4.10 minit hapenye!!!..

----------------------------------------------------------------------------

"Wahh canteknya suma ni bu.. abg nak suma ni!" sambil tunjuk banner besar kt dpn Save & Save..
"Abang kena la belajar rajin2.. nanti ibu belikan semuaaaaaa tuk abg!" kata saya..
"Awak ni.. semua mende awak nak bejanji dengan anak.. cuba laa jangan berjanji macam2".. marah Incik Hel..

Saya terdiam..

"Mende ape yang awak janjikan sangat dengan Hamzah tu??"

"Alat tulis!!"..

"Haaa kalau tu, takpe..!"

Ceeehhh... lenkali tanya dulu sblum marah.. kecik tau ati hahahhaa...

-------------------------------------------------------------------------------

"Bobookk.. nakkk nakk!".. rengek Hadif..

"Hadif nak makan yee.. nanti bobok suapkan!"..

"Aik.. awak macam dah boleh terima je nama bobok tu!"..

Heheheh dah selalu dengar dia panggil bobok, saya pun automatik ikut bahasakan diri bobok.. Jangan sampai dah pandai cakap pon panggil saya bobok dah la..

--------------------------------------------------------------------------------

"Macamana Hamzah ngaji tadi? Dia pegi ngaji tak?" Tanya saya pada icah.. anak Kak Nin, pengasuh anak saya..
"Pegii.... tapi Kak ina.. abg wan cite.. masa dia jemput Hamzah balik tadi.. Hamzah tak salam pun tangan makcik tu.. dia terus lari amik selipar.. pastu dia jerit.. 'TERIMAA KASEEEYYYY"...

"Hamzah ingat ni konsert Alleycat ke??" marah Kak Nin..

Hahahaha.. gelak besar saya dibuatnya.. Konfem dlm keta kang kena basuh dengan kitorg..

---------------------------------------------------------------------------------

"Abang ngaji tadi baca ape? Cuba baca sikit ayah nak dengar"..
"Tadi cikgu ajar alif.. ba... ta... SAJIM... haaa.. hoooo.."

"sajimm?"..
"aallaaa.. sajim... alif bata.."..
"saaa... jim... la abg hamzah.. bukan sajim... tak sambung!"..

"Cikgu ajar sajim la bu.. sajimm.. sajimm!!"

"ye la abg.. abg je la yg betul!!~...

Read more...

Main Air..

 Wednesday, December 8, 2010

Sabtu lepas kami.. 7 dewasa.. 4 kanak-kanak.. dengan rasa gumbiranya berlepas ke Wet World Batu Pahat.. tuk misi main air..

Malas nak cite panjang.. nak mention kt sini yg Hamzah Iqbal hampir lemas lepas dia terjun dlm kolam yg agak dalam jugak la.. paras pinggang/dada saya..

Masa tu saya dgn Hamzah Iqbal tengah main air kt kolam budak2.. Ni suma gara2 dia tengok Incik Hel & makcik2nya sibuk main air sambil bwk Hadif Daud & Nabil Amsyar (anak buah kitorg) masuk kolam satu lagi.. pakai pelampung.. Tak sempat jerit, dia terus terjun dlm kolam tu.. ape lagi.. terus ilang la.. da tak nampak da kepalanya.. tenggelam terus..

Sibaik Incik Hel kat situ, terus dia tarik Hamzah Iqbal.. tapi yang nak tergelaknya.. dia terus jerit.. "Tolongg!!... tolong!! Tolong selamatkan saya!!".. haha.. memang la tak sepatutnya saya gelakkan dia.. (ingat ye, saya gelak lepas kejadian tu.. bukan time kejadian.. mau kena pelempang dgn Incik Hel kalu saya gelak time tu).. tapi bila ingat balik, memang lawak la sebab ayat dia sungguuuuh.... skema.. bagus anak saya nih!!

Lepas tu terus takut nak main air.. saya belikan dia pelampung bulat.. pegi kolam kecik pon pakai pelampung.. Hadif Daud pulak rileks je atas pelampung.. Bila pegi kolam cetek, meraung2 dia taknak.. Sonok agaknya terkapai2 kakinya kt kolam dalam.. Lagi2 masa kat kolam yang ada ombak.. Besar mana ombak pon dia bleh rileks, layan mata.. sepak2 air.. Tapi Hamzah Iqbal, saya yg masuk air.. dia yang meraung.. Nangis2 ajak naik darat.. Padahal air cecah buku lali jek..

Taaappiii.. bila time balikkkk.. suma budak2 melalak tanak tuko baju.. Perghhh.. ni yg malas nak pegi tempat2 camni.... Hadif sampai gigil2, mulut, tangan kaki suma dah biru2.. tetap berlari masuk air... Hamzah yang dah hampir lemas tu pon meraung masuk balik dalam kolam budak2..

Kena guna kuasa veto, baru masing2 tehegeh2 masuk shower room.. Pastu shopping kt BPMall..

The end.. hahah ok tak ending camni.. blom abis lagi ni..

Malam tu (kitorg tido kt kampung) Hamzah Iqbal peluk saya...

"Nanti kita tak payah lagi pegi tempat yg ada air macam ni.. macam ni tau!" sambil buat gaya berombak..
"Ok.. lepas ni abg Hamzah tinggal dengan nenek.. Ibu, ayah, Hadif pegi mandi kat sana ye!"..
"Tanakk.. tanak.. Hadif pun tak boleh mandi.. Hadif tanak mandi".. sampai buat muka sebek..
"Ok la.. abg dgn Hadif tinggal.. Ibu dgn ayah je yang pegi, boleh?"
"Aaallllaaaa (nangis!).. suma orang tak boleh pegi.. suma duduk sini dengan nenek je!"..

haha.. bagus jugak.. kalu tak, naya je dia mintak pegi hari2..

Esoknya, saya diserang penyakit kulit (gatal2).. mencik tau kalu mandi kt tempat mcm ni.. airnya kotor giler.. memang last la kitorg pegi.. Mandi sungai lebih baik!~

Read more...

Koleksi Buku..

 Friday, December 3, 2010

Salam sekelian..

Tiba2 macam nak jadikan blog ni blog ngumpat pulak ahaksss!!~
Tak la.. jahat mana pun saya.. saya taknak ngaibkan orang lain.. (bukan mengghaibkan org tau)..

Ok.. tukar tajuk..
Rasanya dah lama saya nak update pasal ni.. tapi asik terlupa jek..


Antara buku2 bloggers yg saya ada.. tak banyak.. baru 3.. tp insyaAllah nak buat koleksi lagi..
Goblog.. Jongkang Jongket & Congteng2..

Goblog & Jongkang Jongket saya beli dengan... Incik Nizam.. (kalu tak silap saya.. sila betulkan ye sebab saya ni kadang2 ilang ingatan sket, terminum byk semut masa skolah rendah dulu)... Goblog best sebab byk cerita pasal bloggers yg saya rasa macam wahhh bestnya entry dorg.. apsal aku tak macam tu?? walaupun ada 1 kisah seram yg membuatkan saya tercampak buku goblog ni time saya dok tinggal sorg2 dlm rumah..

Jongkang Jongket jangan cite la.. memang faveret saya.. saya penah download Jongkang Jongket sebelum ni & print tuk baca kt rumah.. Tekekek2 saya baca menyebabkan Incik Hel heran.. Bila saya hulur kt Incik Hel, dia lak pass baton mengekek2 ketawa.. Sapa sangka suma ni ditulis oleh seorang bakal loyer!! (masa tu).. Saya dah follow (tanpa jd follower) Mat Jan ni lama.. tapi tak sangka akhirnya dapat jugak saya pegang bukunya...

& Conteng2 saya beli dengan.. Incik Fadhli.. memang menarik, sampaikan nak baca pun susah.. asik begaduh dengan Hamzah Iqbal je.. Sibuk je dia nak berebut Incik Miaw tu dengan saya.. Kartunnya memang best sebab mengingatkan saya pada kartunis Lat.. leh jadi pelapis nih!! Memang detail la.. contohnya.. kalau Lat buat rumah kayu, mesti terselit cicak la.. kayu belobang la.. cam Incik Fadhli pulak, kalu lukis kerusi, mesti siap ada koyak2, kena tampal lagi.. mmg detail la.. saya lak tgk kartun mmg suka check detail2 nih.. ahahah.. mmg terrrbaik dihatiku!!~

Ok.. stop dulu.. nnti sambung lagi.. banyak cite lagi ni.. koleksi flashback budak2 pon ada lagi dlm pala otak tak update.. kang simpan lama2 takut masuk arkib pulak hahah..

chow!

Read more...

Pesanan Penaja!~

 Wednesday, December 1, 2010

Ok.. selepas kes yg sungguh meng'annoying'kan semalam.. saya sudah kembali tuk bercerita dengan lebih lanjut..

Mula2 ingat nak go on je la.. Lantak la apa org nak kata.. Tapi saya takleh tinggalkan macam tu je.. So sebelum saya nak bercerita dengan lebih lanjut pasal FAMILI saya (sahaja.. X termasuk cerita ofis).. saya rasa perlu saya tegaskan dulu di sini..

Kepada sesiapa yang membaca blog ini.. khas untuk kawan2 ofis saya.. samada secara sengaja.. tak sengaja atau dpt blog saya dari orang lain.. saya harap.. harap.. harap.. dan mengharap.. tolonglah hormat privasi saya...

Tak payah la nak sibuk cerita pasal blog saya dengan orang lain.. saya sedar blog saya ni tak seberapa pon.. just cerita pasal life saya & famili.. just cerita hal kebangangan saya yang tak sedar diri nak mengejar kemahiran itu ini.. Saya bukan kreatif mana pon.. yang saya cerita suma mende2 yang jadik.. Yang tak jadik takdek la saya nak cerita.. sebab.. sukati saya la kan.. so takyah la buat conclusion setakat dari pembacaan blog tak seberapa ni.. Korang lagi kenal saya secara realiti daripada korang kenal diri saya dalam blog ni.. So tak payah la nak kata itu ini..

Dulu, rasa bangga jugak bila ada yang eksaited baca blog saya.. tak saya nafikan.. naif kan.. tapi bila dah makin membesar komuniti yang tau wujudnya blog ni.. saya rasa tak secure.. rasa pelik ada la.. apa yang eksaited sangat orang lain nak tau pasal life saya.. Mula la rasa 'bodonya aku ni.. suma nak cite dalam blog!'..

Niat sebenar-benar-benarnya saya wujudkan blog ni ialah tuk mak abah saya.. kakak & adik saya.. tau dengan lebih dekat lagi tentang saya, Incik Hel & anak2 kami... Apa aktiviti kami.. gambar2 terkini cucu2 & anak buah dorg.. maklum la.. kami jauh..

Tak terlintas langsung nak berlagak.. eh aku da beli ni.. aku da pandai buat ni.. aku nak buat itu.. tak terniat langsung.. Niat cuma nak berkongsi pada yang sudi.. sebab saya start dari zero.. memang ngaku je la dulu saya memang tak pandai masak, tak pandai jahit, jaga anak pun tak betul.. tapi bila saya baca blog korang suma.. saya terasa macam kerdil sungguh diri saya berbanding orang lain.. saya perlu upgrade diri saya.. saya perlu bercerita di blog untuk mengingatkan diri saya yang saya perlu berusaha lebih dari apa yang saya dah buat sebelum ni..

Saya bercerita di blog bukan untuk menjadi buah mulut orang lain.. Korang kan kenal saya macamana... Korang sendiri nampak saya bekerja macamana.. time saya bizi macamana.. time saya senggang macamana.. time saya happy.. saya down.. korang suma tau macamana.. saya tak ramai kawan yang betul2 saya rapat.. memang hakikatnya saya rindukan life saya di KL.. tak saya nafikan.. tp saya kena terima hakikat yang saya dah berpijak di bumi yang nyata.. hidup mati saya InsyaAllah disini.. saya taknak kehilangan kawan disebabkan blog tak seberapa saya ni..

Tolong lah hormati saya.. biarkan saya dengan blog saya yang useless nih.. Setiap kali saya masuk sini.. setiap kali saya nak tekan button keyboard, tiap kali tu jugak saya rasa saya kena jaga hati dan perasaan orang lain.. tapi ini blog saya... Apa perasaan korang kalu korang terpaksa berkongsi rumah korang dengan orang lain? Kena jaga manners 24hrs.. Hakikatnya korang pon kadang2 ada jugak makan bersepah.. ada jugak bangun tido tak gosok gigi.. Haha.. susah ek nak jadi diri sndiri..

Ok seriyesly saya dah melalut.. Tu bukan point saya sebenarnya.. Saya memang suka berkongsi cerita dengan org lain.. Bak kata Incik Hel, saya seorang yang pandai bercerita.. Bila saya bercerita, saya akan bercerita dengan detail sampaikan dia tak perlu baca blog saya hahaha..

Jadi.. biarkanlah saya bercerita di sini sahaja.. tak payahlah tolong sampaikan pada orang lain..

Harap dapat mesej saya..

Penat dah menaip nih..

Tolong hormat saya sepertimana saya hormatkan orang lain..

Chow!~

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP