TV..

Dengan dukacitanya gua mengumumkan yang rumah gua suda tiada lagi astro setelah Incik Hel berjinak-jinak dengan dunia skybox.. 


ala-ala mcm gambo ni la..

Ada la berbahagia jugak dunia rumah gua masa ada skybox nih.. sebab suma channel dpt... tapi anak-anak gua cuma tertarik dengan dunia Nickelodeon & Baby TV jua hendaknya.. Meninggalkan gua tekontang-konting keboringan sambil menatap netbook Angry Bird gua yang sedang tekial-kial mencarik signal Wifi (sbb skybox ni guna network)..

Bila gua cuti @ mc.. yey!! Skybox milik gua tapi malangnya gua da xtau nak tengok cite apa.. endingnya gua tengok KBS (yg ada Kpop je la gua layan), MTV @ Hitz jek.. pastu gua berbalik semula pada Netbook Angry Bird gua..

Tapi sekarang suma ini tinggal kenangan, setelah (gambar buah epal)TV masuk Malaysia, hidup gua terumbang-ambing.. Persinggahan ke BPMall untuk menonton Incik Batman adalah pengalaman menakutkan bagi gua sebab Incik Hel telah masuk satu kedai gambar buah epal... Kedai itu sungguh jahat.. Gua ingat kedai tu stakat rasuk Incik Hel beli casing Macbook dia je, rupanya perbualan kosong Incik Hel dgn adik salesman tu telah membuahkan hasil... Dan inilah hasilnya..


Ini bukan tangan gua maupun tangan Incik Hel.. Ini adalah tangan Incik Google..

Duit yang dilaburkan tu memang menepati kehendak anak-anak gua... sebab dorang dapat menonton aksi-aksi ultraman, spongebob dan lain-lain kartun yang melambak2 di Youtube untuk ditonton dia tv LCD gua yang tak bape nak besar tu..

Gua cuma berharap yang gua tak leleh air mata bila gua menatap Youtube di skrin netbook gua yang comel itu... Mula la gua memasang angan-angan bila laaa gua nak cuti/mc.. leh gua kongker tv tu hehehe...

Satu lagi berita sedih buat gua ialah apabila lawatan kami suami isteri ke TM Point amatlah mendukacitakan.. Ini adalah kerana permohonan kami untuk mengUpgrade Streamyx dari 1mbps ke 4 mbps tidak direstui disebabkan katanya gua ada tertakluk pada syarat dan terma yang mengatakan gua kena tahan lagi setahun sbb gua ikat kontrak so takleh terminate... Punah harapan gua.. maknanya kena beratur lagi la gua nak guna Wifi rumah gua..


Ok.. gua baru nak buat ayat ala-ala mcm kat atas tu tapi gua baru je lepas kena perli dgn satu supplier ni... so mood gua agak ko-pehal-nak-perli-gua-payment-da-release-pon-taktau-nak-bersyukur-bukan-salah-gua-payment-ko-kena-reject-...

ok.. gua penat... 


Comments

Popular posts from this blog

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Oh Adik Kedai