Powered by Blogger.

berita terkini

 Sunday, September 16, 2012

Salam,

Wow.. wow.. wow... musim malas mula menyerang...

Minta maaf pada yang menunggu entry gua yang malas nak kunjung tiba ni... Segala-galanya menjadi malas... nak update pasal raya pon malas sebab takdek gambar raya famili.. tapi ada satu mende gua nak update...


Gua bakal menambah lagi bilangan ahli keluarga gua dalam ujung bulan April ni... Alhamdulillahhh..... Minggu ni gua dah 8 minggu bersamaan dengan 2 bulan... Gua dah gi scan bagai kat doc & dah nampak baby, dah dengar bunyik jantungnya... cuma doc kata baby comey sgt.. kalu ikut menstrual calculation gua (kitaran piyed gua), spatutnya gua dah nak masuk 3 bulan.. tp doc kat tgk pada kebesaran baby, baru nak masuk 2 bulan (masa tu la)..

Masa doc kuatkan bunyik jantung baby, tetiba Hadif Daud sound gua "Ibu? Ibu akit antung ek?" (Ibu, ibu sakit jantung ek?"

Errk.. terkedu gua.. doc & nurse cuma tersengih je la.. bertuah betul budak kecik ni.. ituler penyakit yg gua nak elakkan... Dia leh serkap jarang lak...

Hamzah Iqbal pulak asik tanya, "Bila ibu nak melahirkan bayi ibu?".. adoiyai, bayi ibu adalah adik kau jugak wahai Hamzah Iqbal.. ayat tak leh blah!!


0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP