Powered by Blogger.

Mula Bersekolah...

 Friday, January 4, 2013

Diam tak diam Muhammad Hamzah Iqbal dah mula bersekolah darjah satu... Dah besar anak bujang ibu & ayah.... baru la nampak cam abang-abang.. kalu tak macam baby je ibu rasa...

Disebabkan pc opis dah makin laju & ter'update, so no more problem nak upload gambo.. InsyaAllah.. rajin & malas je yang jadi punca blog kosong hehe..

Meh nengok gambo budak bertuah ni kat skolah..

Masa perhimpunan pertama hari Rabu.. Hamzah dalam kelas Satu Ar-Razi.. Cikgunya panggil nama tuk asingkan kelas Al-Farabi, panggillah nama Muhammad Hamzah bin Manap, skalinya dia boleh angkat tangan & cikgu pon susun dia dalam kelas yang lain.. Pelik gua.. Terus Incik Hel suh gua kawtim dgn cikgunya.. tepaksa masuk beratur balik.. Pastu cikgunya panggil Muhammad Hamzah Iqbal bin Muhammad Helmi, dia boleh tenung muka gua.. gua suh dia angkat tangan, 2x cikgu panggil baru dia angkat tangan.. Memang nampak la kebluran anak bujang gua nih.. Sorang2 pon leh jadik, main pijak2 lopak air la.. atoyaii..

Nampak hepi depan kelas kannnn???? Masa ni belum perhimpunan lagi.. Tunggu jugak bunyik loceng, tapi yang ada cuma bunyi macam hon bencana alam la pulak.. Memang pelik bunyiknya.. Mulanya gua buat bodo je, tapi macam makin kurang pulak budak2 kat sekolah, rupanya dorg berhimpun belakang sekolah..

Ni pulak gambo Hadif Daud yang eksaited menerai seluar sukan baru... Padahal nak carik suar panjang tuk tido, tp disebabkan suma satu set dgn baju lengan panjang, kitorg beli suar sukan je senang... Gua suka tengok muka dia masa ni sebab time ni la nampak sebijik fotostat muka Hamzah Iqbal masa baya dia.. gua suka.. gua suka..

Nanti gua update lagi pasal anak-anak bertuah gua ni yek.. baru hari ke 3 sekolah dah cemacam terjadik... 


2 comments:

Rina dan Mia January 8, 2013 at 8:17 AM  

aud pun nak olah gak, olah mamak :P

Sellynna January 18, 2013 at 12:05 PM  

hahah aku tanya, nama cikgu daud sape? "cikgu aud ama mamak!"

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP