Fesbuk & Tulang

wahh... gua sudah ada kemajuan sekarang.. sudah boleh update hari2.. (cehh, padahal baru 2 ari gua update!)..

Semalam gua nak tepon adik gua, tapi mak gua yg angkat.. rupanya itu budak suda tukar tepon sama mak gua... Ni suma gara2 nak online tenet mobile la nih...

"Mak sihat?"
"Mak baru je baik demam"
"Abah sihat ke?"
"Abah ko biasa la.. camtulaaa... Ala, kalu ada pape nanti, mak update dalam fesbuk jeee!"...

Wahh.. kelas mak gua... Lepas ni tak yah susah2 gua nak tepon org KL lagi, gua tgk je status fesbuk mak gua.. Mak gua memang hebat... Kalu mak atau abah demam, jangan lupa update status fesbuk ye.. senang anak mak ni nak tau kabor... Jimat duit bil gua... Tengok status pelik sikit baru gua tepon..

Itulah kelebihannya internet..

----------------------------------------------

Gua dgn laki gua skang tengah gila beli buku2 tuk anak gua.. kunun2 nak wujudkan mini library la kt rumah.. kunun.. baru sehari, buku tu dah tinggal kulit.. Ni MHD punya keja la nih..

Gua tengok anak gua yg sulung tu, MHI rajin baca buku (wpun stakat tengok gambo je, ngeja tak reti lagi).. Gua belikan buku2 gambar ala2 ensaiklopidia, siap ada penerangan sket2.. Senang kalu dia tanya gua, gua jawab sambil baca summary dlm buku tu.. Maklum la gua beli buku2 binatang, banyak pulak binatang pelik2 dlm tu..

MHI pon rajin lepak2 baca buku dgn MHD.. So nak dijadikan cite.. Budak 2 org ni pon duk la terhimpit atas sofa sambil kusyuk tengok buku..

"Ok, tengok ni MHD... LIHAT DAN BELAJAR"... kata MHI..

Huhu.. lihat dan belajar kunun.. pe sangat laaa ko nak ajar adik ko tu MHI... Ko ngeja pon tak lepas lagi.. Cakap je pandai.. wekekeke...

--------------------------------------------------

Anak2 gua duk kt carseat belakang.. Memang dari kecik kitorg dah ajar dorg duk kusi sndiri.. Takdek nak riba2 punya.. bahaya.. Dah la Incik Hel bawak cam F1.. Si MHI pulak asik belek2 kaki dia.. Gua tak tau la apa yg dia belek tu.. Yang gua tau tetiba dia cakap..

"Ibu, kenapa kaki saya ada TULANG YANG SANGAT BESAR DAN MENYAKITKAN?"..

Err.. gua nak jawab ape? tulang yg sangat besar? menyakitkan? gua rasa budak ni dah terlebih tengok TV IQ la.. tatabahasa dia tu gua pon kalah..

-------------------------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai