Flashback lagi...

Ok.. entry flashback kembali semula..

------------------------------------------------------

"Ibu.. tadi kan Hadif tumpahkan susu".. kata Hamzah Iqbal..

Saya berlari ke ruang tamu.. (td dok kt dapo)..

"Laaa nape Hadif ni? Abis suma mainan kena susu.. Nak kena Hadif nih!".. terus saya lap board magnet yg boleh lukih2 tu.. bertakung susu kt situ..

"Ape la Hadif ni.. sukaaa je tumpahkan susu.. Abg Hamzah letak susu abg kat atas meja tau!".. bebel Hamzah Iqbal..

"Dah tau adik tumpahkan susu, kenapa abang tak tolong lapkan?" saya plak bebel sampai sambung lap lantai..

"Dah 3 minit dah bu Hadif tumpahkan susu.."

Hahahah pandai-pandai je 3 minit.. macam ler dia tau 3 minit tu bape lama...


--------------------------------------------------------------------------

"Ibu.. abg nak jam Ben10"..
"Abang kena belajar dulu mengira, dah pandai baru ibu belikan jam"..
"Abang da tau tengok jam la bu.. Sekarang pukul 4.10 minit".. sambil tunjuk jam dinding..

Hahahah pandai la nak temberang ibu.. dah pukul 10 malam.. pukul 4.10 minit hapenye!!!..

----------------------------------------------------------------------------

"Wahh canteknya suma ni bu.. abg nak suma ni!" sambil tunjuk banner besar kt dpn Save & Save..
"Abang kena la belajar rajin2.. nanti ibu belikan semuaaaaaa tuk abg!" kata saya..
"Awak ni.. semua mende awak nak bejanji dengan anak.. cuba laa jangan berjanji macam2".. marah Incik Hel..

Saya terdiam..

"Mende ape yang awak janjikan sangat dengan Hamzah tu??"

"Alat tulis!!"..

"Haaa kalau tu, takpe..!"

Ceeehhh... lenkali tanya dulu sblum marah.. kecik tau ati hahahhaa...

-------------------------------------------------------------------------------

"Bobookk.. nakkk nakk!".. rengek Hadif..

"Hadif nak makan yee.. nanti bobok suapkan!"..

"Aik.. awak macam dah boleh terima je nama bobok tu!"..

Heheheh dah selalu dengar dia panggil bobok, saya pun automatik ikut bahasakan diri bobok.. Jangan sampai dah pandai cakap pon panggil saya bobok dah la..

--------------------------------------------------------------------------------

"Macamana Hamzah ngaji tadi? Dia pegi ngaji tak?" Tanya saya pada icah.. anak Kak Nin, pengasuh anak saya..
"Pegii.... tapi Kak ina.. abg wan cite.. masa dia jemput Hamzah balik tadi.. Hamzah tak salam pun tangan makcik tu.. dia terus lari amik selipar.. pastu dia jerit.. 'TERIMAA KASEEEYYYY"...

"Hamzah ingat ni konsert Alleycat ke??" marah Kak Nin..

Hahahaha.. gelak besar saya dibuatnya.. Konfem dlm keta kang kena basuh dengan kitorg..

---------------------------------------------------------------------------------

"Abang ngaji tadi baca ape? Cuba baca sikit ayah nak dengar"..
"Tadi cikgu ajar alif.. ba... ta... SAJIM... haaa.. hoooo.."

"sajimm?"..
"aallaaa.. sajim... alif bata.."..
"saaa... jim... la abg hamzah.. bukan sajim... tak sambung!"..

"Cikgu ajar sajim la bu.. sajimm.. sajimm!!"

"ye la abg.. abg je la yg betul!!~...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai