Flashback lagi...

Hamzah : Ibu, sedapnya kerupak nih!
Saya : Keropok la..
Hazmah : Ye la.. ye la.. KERUPAK!!~

-------------------------------------------------

Hamzah : Jangan buang sampah dalam air kan bu! Cikgu kata, buang sampah dalam TOM SAMPAH!
Saya : TONG SAMPAH la abang...
Hamzah : Iye la bu, TOM SAMPAH macam Cikgu RAAAHIIIMAAAHHH cakap..

-------------------------------------------------

Hamzah : Cikgu.. Cikgu!! Eh.. Ibu.. Ibu..!~
Saya : Abang ni suka panggil Ibu, Cikgu.. Muka ibu macam Cikgu Rahimah ke?
Hamzah : Heheh.. salah la bu..

------------------------------------------------

Hamzah : Ibu... Saya nak adik lagi boleh?
Saya : Awak nak adik lagi? Nak buat ape? Hadif pun awak tak larat nak jaga..
Hamzah : Ala, nak adik la bu.. Saya nak adik lagi..
Saya : Awak nak adik berapa orang?
Hamzah : Saya nak satu je..
Saya : Nak lelaki ke pompuan?
Hamzah : Pompuan la.. Nanti dah besar.. Dia boleh BECINTA dengan Hadif..
Saya : BECINTA?
Hamzah : Ala.. yang macam kat TV tu.. asik BECINTA.. BECINTA..
Saya : Err.. BEKAWAN kot.. Kan.. BEKAWAN kan?
(Oh.. sape yang explain pasal BECINTA ni dengan anak saya masa tgk TV? Sila jawab sekarang!! Nak kena babab nih!!)..

-----------------------------------------------------------------

Iklan buang bayi kat TV..

Hamzah : Jangan la buang DIA.. DIA x penah buat apa2 pun! (muka kesian)
Incik Hel: Ha ah kan bang? Baby tak buat apa2 pun.. Kalu taknak bagi la kat orang.. Kalu bagi semua kt abang pun abang nak kan?
Hamzah : Saya tanak banyak2.. saya nak dua je..
Saya : Abang nak buat ape dua orang?
Hamzah : Nanti semua saya bagi kawan dengan Hadif.. Nanti saya boleh main sorang2.. (kes tanak rebut mainan)
Saya : Nak baby lelaki ke perempuan?
Hamzah : Pompuan la.. macam Kakak Liya (tua sthn dr dia, dok dgn pengasuh yang sama)
Saya : Kalau macam tu, sorang boleh la kawan dgn Hadif, sorg lagi kawan dgn abang, boleh?
Hamzah : Ermm... (pikir).. boleh la...

---------------------------------------------------------

Hamzah : Ayah.. ayah.... (lari ke Incik Hel)
Incik Hel : Nape?
Hamzah : Saya nak baby boleh??
Incik Hel : ?????????????????????..................
Hamzah : Kenapa ibu dengan ayah tanak bagi saya baby?? (muka sedih)..
Saya : Ye la.. nanti ibu carik baby kasi abang ye..
Hamzah : Yeyy!!~

---------------------------------------------------------------

Hamzah : Ibu.. tengok tu bu... Matahari dah MULA keluar..
Saya : Matahari nak TERBENAM la..

----------------------------------------------------------------

Hamzah : Jalan-jalan... PEGI makan..!!
Saya : Jalan-jalan CARIK makan la..
Hamzah : Jalan-jalan.. MAKAN NASIKK!! Jalan-jalan.. RUMAH ATOK!!.. Jalan-jalan.. MINUM MILOOO!!
Saya : Jalan-jalan.. KENA CUBITTTTT!!
Hamzah : Hehhe.. tanak..!!~

----------------------------------------------------------------

Ayat yang selalu Hamzah Iqbal gunakan..

- TAPIIIIIIIIII... (ayat menyampuk)
- TAK ADA SESAPA PUN YANG NAK TOLONG SAYA.. (ayat kesian)
- TAK ADA SESAPA PUN YANG NAK BUATKAN SUSU UNTUK SAYA.. (ayat kesian lagi)
- TAK ADA SESAPA PUN YANG NAK MAIN DENGAN SAYA.. (lagi-lagi kesian)
- TAK ADA SESAPA PUN YANG.. BLA.. BLA.. BLA.. (sila isi tempat kosong)
- HELLOO... ADA SESAPA DI SANA?????? (kalau takde sapa yg pedulik apa yang dia cakap!)
- TERIMA KASIH IBU SEBAB BELIKAN SAYA MAINAN.. (sambil peluk)
- TERIMA KASIH IBU SEBAB BUATKAN SAYA AIR MILO.. (peluk lagi)
- TERIMA KASIH IBU SEBAB IBU SAYANG SAYA.. (saya pulak yg peluk dia.. terharu huhu)
- KALAU MACAM TUUUU..... (ayat menyampuk jugak.. lepas saya tak bagi dia gunakan 'TAPI')..

--------------------------------------------------------------------------------

Ayat yang saya dengan Incik Hel belajar dari Hamzah tp dah diubahsuai (digunakan utk balas ckp Hamzah) :

- HELLOOOO... ADA SESAPA YANG NAK KENA SEBAT??
- TAK ADA SESAPA PUN NAK DENGAR CAKAP AYAH... (sambil buat muka sedih)..
- TAPIIIII...... (ayat nyampuk sambil jungkit bahu)
- HELLOOO.. ADA SESAPA NAK TIDO LUAR MALAM NI??

Comments

  1. so sweeeeeeeetttttttttttttt......

    suka sgt baca skrip2 tu... :D

    ReplyDelete
  2. adeeeeehhhh...nak rabak molot aku gelak...wekekekekekekeke...HAHAHAHAAHAHAHHAHAHAHAHAHAAAAAAA

    ReplyDelete
  3. erm sweet ye Ada.. ada banyak lagi cite nih.. hahah.. tunggu next entry nnti ek..


    along.. aku yg naip ni pon tesengih sorg2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Oh Adik Kedai