Happy Father's Day...

Salam,

Sempena Father's Day yg dah lepas ni.. gua nak ucap sumting tuk yg tersayang..

Tuk abah gua..

Walaupun gua anak kedua yang kunun2 nak berdikari tapi lebih kepada memberontak..
Walaupun gua agak skeptikal tiap kali abah ngamuk kat gua..
Walaupun gua rasa gua kuat berdepan dengan abah padahal gua lemah..
Walaupun gua angguk apa yang abah cakap tapi kat belakang gua banyak membangkang
Walaupun gua selalu tak puas ati dengan abah kunun2 macam gua je yang betul
Walaupun gua rasa abah suka marah gua padahal gua x buat apa salah pun (kununnya tak salah)
Walaupun gua tengok abah kuat tapi hakikatnya abah dah kurang bermaya dan makin kurus..
Walaupun gua rasa happy depan abah tapi sebenarnya gua nangis dalam hati tengok keadaan abah..
Walaupun... walaupun.. walaupun.. walaupun apa yang gua nak luahkan kat sini tak terluah..

Gua tetap nak luahkan..

ANGAH SAYANG ABAH SELAMANYA..

TERIMA KASIH KERANA MENJAGA DAN MENDIDIK ANGAH..

ANGAH MINTA MAAF SEBAB BANYAK MENYAKITKAN HATI ABAH..

LUV U ABAH...

(mood sayu)..



Tuk Incik Helmi pulak...

Sekiranya selama ni gua banyak membantah cakap
Sekiranya selama ni gua banyak membebel
Sekiranya selama ni gua banyak mengelak
Sekiranya selama ni gua tiba-tiba berdiam diri
Sekiranya selama ni gua kuat membentak
Sekiranya selama ni banyak kekurangan gua
Sekiranya selama ni gua tak banyak menyokong

Sekiranya segala kelemahan gua selama ni gua dapat baiki..

Ini suma adalah kerana gua sayang dia..

Gua harap dia tak bosan dengan gua..
Gua harap dia dapat tolong gua baiki diri
Gua harap dia dapat sentiasa menyokong gua
Gua harap dia sentiasa bersama gua
Gua harap dia sayang gua dan anak-anak selamanya..

Gua sayang dia.. dia tu sapa?

Dia tu Incik Muhammad Helmi...


Comments

  1. AI LAP YU TU... HEPI MOTHER's DAY... MUAH

    ReplyDelete
  2. huhu.. ingatkan abah yg taip tadi hahahah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Checklist Barang Baby & Mak Baby

Selamat Sudah...!! Pengalaman Bersalin Gua..

Oh Adik Kedai