Powered by Blogger.

Nasyid & Pertandingan Mewarna

 Monday, February 13, 2012

Gua datang lagi..

Kalini gua nak cite pasal anak gua pulak.. Anak gua ada persembahan nasyid sempena DO datang melawat kampung.. (Ye, gua dah jadik org kampung.. Dulu banggaaaaaaaaaaaaa la sangat jadi org KL.. Skang padan muka gua)..

Pastu ada pertandingan mewarna, sambungan dari hari Jumaat. Cikgunya kata pemenang hari Jumaat tu gambarnya ada dilekat kt dinding belakang kelas.. Gua pon tengok la.. Cemacam tone kaler ada.. Ada sorang akak tu siap terharu bila anak dia tunjuk dapat no. 2, gua tengok kalernya pon not bad.. Memang patut la menang.. Gua tengok tanpa mengharap apa2 sebab kat rumah jangankan nak kaler, nak buat keja sekolah pun gua kena pegang hanger..

Tetiba Hamzah datang tunjukkan lukisan yang dia kaler.. Gua kata

"Takpelah Hamzah, tak menang pun takpe, nanti kalau ada pertandingan lagi awak buat betul2 ye"..
"Tapi saya dapat no. 3 la ibu!".. No. 3? Wekekeke....

Siyes gua tak pasan gambar yg menang no 3 tu ada nama anak gua.. Ye ah sibuk tengokkan anak org lain.. Berbunga hati gua.. No. 3 pon alhamdulillah.. Sebab gua tak pernah tengok dia tunjuk kemahiran dia depan gua.. Even nasyid ni sekali pon gua tak pernah dengar dia nyanyi kat rumah.

Kitorg datang sebelum kul 8, kul 11 lebih baru DOnya melawat tadika.. bayangkan cemacam perangai budak2 ni.. Ada yang nangis nak balik, ada yang hyper aktif cam anak gua yang tak reti penat.. Sampai kena marah dengan cikgunya suruh duduk betul2..

Tak sepasal gua ditugaskan pengerusi majlis tuk jadi fotografer.. Adeh menciknya, gua ingat nak amik gambo anak sendiri.. Hahah tak sepasal kamera dia jadi mangsa gua.. Penuh dengan gambar Hamzah haha..

Terharu tengok budak2 nyanyi nasyid dengan penuh perasaan.. Gua tak tau masa bila anak gua hafal nasyid ni. Persembahan nasyid ni pon gua tau last minit bila cikgunya suruh datang hari Ahad.. Baju pun pinjam org.. Dah la cuti 3 hari sebab demam... Aniwei, gua bangga dengan anak gua... & gua jugak bangga dengan kawan2 dia.. walaupun berjam2 menunggu sampai baju basah, tapi bila sampai waktunya tetap beri komitmen yang baik..

Pastu isteri DO bagi hadiah pada pemenang pertandingan mewarna.. Walaupun hadiahnya sama dengan hadiah saguhati tapi yang penting dorang rasa diri dorang ni special, bila disebut nama & datang sorang2 bersalam.. Tersengih panjang Hamzah gua tengok..

Lepas tu ada demonstrasi jahitan manik kt dewan, gua angkut Hamzah gi keta.. Lupa gua nak cite, Incik Hel tido dalam keta sepanjang2 gua kat tadika.. & sikenit Hadif Daud pulak layan Ipad ayah dia dengan hati yang tenang tanpa gangguan abgnya..

Kitorg pon blah, mkn tengahari & tido kat rumah macam org 3 hari tak tido..

Wekekekeke...

Sekian..

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP