Posts

Showing posts from January, 2011

For My Friend..

Image
Cotton Friend yg dah ber'kawan dengan saya lately nih.. ada lagi 2 tak upload lagi.. & lagi 1 tak beli lagi.. tunggu ye friend... i foloooo u..!!~


Totebag yg berjaya dibuat... luar boleh guna.. dalam pon leh guna, siap dengan riben & butang gak kaler biru kt dalam.. no poket.. abaikan buku yg tak susun tu..


Khas tuk Yat.. ko nak tuko totebag camni ke?? Boleh ke?? Ke nak lain sket??

Aku nikahkan dikau..!!~

Ye kawan2... sekarang NV30 saya sudah ada suami... tak lama lagi sampai lah 3034D dari KL.. wahh laki bini import dari KL..

Ish tak sabonya nak balik KL..

Sekarang saya gile mengumpul COTTON FRIEND.. tapi tak banyak la.. baru 3 buah buku saya sambar... Itupun dah macam orang giler.. Hari2 ngadap buku macam ler saya tau baca bahasa Jepun.. Ni yang rasa nak belajar bahasa Jepun je nih!!~

Buku Rosita Jaafar pun saya sapu.. rasanya macam dah 3-4 buah kot.. nanti ada masa saya letak gambo buku2 saya.. Oh ulat buku rupanya saya nih..

Ada lagi.. saya baru siapkan projek buat beg.. ala buttercup tapi beso la.. cam totebag gak.. Reversible.. luar dalam saya mekap kan.. gambo ada.. tp maleh nak nonggeng amik kabel.. lenkali ek..

Tak sompek nak chit-chat lebih lanjut.. still mengharap 3034D saya sampai dengan jayanya.. Eii.. thanks to Yat.. Jasamu kan ku kenang my pren..


Luv u all.. chewaaah... poyos ending camni haha...

What??

Huhuh ada cite gak arini..

Dia (kwn baik saya) call dari tempat dia..

Dia : Selly leh tolong aku tak?
Saya : Wat de hell??
Dia : ????
Saya : Hehehe.. aku nak cakap What's Up!! Tercakap wat de hell lak hehe.. Sori..!!
Dia : Fak..ess..!!~ Wekekekekee....

Heheh.. saya tau sebenarnya dia nak cakap 'takpe, aku tak kisah' wekekek...

----------------------------------------------------

Flashback lagi...

Hamzah : Ibu, sedapnya kerupak nih!
Saya : Keropok la..
Hazmah : Ye la.. ye la.. KERUPAK!!~

-------------------------------------------------

Hamzah : Jangan buang sampah dalam air kan bu! Cikgu kata, buang sampah dalam TOM SAMPAH!
Saya : TONG SAMPAH la abang...
Hamzah : Iye la bu, TOM SAMPAH macam Cikgu RAAAHIIIMAAAHHH cakap..

-------------------------------------------------

Hamzah : Cikgu.. Cikgu!! Eh.. Ibu.. Ibu..!~
Saya : Abang ni suka panggil Ibu, Cikgu.. Muka ibu macam Cikgu Rahimah ke?
Hamzah : Heheh.. salah la bu..

------------------------------------------------

Hamzah : Ibu... Saya nak adik lagi boleh?
Saya : Awak nak adik lagi? Nak buat ape? Hadif pun awak tak larat nak jaga..
Hamzah : Ala, nak adik la bu.. Saya nak adik lagi..
Saya : Awak nak adik berapa orang?
Hamzah : Saya nak satu je..
Saya : Nak lelaki ke pompuan?
Hamzah : Pompuan la.. Nanti dah besar.. Dia boleh BECINTA dengan Hadif..
Saya : BECINTA?
Hamzah : Ala.. yang macam kat TV …

Cerita Hamzah Lagi.. Lenkali Cite Hadif Lak..

Image
Ni gambar Hari Pertama dia kt skolah.. Suka buat muka ala-ala katun.. Nak amik gambo pon payah.. yang pakai baju melayu tu, hari Jumaat yg lepas.. Sebijik cam nak pegi sekolah agama.. Oh. terasa tua la pulok wekeke..

Tetiap ari ade je cerita dari Hamzah Iqbal.. Antaranya..

Hari pertama : pensel box warisan ayahnya yg koyak tu... dah ilang.. dgn isi2 skali ilang.. Dah belikan pensel box kotak plastik, rega RM3 jek.. Itupun kemain sayang lagi, Hadif pegang pon takleh..

Hari kedua : Kak Nin dtg jemput dia kt skolah, dia dah bukak setokin masuk poket & baju dah dikeluarkan dr seluar.. alasannya "Rimas la mak!"..

Hari ketiga : Tetinggal stokin kt skolah.. Balik dari ngaji, Hamzah dah keluar main kt depan sekolah yang selang 1 rumah dari rumah cikgu ngaji & selang 2 buah rumah dr rumah Kak Nin.. dengan budak darjah 1.. Kak Nin nak tukar tempat ngaji tp kitorg tak kasi.. Sian Kak Nin nanti makin jauh nak ngantar dia.. Nanti kitorg 'bahasa'kan dia kt rumah..

Hari keempa…

Hari Pertama Sekolah & Selamat Tahun Baru

Ok, dah taip tadi tp macam tak best.. Dah macam karangan.. Buat point2 je bleh? Bleh ajee..

- Eksaited terlebih.. cuti Senin nak hantar Hamzah Iqbal tadika.

- Sampai kul 8 tepat.. Bawak RM25 je padahal yuran pendaftaran RM60 eheh.. Incik Hel kuar kejap kasi gegar ATM..

- Budak2 dah start buat drama Korea.. Meraung2.. Hamzah Iqbal still menten.. Time cikgu tengah lalu, dia tarik kain cikgu dia.. "Cikgu.. saya tak nangis kan?".. "Bagus" kata cikgu.. sibaik tak lurut kain cikgunya..

- Orang lain bawak kaler, pencil box canggih.. Hamzah bawak pencil box kain yg dah koyak (warisan Incik Hel).. Kaler takdek.. sharpener lak hampeh.. asik patah je.. Sian dia kena pinjam kaler kawan..

- Dapat kawan baru.. "Sape nama awak?" tanya saya.. "Saya ABANG!".. kata dia.. "Saya pun ABANG jugak.. ABANG HAMZAH".. nyampuk Hamzah.. konfem lepas ni kalu cikgu panggil 'ABANG'.. kemungkinan besar separuh dari kelas akan angkat tangan..

- Hamzah bawak kawan …