Powered by Blogger.

Hari Pertama Sekolah & Selamat Tahun Baru

 Friday, January 7, 2011

Ok, dah taip tadi tp macam tak best.. Dah macam karangan.. Buat point2 je bleh? Bleh ajee..

- Eksaited terlebih.. cuti Senin nak hantar Hamzah Iqbal tadika.

- Sampai kul 8 tepat.. Bawak RM25 je padahal yuran pendaftaran RM60 eheh.. Incik Hel kuar kejap kasi gegar ATM..

- Budak2 dah start buat drama Korea.. Meraung2.. Hamzah Iqbal still menten.. Time cikgu tengah lalu, dia tarik kain cikgu dia.. "Cikgu.. saya tak nangis kan?".. "Bagus" kata cikgu.. sibaik tak lurut kain cikgunya..

- Orang lain bawak kaler, pencil box canggih.. Hamzah bawak pencil box kain yg dah koyak (warisan Incik Hel).. Kaler takdek.. sharpener lak hampeh.. asik patah je.. Sian dia kena pinjam kaler kawan..

- Dapat kawan baru.. "Sape nama awak?" tanya saya.. "Saya ABANG!".. kata dia.. "Saya pun ABANG jugak.. ABANG HAMZAH".. nyampuk Hamzah.. konfem lepas ni kalu cikgu panggil 'ABANG'.. kemungkinan besar separuh dari kelas akan angkat tangan..

- Hamzah bawak kawan baru pegi tengok ayah dia (yg dah lari ke Bank) kat luar.. Kawan baru tunjuk kasut baru.. Ada nama.. Hamzah terbalikkan kasut baru dia "Tengok ni.. ni nama kita".. sambil tunjuk perkataan 'PALLAS' kat bawah tapak kasut.. Ohh, lepas ni kena ajar dia dengan lebih bersabar..

- Hamzah Iqbal sebok nak tekencing.. Rasanya 2x dia kencing kot.. Jenuh nak bukak spender ben10 & stokin belang2 itam dia tu.. Sepanjang pagi tu, cuma dia jadi peneman setia bilik air.. "Wah.. cantik bilik air nih.. Tapi saya takut la.. Gelap".. Ye, dia kata 'cantik' sebab dia bandingkan dengan toilet kt Stesen minyak masa gi JB aritu..

- Sesi minum pagi.. dapat Milo stengah CAWAN KACA & cornflakes dlm 1 sudu.. Kaca? Mungkin nak mengajar budak2 ni lebih matang kot.. Mungkin sapa pecahkan cawan, dia kena kemas??? Mebi..

- Ayahnya bagi kata2 penutup & kata2 perangsang.. Dia cium tangan.. Ayahnya ajak saya balik.. saya? "Nanti la dulu, nak tengok dorg belajar cemana".. Budak bertuah ni pusing belakang.. "Nape ibu tak balik-balik lagi ni?" Adeh, kecik ati.. terus ajak Incik Hel blah.. sampai atimu.. hwaaa...

-

- Tengahari, amik Hamzah Iqbal.. Tanya pembantu cikgu.. Dia kata 2x Hamzah gi kencing.. "Cikgu, saya dah tak tahan sangat nih".. itu kata2 dia.. Saja tanya sebab lately ni dia ada masalah dengan bladder dia.. 3x berturut2 kencing mlm & kencing dlm keta.. Doktor kata jangkitan kuman.. Maknanya Hamzah akan ke toilet setiap sejam..

- Ada lagi cerita dari pembantu cikgu, masa tengah belajar ABC, Hamzah angkat tangan.. Ingatkan nak jawab.. rupanya.. "Cikgu, makan tadi sedap la.. Nak tambah ayam lagi boleh?".. Oh.. terkesima saya dibuatnya.. Saya berdoa jangan lah dia cakap "Cikgu masak sedap, ibu masak tak sedap".. Konfem kena cili nanti mulut budak tu..

- Masa ambik dia tghari tu, muka dah sememeh.. sebab mak bapak budak2 lain dah/tengah amik anak.. Dia org terakhir yg pakai kasut.. kasut paling gedabak.. Org lain pakai kasut kain jek.. Incik Hel tanak kasut kain.. nnti kena kapur.. hahah..

----------------------------------------------------------

Ok stop dulu..

Selamat Tahun Baru ye kawan2...
Azam saya tahun nih?
Tak sempat nak bgtau..
next entry ok..

2 comments:

bonda feeqa January 12, 2011 at 1:36 PM  

hahaha sangat klakar.... best best...

Sellynna January 12, 2011 at 5:18 PM  

owh.. ari2 ade je aduan pasal dia dr pengasuh.. da x larat nak udpate.. tgk ler ada masa aku update..

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP