Habit.. & blog

Ok, gua datang lagi..


Gua ada satu habit..

Habit gua ni ada kena mengena dengan blogging..

Camne gua nak cite ek.. Ok la citenya begini..

Haritu gua ada la dok bincang-bincang dengan member rapat gua kat sini.. Lepas bincang2 tu, baru gua dapat kesimpulan yang gua ni jenis suka divert masalah gua ke tempat lain.. contohnya macam entry gua yang lepas.. bila gua marah, gua ngamuk, rosakkan barang atau rosakkan diri sendiri..

Tapi ada satu lagi cara gua divert problem gua.. Dengan menaip blog dalam pala otak gua.. heheh korang paham tak?

Contohnya... ni contoh ye... jangan salah faham pulak..

Gua gaduh besar dengan Incik Hel, gua terasa macam nak rosakkan something.. Tapi nanti anak2 gua nampak. Bila dorang nampak, mesti dalam pala otak dorang fikir yang merosakkan barang tu tak salah.. So gua pon ambik keputusan tanak ngadap muka Incik Hel, dengan membasuh pinggan..

Sambil gua basuh pinggan tu, sebenarnya otak gua dah mula menaip blog.. Contohnya macam ni (berapa banyak contoh laa)..

"Nanti aku nak taip dalam blog macam ni.. blablabla.... (otak gua tengah menaip)"

Selagi gua tak abis menaip dalam pala otak gua, selagi tu la gua basuh pinggan.. Bila agak2 gua dah puas ati pikir mende2 yang gua taip tu.. Otomatiknya gua akan klik publish.. & secara otomatiknya gua akan rasa lega yang amat2 sangat.. masa tu ler baru tersedar nak selawatlah, nak ngucap la.. Huhu.. ape la gua nih!!

Lepas tu baru otak gua tenang & gua boleh lah terus salam Incik Hel mintak mahap..

...............................................................

Contoh yang lain pulak.. kat opis :

Tetiba bos gua marah gua, suh gua betulkan balik kesalahan yang bukan gua buat.. Gua bengang nih.. Gua pon duk kat meja gua..  Sambil gua tenangkan fikiran.. gua start naip blog dalam pala otak gua..

Abis naip? Gua ok balik, gua cool & gua ikut kehendak bos gua walaupun bukan gua punya kerja.. hahah.. itupun bos tak sayang.. hahahhahahah...

...............................................................

Ok, gua tipu.. tak sumanya menjadik.. Cara divert ni cuma berkesan kalau tiada laptop @ netbook depan gua... hahahah..

................................................................

Cara lain pulak, gua akan menaip panjang2 problem gua tu dalam blog gua... Gua baca balik.. Pastu gua delete & cuba buat summary.. Kalu boleh ringkaskan, gua publish terus.. Agak2 tak boleh ringkaskan.. gua delete balik & gua taip mende lain.. Hahahha... Sebab tu kadang2 korang leh jumpa entry gua yg agak merepek..

Selalunya menjadik..

................................................................

Bila menjadik.. bila gua dah divert problem gua.. gua akan sarung semula topeng hipokrit gua...


Sekian...


Comments

  1. kalau aku kena bebel selalunya aku diam
    kalau aku kena marah selalunya aku diam
    kalau aku kena blame selalunya aku diam
    tapi
    kalau aku kena pukul selalunya aku pukul balik

    sekian...

    ReplyDelete
  2. tu ah.. aku diam2 berisi..
    makin diam.. makin parah..

    tu yg kena luahkan dengan cara yang tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai